Blockchain kini menjadi salah satu isu sensitif bagi sesetengah perusahaan yang mana selain ia memudahkan sistem dan proses kerja, isu blockchain juga boleh mendorong kepada kekurangan nilai tambah sesuatu perniagaan.
Hal ini disebabkan oleh syarikat yang meletakkan wawasan perniagaan seiring perkembangan teknologi bakal menyokong sepenuhnya penggunaan teknologi blockchain ini ke dalam sistem operasi mereka. Justeru, ia menyebabkan sesetengah perniagaan lain tidak diperlukan lagi kerana kecekapan teknologi blockchain telah menyokong hampir keseluruhan sistem operasi.
Namun sebaliknya kalau difikirkan semula, peluang baharu akan timbul seiring teknologi baharu ini. Para perusahaan sebaliknya perlu menumpukan dan memikirkan hala tuju syarikat yang terkini jika ingin terus relevan pada masa akan datang. Selain itu, terdapat juga beberapa sebab mengapa isu ini masih belum digunakan sepenuhnya, antaranya termasuklah:-
Kurang Pengetahuan
Kebanyakan perusahaan terutama perusahaan kecil dan sederhana mempunyai sumber yang terhad tentang ilmu teknologi yang lebih terperinci. Ini disebabkan oleh kekurangan pakar yang diperoleh dalam perusahaan sendiri untuk menjalankan sistem teknologi tersebut secara terus.
Manakala, untuk mengupah pakar pula bakal mendatangkan kos yang tinggi. Jadi, kebanyakan syarikat masih lagi ragu-ragu dan tertanya-tanya kebaikan dan penggunaan blockchain yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka.
Justeru, pendekatan terbaik yang boleh dijalankan adalah kewujudan kempen-kempen yang mula memperkenalkan teknologi ini kepada umum serta pendedahan secara terus. Dengan usaha ini, setiap organisasi yang tersedia dari pelbagai industri akan lebih memahami kelebihan dan kekurangan setiap teknologi baru ini.
Sistem Keselamatan & Data Privasi
Kebanyakan aplikasi Blockchain ini memerlukan pengesahan kontrak pintar yang dikaitkan dengan pengesahan identiti. Justeru, ia menimbulkan beberapa kebimbangan terhadap data privasi yang dikongsi dalam ruangan lejar.
Ini menghilangkan status privasi data tersebut. Namun begitu, terdapat segelintir pihak mempunyai jalan terbaik dalam mengatasi masalah ini. Para pengguna dapat mempunyai akses yang terhad yang mana setiap maklumat sensitif pengguna akan kekal sulit.
2 cara dapat keuntungan pelaburan saham
Sistem Pentadbiran & Peraturan Yang Jelas
Antara sekatan yang mengehadkan penggunaan blockchain ini termasuklah tiada pengkhususan yang jelas terhadap peraturan pelaksanaannya. Tanpa peraturan yang jelas, pengawasan terhadap keselamatan sistem ini juga amat kurang yang akhirnya menyebabkan syarikat mencipta perlaksanaan sendiri tanpa kawalan ketat.
Kawalan tertentu mungkin diadakan tetapi hanya meliputi sesetengah bahagian seperti ‘smart contract’. Jadi bagi sistem yang melangkaui ‘smart contract’ ini sebagai contoh, mereka tidak akan dikawal selia. Hal ini menimbulkan kerisauan kepada perusahaan untuk bersetuju dengan penggunaan teknologi ini dalam masa terdekat.
Secara ringkas, kerajaan dan sektor yang terlibat perlu menyediakan peraturan yang jelas serta sistem pentadbiran yang teratur khusus kepada teknologi terbaru yang bakal mempengaruhi dunia kelak. Dalam masa yang sama, setiap perusahaan dari segenap industri perlu memahami isu ini dengan lebih teliti supaya dapat berkembang seiring arus zaman.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai