Apa Itu Initial Coin Offering (ICO)?

ICO atau initial coin offering adalam term yang mula popular sejak 2014 lagi apabila ethereum melancarkan projek raised fund dengan menawarkan coin mereka sebagai balas dana yang diberi untuk melakukan projek ini.

Walaupun bunyi seperti IPO iaitu initial public offering tapi sebenarnya perbezaanya adalah cukup besar. Kami akan kupaskan kekeliruan itu di posting ini.

Lazimnya, sebelum sesebuah  projek itu ingin melakukan ICO, Whitepaper projek tersebut akan di keluarkan terlebih dahulu agar pelabur awal faham akan projek yang dilakukan, keunikan, perancangan, potensi, kegunaan modal dan team di belakang projek berkenaan.

Sejarah

Pada 2014, Ethereum yang merupakan salah satu mata wang yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi blockchain mahu mengumpul dana bagi pembinaan infra mereka yang melibatkan kos jutaan ringgit. Selain daripada menjual share dalam syarikat, mereka turut menawarkan kepada pelabur awal untuk membeli coin mereka dengan nilai yang rendah supaya dapat memperoleh dana dalam membangunkan infra ethereum.

Maka inilah wujudnya term ICO. Selepas kejayaan ethereum itu, terdapat pelbagai mata wang baru yang ingin dikeluarkan menggunakan kaedah yang sama dan term ICO menjadi trend kerana pelabur awal mendapat pulangan berkali ganda.

Waspada

Cuma perlu diingatkan ICO di Malaysia masih lagi tidak dibenarkan. Jadi jika anda menerima apa apa tawaran dalam ICO kemungkinan besar duit anda akan hangus kerana penipuan daripada orang tak bertanggungjawab.

Cuma Bank Negara Malaysia baru sahaja memberi lesen kepada 2 syarikat tempatan lesen IEO atau initial exchange offering yang mana 2 syarikat ini akan menyediakan platform untuk pertukaran token digital kepada mana mana syarikat lain yang berminat kelak.

2 syarikat yang diberi IEO adalah Kapital DX dan juga Pitch In.

Adakah ia merupakan tindakan wajar? Bagi kami ya kerana ICO sebenarnya terdedah dengan penipuan berskala besar dan masyarakat kita masih lagi belum bersedia untuk membuat pelaburan yang mereka sebenarnya tidak berapa tahu.

Platform exchange ini sebenarnya adalah baik untuk pembangunan token digital seterusnya mengembangkan aset digital untuk rakyat Malaysia.

Potensi ICO

Sudah banyak success story daripada pelabur awal yang menyertai ICO. Pelaburan mereka menjangkau puluh ribu % pulangan. Antaranya, satu coin Ethereum ketika ICO dijual pada $0.31, harga All time high Ethereum pula adalah $4.878.26. Coin NEO dijual $0.03 ketika ICO, All time high pula adalah $198.38. Satu coin Alias dijual $0.001 pada ICO, manakala $6.28 ketika All time high.

ICO sebenarnya jika digunakan secara betul dan regulated memberi impak positif kepada negara. Kenapa kami katakan begitu kerana ia akan mengurangkan birokrasi yang banyak dan menjimatkan kos berkali ganda.

Cuma seperti kami katakan awal tadi, ia perlulah regulated supaya ia tidak disalah guna oleh penipu untuk mengaut keuntungan pantas.

Mempunyai matawang sendiri dalam bentuk ICO ini akan menjadikan potensi mengembangkan syaraikat berteknologi lebih mudah. Harapnya dalam 3-5 tahun lagi akan ada coin pertama yang ditawarkan di negara kita dan ketika itu pasaran kita juga sudah bersedia untuk menerimanya

Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai ICO ini di blog ini dan kami akan banyak kupas supaya anda boleh nilai sendiri akan potensi yang ada pada ICO.

 

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Mastercard Menyokong Wang Kripto

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top