Jika anda sudah lama terlibat dalam dunia pelaburan dan merupakan trader sejati, pasti anda tahu mengenai platform TradingView!
Platform social trading yang dapat memaparkan pelbagai jenis carta harga yang lengkap dari pasaran pelaburan.
Bagi mereka yang masih belum menyedari tentang platform ini, jangan risau.
Kami akan terangkan serba sedikit maklumat mengenai platform ini kepada anda di ruangan artikel kali ini.
Definisi
TradingView adalah platform alternatif dalam usaha melakukan analisa teknikal dalam mengkaji pelaburan yang paling digemari oleh trader-trader saham.
Antara kelebihan platform ini ialah kita boleh melihat kajian dan analisa saham @ kripto yang dibuat oleh pengguna-pengguna yang lain.
Selain menjadi tempat perkumpulan idea dan perbincangan pasaran oleh para traders, kita juga boleh belajar pelbagai ilmu dan strategi yang mendedahkan kepada pelbagai konsep dan taktik dalm dunia pelaburan.
Setiap alat teknikal yang mungkin sebelum ini hanya boleh difahami dan dimiliki trader yang professional, namun, kini ia dapat memberi peluang kepada pelbagai pedagang atau traders pemula dalam memulakan kajian analisa teknikal pelaburan.
Ia dapat membantu kita mengenal pasti tentang pasaran, strategi dalam meningkatkan kemahiran trading anda.
Anda juga boleh menggunakan pelbagai indikator analisis teknikal seperti Moving Average, MACD, RSI, Bollinger Bands pada platform ini.
Yang paling best tentang platform ini adalah, kita boleh menggunakannya secara percuma ataupun berbayar.
TradingView Membantu Tingkatkan Keuntungan
Platform ini memudahkan para traders untuk mengakses carta-carta pelaburan yang penting dalam menganalisis tahap keberkesanan setiap strategi.
Seperti perkara lain, mahir dalam pelaburan juga memerlukan masa yang konsisten dalam mencipta keuntungan dengan bereksperimen data-data yang ada, bentuk carta dan menggunakan pelbagai indikator teknikal dalam menyusun cara trading yang lebih baik dan mencadangkan idea trading.
Oleh kerana terdapat pelbagai gaya trading yang unik secara umum, jadi di platform TradingView, anda boleh mendapatkan macam-macam cara menggunakan analisis teknikal mengikut kesesuaian dan cita rasa anda.
Sebab itu lah anda perlu menghabiskan banyak waktu dalam menganalisa carta dengan pelbagai indikator teknikal untuk memaksimakan keuntungan.
Ciri-ciri TradingView
- Anda boleh menggunakan pelbagai indikator dalam satu masa. Seperti menggunakan Moving Average dan MACD.
- Membenarkan anda untuk melukis di carta dengan mudah.
- Anda boleh membuat strategi strategi perdagangan anda sendiri dalam TradingView.
- Kita boleh memastikan pengesahan makluman tertentu terutamanya apabila instrumen kewangan melintasi harga luar biasa.
- Friendly mobile. Boleh melukis dan merujuk TradingView di aplikasi telefon dengan lebih mudah.
- Pelbagai pilihan instrumen pelaburan dari pelbagai exchange. Ada saham tempatan, global, forex, kripto, emas dan sebagainya.
Sebab Utama Mengapa Perlu Memilih TradingView
- Carta yang mesra dan jelas.
- Instrumen kewangan yang tidak terhad yang membenarkan anda mengakses saham, kripto dan sebagainya.
- Membolehkan anda berkongsi idea mengenai trading dan membina hubungan dalam komuniti pelaburan.
- Menaik taraf portfolio kewangan anda.
Perkara Yang Perlu Dielakkan
- Jangan menyertai kursus latihan dengan jangkaan akan mendapat keuntungan serta-merta.
- Jangan melabur terlalu banyak dalam idea-idea popular dengan harapan untuk membuat wang cepat.
- Jangan beli isyarat atau bot daripada ahli tanpa rekod prestasi yang boleh disahkan.
- Jangan terlalu ikut kata-kata atau persepsi orang lain tetapi sebaliknya, luangkan masa untuk mengkaji carta analisa sendiri
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: Blockchain Kepada 3 Industri Besar
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai