Search
Close this search box.

2 Cara Biasa dapat keuntungan dalam Saham Syarikat

Jika diperhatikan semakin ramai mula melibatkan diri dengan pelaburan saham syarikat terutamanya golongan muda yang mempunyai akses maksima terhadap ilmu dalam talian. Hal ini pastinya terdapat kunci utama yang meyakinkan mereka dalam pelaburan saham di mana antaranya termasuklah mendapat pulangan yang jauh lebih tinggi. 

Adakah anda bersetuju jika kami katakan pelaburan saham adalah satu bentuk perniagaan? Mari kita lihat. 

Melabur sebelum atau selepas kaya?

1. Pembelian saham

Dengan membeli saham di sesebuah syarikat, ia menjadikan si pembeli saham sebahagian dari syarikat tersebut. Jika syarikat tersebut dapat membuat keuntungan yang seterusnya menarik lebih ramai pelabur untuk melabur, secara automatik saham dan pelabur akan meningkat. 

Sebagai contoh, apabila kita yakin membeli sesebuah saham syarikat dan seterusnya syarikat tersebut semakin mendapat keuntungan dan projek yang berlipat kali ganda, situasi ini dapat meyakinkan pelabur lain untuk melabur di bawah syarikat tersebut sekali gus meningkatkan saham syarikat dan saham kita sebagai salah seorang pemegang saham.

Jadi, cara ini dinamakan sebagai capital gain yang mana keuntungan diperoleh dari kenaikan harga saham yang kita miliki. 

2. Dividen 

Ramai ingat untung beli saham ni hanya dari hasil jualan tinggi lepas beli saham sahaja sedangkan terdapat juga keuntungan yang diperoleh dari dividen apabila syarikat mempunyai keuntungan. Mereka akan menawarkan dividen iaitu imbuhan yang dikongsi bersama pemegang saham hasil keuntungan yang diperolehi. 

  • Dividen tunai kepada pelabur
  • Saham percuma (bonus issue) kepada pemegang saham

Jadi tak salah terlibat dalam pelaburan saham yang sah dan patuh syariah dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. 

Kesimpulan

Ini cara biasa yang anda akan peroleh jika melabur dalam pasaran saham. Capital gain ataupun menunggu dividen terpulang pada strategi pelaburan anda. Kini di Malaysia banyak syarikat start up yang baru bermula dan mungkin jika anda melabur kepada mereka pada permulaannya anda akan dapat durian runtuh jika mereka menjadi besar kelak. Nasihat kami, telitilah syarikat syarikat yang mahu mencari pelaburan ini supaya akhirnya anda yang untung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top