Adakah anda salah seorang individu yang berpeluang mengeluarkan simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)?
Pasti ramai yang seronok dan berasa lega dengan pengeluaran ini namun anda perlu ingat tujuan utama ianya diwujudkan ye.
Sesuai dengan namanya, akaun atau nilai yang terkumpul ini adalah simpanan untuk anda pada saat kecemasan dan bekalan hari tua.
Jadi, anda perlu memanfaatkan penggunaannya.
Ambil langkah yang paling terbaik dalam menguruskan hala tuju pengeluaran ini supaya segala kerja keras anda selama ini tidak menjadi sia-sia.
Molek kiranya jika kita meneliti kadar susut nilai atau kos sampingan yang perlu ditanggung jika ingin menggunakan kumpulan wang ini kepada sesuatu perkara.
Sebagai contoh, pembelian emas, kereta, rumah, permulaan perniagaan atau pelaburan.
Walaupun nilai simpanan ini membolehkan kita untuk terlibat dengan perkara yang memerlukan kos yang tinggi namun, sebaiknya anda perlu menyimpannya sebagai dana kecemasan.
Jika ingin terlibat dalam dunia pelaburan, mulakan dengan modal yang kecil dan tidak berisiko.
Portfolio Kewangan
Portfolio kewangan adalah aset kewangan yang dimiliki oleh pelabur, di mana terdapat pelbagai instrumen kewangan di dalam portfolio tersebut.
Pelabur atau penasihat kewangan perlu mengekalkan keseimbangan, yang menggalakkan pertumbuhan modal sambil meminimumkan dan mengawal risiko kerugian.
Kerugian dalam pelaburan atau pasaran saham boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, namun, ianya boleh dikawal dengan pemikiran yang terbuka untuk belajar mengenai pelaburan secara teliti.
Sebelum menetapkan peruntukan bagi portfolio pelaburan, kita perlu menentukan terlebih dahulu jangka masa dan tahap risiko yang mungkin dihadapi.
Jenis Kerugian
Komponen yang paling tipikal dalam portfolio pelaburan adalah saham. Seperti mana tinggi keuntungan yang anda dapat, kerugian yang mungkin akan diperoleh juga adalah tinggi. Beberapa jenis kerugian berkemungkinan akan hadir semasa melabur termasuklah:-
1. Kerugian Modal
Ia adalah kerugian yang terpaksa ditanggung pada saat anda menjual aset modal dengan kos yang kurang daripada nilai anda membelinya sejurus memulakan pelaburan.
2. Terlepas Peluang Pelaburan
Satu lagi jenis kerugian yang sukar dipastikan kewujudannya adalah bila mana anda sendiri tidak menyedari bahawa anda sedang mengalaminya. Ia terjadi dengan cara nilai yang anda peroleh dalam akaun masih sama walaupun setelah bertahun-tahun berada dalam dunia pelaburan. Anda tidak buat duit atau untung dalam pelaburan walaupun sudah lama berada di pasaran. Sebaliknya, tanpa sedar anda telah kerugian masa yang banyak.
Cara Pengurusan Risiko
Setiap portfolio mempunyai risiko tersendiri kerana umumnya, wang yang dilabur boleh mendapat pulangan yang menguntungkan atau mengalami kerugian yang tak dijangka.
Jadi, sebagai pemula, kita perlu berani mengambil risiko dan belajar menguruskannya.
Oleh itu, setiap pelabur perlu mengetahui cara-cara atau tips dalam menguruskan risiko bagi sebuah portfolio.
Punca kegagalan utama bagi setiap pelabur adalah tidak mengamalkan asas trading yang betul. Ramai pelabur menganggap cukup sekadar mengetahui cara mengkaji fundamental analysis dan technical analysis sahaja tetapi sebenarnya lebih daripada itu.
1. Periksa semula keputusan anda.
Jika difikirkan semula, apakah yang akan anda lakukan secara berbeza? Adakah anda akan kerugian lebih sedikit, atau mungkin tiada, jika anda mengambil tindakan yang berbeza? Refleks semula cara anda membuat keputusan. Adalah terlalu gopoh atau hanya ikut-ikut orang sahaja. Sebaiknya, setiap aktiviti trading anda, lakukan catatan. Beli di mana, berapa harga, target harga dan cut loss. Sebaiknya aktiviti trading selesai, lakukan refleks untuk dapatkan maklum balas.
Ini penting agar anda semborono dalam trading dan ada rekod untuk menilai prestasi trading anda.
Dengan cara ini, anda mungkin tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
2. Tebus apa yang telah hilang.
Jika perlu, ketatkan tali pinggang kewangan anda untuk seketika. Sekiranya kerugian itu cukup kecil, anda mungkin boleh mendapatkannya semula dengan lebih disiplin dan kajian selepas ini. Pulihkan kerugian anda dan cuba lagi, mengingati apa yang anda pelajari kali terakhir pasaran jatuh.
3. Kerugian tidak menggambarkan anda.
Jangan dianggap bahawa kerugian ini menggambarkan potensi diri anda. Anda perlu tahu yang setiap pelabur juga menghadapi masalah yang serupa, malah mungkin lebih teruk. Jadi, kerugian ini tidak akan menentukan peribadi anda, namun, ia boleh membantu anda menjadi pelabur yang lebih baik.
4. Mengalih dana kepada pelaburan stabil
Alihkan strategi pelaburan anda kepada pelaburan yang lebih stabil seperti pelaburan emas.
5. Lakukan Cut Loss
Sekiranya pegangan anda telah melebihi nilai risiko yang anda boleh tanggung, sebaiknya lakukan cut loss sahaja. Jangan rasa terlalu sayang atau setia pada sesuatu kaunter @ mata wang kripto. Elakkan menggunakan strategi fake hope yang berasa kan bahawa kaunter pegangan kita akan naik semula. Langkah ini memerlukan kekutan emosi dan displin untuk lakukan. Sebaiknya selepas ini, sebelum melakukan entry buy, anda sudah kenalpasti di mana kawasan target price dan cut loss agar anda lebih berdisplin dan tidak terlalu emosi.
6. Lakukan Dollar Cost Averaging (DCA)
Strategi DCA adalah cara untuk anda mengurangkan nilai kejatuhan semasa anda. Cara ini adalah cukup mudah tetapi powerfull. Iaitu anda lakukan pembelian atau top up berkala setiap kali berlaku kejatuhan. Buy the dip. Nilai kejatuhan pegangan anda itu akan di puratakan dan dikurangkan disebabkan anda sentiasa berusaha dapatkan harga bawah.
Akan tetapi, perlu disekalikan dengan ilmu analisa teknikal dan fundamental analysis agar pegangan yang kita lakukan DCA itu berpotensi untuk pulih. Jika tidak, rugi sahaja modal dan masa kita lakukan DCA. Perlu berhati-hati.
Kesimpulannya, modal yang besar tidak akan menjamin kita untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Jika salah cara dan keputusan yang diambil, hampir kesemua modal yang kita ada boleh lenyap begitu saja. Jadi, anda boleh gunakan kesemua tips yang dikongsikan ini.
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: Apa Itu Platform TradingView?
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai