Tahukah anda tentang harga saham?
Permintaan pasaran mempunyai kuasa yang luar biasa bila mana ia mampu mempengaruhi nilai saham setiap hari.
Ini bermakna harga turun naik disebabkan oleh penawaran dan juga permintaan dari pasaran.
Harga ini boleh dipengaruhi oleh apa-apa sahaja daripada bencana perhubungan awam sehinggalah kepada keputusan syarikat.
Ia berkait rapat dengan beberapa sub-faktor seperti faktor asas iaitu potensi hasil, kecekapan pengurusan seperti tadbir urus dan kemahiran, serta pengurusan kos syarikat.
Kenaikan dan kejatuhan harga saham juga dipengaruhi oleh elemen teknikal termasuk masa trading dalam sehari atau hari-hari tertentu dalam seminggu. Tambahan pula, pergerakan harga satu saham berbanding yang lain dalam industri atau sektor perniagaan yang sama mungkin mempunyai kesan ke atas harga saham.
Ringkasnya, jika ramai yang ingin membeli iaitu permintaan daripada ada yang mahu menjualnya iaitu penawaran, keadaan ini cenderung untuk mendorong harga menjadi lebih tinggi. Namun jika lebih ramai individu ingin menjual saham daripada memperolehnya, penawaran akan melebihi permintaan, dan nilai akan jatuh.
Harga ini meningkat apabila terdapat banyak permintaan untuknya, tetapi apakah yang menghasilkan keinginan itu pada mulanya?
Semuanya bermula kepada bagaimana pelabur melihat sesuatu situasi atau keadaan:
- Sentimen pasaran saham.
- Persepsi pasaran industri.
- Suasana pasaran saham adalah positif.
- Keyakinan ekonomi.
Pelabur yang lebih optimistik tentang prospek syarikat yang semakin meningkat berkemungkinan ingin melabur pada syarikat namun begitu, ketiadaan keyakinan, sebaliknya, boleh menyebabkan pelabur menjual, menurunkan harga atau tidak langsung membelinya.
Selain itu, sentimen terhadap industri tertentu juga boleh mempengaruhi permintaan saham seperti yang boleh dilihat pada musim pandemik ini.
Ramai orang merujuk kepada harga saham sebagai transaksi terkini. Jadi, bila-bila masa transaksi baharu berlaku, harga akan berubah, melainkan transaksi baharu itu adalah untuk harga yang sama seperti yang sebelumnya.
Namun begitu, ada kalanya ianya akan didorong untuk meningkat oleh pemegang saham utama bagi membolehkan mereka menjual pada harga tinggi sekaligus memperoleh keuntungan. Justeru, harga saham kaunter tertentu akan meningkat dengan drastik sebelum turun semula secara mendadak, sekali gus menyebabkan kesan negatif kepada pemegang saham minoriti khususnya pelabur runcit.
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: Kenali 7 Broker Popular
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai