Search
Close this search box.

Apa Itu Market Capitalization? Kenapa Perlu Ambil Tahu Sebelum Melabur?

Percaya atau tidak, kini, semakin ramai yang mula berkecimpung dalam dunia pelaburan untuk mendapatkan pendapatan pasif.

Selain menjadi bekalan untuk hari tua, pendapatan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu melengkapi keperluan harian kita.

Mana tidaknya, dari hari ke hari, harga barangan dan taraf hidup juga semakin meningkat. Jadi, penting untuk kita tahu jalan atau cara terbaik bagi meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Melabur adalah salah satu daripadanya.

Tapi sebelum melabur, wajib untuk kita tahu beberapa perkara!

Jangan melabur semberono saja ye?

Banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami dengan baik supaya kita dapat melabur dengan penuh strategi dan hala tuju yang jelas.

Antara perkara yang perlu kita ambil tahu adalah ‘market capitilization’.

Jadi, apa itu ‘market capitalization’ ?

Definisi

Market capitalization atau juga dikenali sebagai permodalan pasaran merujuk kepada nilai pasaran saham bagi sesebuah syarikat.

Pendek kata, ia adalah harga bagi sesebuah syarikat jika berlaku dagangan seperti penjualan atau pembelian keseluruhan syarikat oleh atau kepada si pelabur. Harga pasaran ini boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintan dan faktor ekonomi pada waktu itu.

Jadi, semakin tinggi permintaan terhadap syarikat, semakin besar juga lah nilai pasaran syarikat tersebut.

Nak melabur dan dapatkan hasil yang baik, mestilah melalui syarikat yang elok perkembangan pasarannya kan?

Jadi itulah pentingnya mengapa kita perlu tahu mengenai ‘market capitalization‘ ini.

Anda boleh menentukan nilai pasaran atau market capitalization sesuatu perusahaan dengan menggunakan formula ini:-

Market cap = Jumlah perkongsian saham x harga saham terkini

Kategori ‘market capitalization’.

Jika pelaburan saham mempunyai 3 jenis kategori ‘market capitalization‘ iaitu blue chip, mid cap dan small cap, pelaburan kripto pula mempunyai 4 jenis kategori.

Cara penggiraan market cap bagi pasaran kripto pula adalah:

Market cap = Cilculating Supply x Harga Semasa

Kita boleh membandingkan nilai setiap mata wang kripto dalam usaha mendapatkan pelaburan yang tepat berdasarkan kajian terhadap 4 jenis kategori ini.

a. Large-cap

Large-cap atau mata wang kripto pada kategori ini dianggap sebagai syarikat kripto paling terkemuka dengan nilai dagangan yang melebihi USD10 bilion.

Melabur dengan mata wang yang sudah berada pada kategori ini seperti Bitcoin dan Ethereum adalah strategi yang sering digunakan pelabur. Hal ini kerana, ia mempunyai track record yang boleh dipercayai dan mempunyai risiko yang rendah kepada pelabur.

Setakat ini, hampir kesemua platform pertukaran mata wang kripto mempunyai jenis mata wang ini dengan volum perdagangan yang tinggi.

b. Mid-cap

Kategori ini adalah bagi jenis mata wang kripto yang mempunyai nilai pasaran di antara USD 1 bilion sehingga USD10 bilion.

Mata wang kripto seperti Filecoin dan VeChain dalam kategori ini berpotensi untuk mendapatkan keuntungan yang sederhana tinggi menyebabkannya menjadi tumpuan dan tarikan pelabur pada ketika ini.

Hal ini kerana, jika ia berjaya mengembangkan penggunaannya dan permintaan pasaran dengan baik, mata wang pada kategori ini berkemungkinan dapat beralih menjadi kategori large cap dengan nilai yang lebih besar.

c. Small-cap

Kripto dalam kategori ini mempunyai nilai yang kurang sedikit berbanding mid-cap dengan harga pasaran sebanyak USD100 juta sehingga USD1 bilion.

Ia adalah sangat berisiko untuk dilaburkan namun mempunyai perkembangan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Antara contoh kripto dalam kategori ini adalah OpenDao.

d. Micro-cap

Mata wang kripto yang ada dalam kategori mikro ini adalah lebih berisiko kerana ia kebanyakannya baru saja dilancarkan. Jadi, nilai kripto di pasaran ini berkemungkinan mempunyai harga pasaran yang melebihi kategori small-cap.

Kepentingan Market Capitalization

Market cap adalah sangat penting dalam menentukan ketahanan sesuatu mata wang kripto terhadap volatilitas.

Semakin tinggi posisi kripto berdasarkan market cap, semakin meluas juga kripto tersebut di pasaran. Jadi, ia menunjukkan bahawa pengaruh market cap ini sangat besar dalam pasaran kripto.

Kripto yang berada pada kategori small-cap atau micro-cap sangat berisiko untuk dImanipulasi oleh trader yang lebih besar.

Kesimpulannya, market cap adalah sangat berguna untuk mengukur ketahanan sesuatu pelaburan dengan membandingkan nilai total kripto. Jadi jika anda adalah seorang pemula yang masih keliru tentang pelaburan kripto, ambil tahu dulu setiap market cap bagi setiap kripto yang ingin dilaburkan.

 

Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!

Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.

Jangan lupa ikuti kami!

Anda juga mungkin meminati: Apa Itu Saham?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top