NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai ‘kejayaan segera’ hasil penjualan NFT ini yang kami sudah tulis di post sebelum ini yang anda boleh lihat. Wujud satu persoalan – dimanakan platform untuk berjual beli NFT ni?
Marketplace yang menjual NFT ini sebenarnya ada banyak. Jika anda ikuti cerita start up di US sudah ramai sebenarnya pendiri start up yang berjaya memperoleh pembiayaan ‘seed’ dan juga ‘series A’ daripada Venture Capital ternama dengan menyediakan platform untuk berjual beli.
Pada posting kali ini kami akan senaraikan 5 platform popular untuk membeli NFT sebagai rujukan.
1. Pentas
Pentas.io adalah platform popular diasaskan oleh rakyat Malaysia. Berbeza dengan marketplace yang lain, pentas.io menawarkan pembelian NFT yang dikuatkuasakan dengan teknologi blockchain. Melalui websitenya, pentas.io merupakan
“An inclusive NFT marketplace that seeks to empower content creator of heritage, cultural and traditional values through digital preservation of assets”
Jelas misi mereka untuk memperkasakan penulis dan penggiat seni tempatan dalam menjual hasil karya mereka di pentas yang lebih besar.
2. OpenSea
OpenSea.io merupakan platform jual beli terbesar buat masa sekarang. Pengasasnya iaitu Devin Finzer juga merupakan Billionaire pertama dengan menubuhkan OpenSea ini. Walaupun baru di pasaran pada tahun 2017 tetapi ‘traction’ yang OpenSea peroleh membuatkan ramai penggiat NFT dunia menggunakan perkhidmatan mereka.
3. Uniqly
Berbeza dengan 2 platform di atas, uniqly menawarkan ‘barangan fizikal’ selain anda boleh mendapatkan NFT di platform mereka. Seperti juga namanya iaitu uniq, uniqly.io mengetengahkan penggiat seni terutama dalam pembuatan tshirt untuk menggunakan platform mereka dan ‘mint’ menjadi lebih berpotensi besar harganya kelak.
Wearable 3.0 adalah konsep mereka ketengahkan iaitu pakaian yang berada dalam dunia metaverse anda boleh dapatkan di dunia yang nyata!
4. Axie Infinity
Berbeza dengan ketiga tiga sebelum ini, axie infinity adalah dunia NFT untuk pemain game. Dunia axie infinity juga merupakan permainan yang menarik sehingga sekarang terdapat jutaan akaun yang bermain permaianan ini.
Apa yang membezakan adalah pemain boleh membiak karakter dalam dunia axie infinity dan menjualnya dengan harga yang sesetengahnya sangat tinggi
5. CryptoPunks
Terdapat 10 000 karekter awal yang disimpan dalam etherium berada di CryptoPunks. Projek awal dalam pembinaan crypto ini antara kejayaan awal NFT dan penerimaan masyarakat dengan konsep yang dibawanya. Kini transaksi yang dicatat sudah melebihi 1B USD.
Sebenarnya ada banyak lagi platform untuk anda. Selain memiliki dengan mengumpul karekter unik ini, anda juga sebenarnya telah mendahului zaman yang rata rata masih mahu memahami dunia disebalik NFT ini.
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: 5 Cara Hadapi Kerugian
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
Apa itu Metamask? – Digital Crypto Wallet
Jika anda sudah lama dalam dunia blockchain sudah pasti term Metamask tidak asing lagi bagi