Apa itu akaun Central Depository System (CDS) dan syarat buka?

Jika anda ingin melabur saham dan ingin mengenali ciri terperinci tentang saham, artikel ini adalah untuk anda.

Ketahui apa maksud CDS dan syarat-syaratnya sebelum mula melabur di Bursa Malaysia.

Pada artikel kali ini kami akan mengupas maklumat lanjut mengenai apa itu akaun CDS?

Apa Itu Akaun CDS?

Akaun CDS adalah kata singkatan bagi Central Depository System yang berfungsi sebagai tempat menyimpan dan mengemas kini saham yang diperoleh selepas selesai urusan pembelian dan penjualan saham. Aset yang telah diperoleh akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia.

Sebagai pelabur yang baru sahaja ingin memulakan aktiviti pelaburan, anda boleh membuka akaun CDS dimana-mana bank pelaburan atau syarikat broker yang telah berdaftar seperti yang telah dikongsi pada artikel lepas di sini.

Akaun CDS ini boleh dibuka lebih daripada satu akaun untuk memudahkan anda membuat pelaburan yang lebih banyak. Selalunya, akaun CDS akan dibuka bersama akaun trading yang mana CDS digunakan untuk menyimpan aset saham manakala akaun ‘trading’ pula berfungsi untuk membuat transaksi belian dan jualan saham.

Syarat Buka Akaun CDS

Seperti akaun-akaun lain, mendaftar dengan CDS juga mempunyai beberapa syarat tertentu yang perlu anda patuhi. Antaranya termasuklah:-

  • Berumur lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan
  • Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia
  • Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi
  • Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

2 Kategori Akaun CDS

Akaun CDS ini pula terbahagi kepada 2 kategori:

1. Akaun CDS Islamik

Pelabur yang membuka akaun CDS Islamik tidak boleh membeli saham tidak syariah di ‘trading’ platform elektronik sama ada di Laptop/PC mahupun di telefon pintar.

Hal ini kerana sistem akan ‘auto reject’ pembelian saham tersebut jika pelabur adalah pemilik akaun CDS Islamik dan ingin membeli saham yang tidak patuh syariah.

Selain itu, pemegang akaun Islamik juga tidak boleh trading melebihi jumlah wang pelaburan yang ada di dalam trading akaun mereka.

2. Akaun CDS Konvensional

Wang pelaburan yang telah disimpan dalam akaun ‘trading’ CDS islamik tidak akan menerima sebarang faedah tidak seperti akaun konvensional yang akan menerima faedah berdasarkan kadar bank pelaburan tersebut.

Jika CDS islamik tidak mengizinkan pelaburan melebihi kemampuan, akaun ‘trading’ konvensional pula boleh membenarkan pelabur membeli saham menggunakan ‘limit’ walaupun pelabur tiada wang dalam akaun.

 

2 Jenis Sudut Pegangan Saham

Selain daripada dua jenis akaun CDS yang kita kongsi tadi iaitu Akaun CDS Islamik dan Konvensional, akaun CDS juga terbahagi kepada dua dari sudut faktor pegangan saham.

1. CDS Direct 

Akaun ini akan didaftarkan terus atas nama anda dalam pendaftar saham

Jika anda mendaftar melalui ini, anda akan memperoleh dividen saham terus ke dalam akaun anda jika syarikat memberi dividen, boleh memohon saham IPO, boleh hadir ke AGM syarikat serta mendapat akses kepada laporan kewangan tahunan syarikat yang dihantar terus ke alamat anda.

2. CDS Nominess

Akaun ini akan didaftarkan atas nama bank pelaburan anda dan nama anda sebagai penamanya.

Pelabur yang mendaftar dengan akaun ini bakal dikenakan yuran atas dividen yang diperoleh, tidak boleh memohon saham IPO menggunakan akaun CDS Nominees, tidak boleh hadir ke AGM syarikat serta tidak mempunyai akses kepada laporan kewangan berbanding akaun CDS direct.

Jadi, pilih lah dengan bijak.

 

Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!

Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.

Jangan lupa ikuti kami!

Anda juga mungkin meminati: Apa Itu Warrants

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top