Urusan membeli atau menjual kripto ini sebenarnya perlu mengikut teknik dan juga strategi-strategi yang tertentu. Ada sesetengah orang sampai perlu berguru dengan pakar untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang betul dan penting mengenai kripto.
Pada artikel yang lepas, kami ada membincangkan mengenai cara dan langkah untuk mendeposit wang ke dalam akaun Luno. Jadi pada ruangan artikel kali ini, kami akan berkongsi pula cara ringkas untuk anda menjual kripto yang telah anda peroleh. Bukan itu sahaja, kami juga akan menunjukkan langkah untuk mengeluarkan wang daripada akaun kripto ini ke dalam akaun bank anda.
Nak tahu caranya?
Teruskan bersama kami.
Setelah selesai membuat transaksi deposit wang ke dalam platform, anda boleh meneruskan urusan dengan proses membeli mata wang kripto ini.
Ha, ini lah perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap para pelabur namun, menjadi kebimbangan utama para pelabur baru.
“Macam mana kalau rugi?”
“Apa jadi kalau tersalah beli? Boleh dapat refund ke?”
Okay, perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah cara pembelian dan penjualan yang betul.
CARA BELI KRIPTO
1. Pilih jumlah mata wang kripto untuk dibeli
Jumlah mata wang kripto yang ingin dibeli akan ditunjukkan dalam ruangan ini mengikut nilai Ringgit Malaysia. Nilai bagi setiap mata wang kripto juga adalah berbeza. Sebagai contoh, pembayaran sebanyak RM 50 akan membawa kepada pembelian sebanyak 14.1 mata wang ripple.
Jika anda ingin membeli nilai selain daripada yang tertera iaitu RM 50 dan juga RM 100, anda boleh memilih butang ‘other’ untuk meletakkan jumlah baru.
Tekan butang ‘buy’ jika sudah selesai dengan sesi pembelian.
2. Cipta ‘wallet’ matawang kripto
Sebenarnya, anda perlu mencipta ‘wallet’ bagi setiap jenis matawang kripto sebagai tempat penyimpanan bagi setiap mata wang kecuali Bitcoin sebelum membuat apa-apa pembelian.
Hal ini kerana wallet bagi Bitcoin adalah ‘default’ yang mana ia turut disertakan sekali ketika proses membuat akaun.
3. Membuat pembelian kripto
Seperti yang dipaparkan pada ruangan gambar di bawah, pembayaran RM 10 akan membawa kepada pembelian sebanyak 2.781024 ripple.
Kadar yuran yang dikenakan pula adalah sebanyak 2% yang bersamaan dengan RM 0.20.
Anda boleh perhatikan pada ruangan di bawah, jumlah ripple yang telah dibeli sudah berada dalam wallet ripple yang sudah dicipta.
CARA JUAL KRIPTO
1. Kenal pasti jumlah yang ingin dijual
Jika diperhatikan, jumlah nilai yang ditunjukkan pada ruangan ini adalah hasil tambahan kepada semua jenis wallet yang sudah dicipta di dalam profil akaun.
Seperti yang ditunjukkan pada ruangan di bawah, jumlah wang yang terkumpul adalah sebanyak RM 19.80 yang merupakan gabungan di antara ‘wallet local currency’ dan juga ‘ wallet mata wang ripple’.
Jadi, anda boleh memilih nilai yang anda ingin jual dan nilai yang ingin dijual ini perlu mengikut setiap kategori wallet yang ada.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai 2.781024 nilai ripple di dalam wallet, anda tidak boleh menjual lebih daripada itu.
2. Pilih currency yang ingin dijual
Seterusnya, anda boleh memilih jenis mata wang untuk dijual sama ada Ringgit Malaysia, BTC ataupun wallet bagi matawang kripto yang lain.
3. Letakkan nilai yang ingin dijual
Letakkan jumlah yang ingin dijual di dalam ruangan yang telah disediakan. Jika ingin menjual kesemua jumlah matawang yang ada, anda hanya perlu menekan button max di sebelah kanan kotak dan kesemua jumlah yang ada akan dipaparkan.
Mudah bukan?
Sebagai contoh, setelah anda menekan butang ‘max’ tersebut, jumlah yang ada pada akaun adalah sebanyak 2.781024 dengan nilainya sebanyak RM 9.78 akan tersedia dalam ruangan kotak dan anda hanya perlu menekan butang ‘next’ sebagai tanda untuk meneruskan proses penjualan.
4. Sahkan penjualan
Kemudian, anda perlu mengesahkan jumlah yang ingin dijual seperti yang dipersetujui sebentar tadi. Di sini, anda akan dimaklumkan juga mengenai caj tambahan yang dikenakan untuk setiap proses transaksi.
Sebanyak RM 0.19 iaitu 2% caj akan dikenakan bagi setiap proses transaksi bagi aktiviti penjualan mata wang ini.
Anda perlu menekan butang ‘confirm’ sebagai tanda persetujuan dengan jumlah mata wang dan juga caj tambahan yang dikenakan.
5. Aktiviti jualan selesai
Aktiviti penjualan mata wang anda kini sudah selesai.
CARA BELI & JUAL KRIPTO DENGAN FEES YANG LEBIH MURAH
Tahu tak, sebenarnya anda boleh beli dan jual kripto di Luno dengan fees yang lebih murah? Jika anda beli dan jual terus melalui paparan standard di Luno, fees yang dikenakan adalah 2%. Bagi sesetengah pelabur, fees ini sangatlah mahal.
Mari kami kongsikan cara beli dan jual kripto di Luno dengan fees yang lebih murah. Iaitu hanya 0.25% untuk Buy dan 0.5% untuk Sell.
1. Beli dan Jual Kripto di Exchange
Untuk dapatkan fees yang lebih murah, anda perlu beli dan jual melalui exchange. Caranya adalah klik pada 3 dot di bahagian atas kanan aplikasi Luno.
2. Klik Exchange
3. Pilih Kripto yang anda nak beli atau jual.
Bitcoin adalah paparan default. Jika anda nak beli kripto lain, boleh klik dan pilih kripto yang anda nak di bahagian atas kiri paparan.
4. Untuk beli, boleh pilih pilihan Buy.
Pilih option Market (anda akan dapat beli pada harga semasa), masukkan Amount yang anda nak beli kemudian klik Buy. Fees yang dikenakan hanyalah 0.25% sahaja!
4. Untuk jual, boleh pilih pilihan Sell.
Pilih option Market (anda akan dapat jual pada harga semasa), masukkan Amount yang anda nak jual kemudian klik Sell. Fees yang dikenakan hanyalah 0.50% sahaja!
Mudah bukan proses membeli dan menjual kripto dengan menggunakan Luno ini?
Kalau anda berminat untuk mengetahui lebih banyak platform menarik, jangan lupa untuk terus membaca bersama kami!
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Cara Mudah Daftar Dengan Luno
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai