“Boleh saya tahu beza pullback, correction, bearish dan crash”.
Soalan bagus yang sering ditanya para pemula dalam dunia pelaburan.
Mendekati dunia pelaburan, pasti sahaja anda mempunyai harapan besar untuk memajukan diri dan meningkatkan portfolio dalam dunia pelaburan. Jadi, anda perlu tahu beberapa terma yang akan mempengaruhi taraf kemajuan sesuatu pelaburan. Antara contohnya adalah pullback, correction, bearish dan crash.
Jadi, bagaimana terma-terma ini mempengaruhi pelaburan anda?
Mari kita lihat dengan lebih teliti.
1. Pullback
Pullback ialah suatu penurunan sementara yang berlaku pada harga saham atau komoditi setelah beberapa siri kenaikan. Pullback adalah serupa dengan penyatuan, dan beberapa frasa lain yang sering ditukar ganti. Boleh difahami sebagai kejatuhan yang melebihi 5%.
Selepas mengalami pergerakan harga menaik yang besar, pullback ini biasanya akan terjadi. Jadi, trader perlu sentiasa membuat pemerhatian dan berhati-hati dengan setiap harga pasaran yang meningkat.
Pullback juga menunjukkan bahawa arah aliran pasaran utama pada ketika itu telah terhenti untuk seketika. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk penurunan ringkas dalam keyakinan pedagang berikutan penyata ekonomi tertentu.
Akibatnya, pullback ini sering dilihat sebagai satu peluang bagi traders untuk memperoleh aset yang sedang meningkat. Traders juga harus berhati-hati untuk menjual atau membeli terlalu awal, terutamanya jika traders tidak mempunyai strategi pengurusan risiko, sekiranya ia ternyata adalah suatu pullback.
Namun begitu, situasi ini juga dianggap suatu keuntungan dalam trading bila mana perdagangan tersebut berada dalam situasi yang melibatkan pembelian harga rendah namun dengan penjualan harga yang lebih tinggi.
Terdapat dua jenis utama dari pullback:
1. Pullback dalam tren naik: candlestick mempunyai ekor ke bawah dengan tubuh ke atas.
2. Pullback dalam tren menurun: terjadi ketika harga saham turun, sideways dan rebound. Lepas rebound, harga saham turun lagi.
Kelebihan Menggunakan Strategi Trading Pullback
Salah satu cara untuk menghasilkan keuntungan dari pullback adalah dengan terlebih dahulu menentukan adakah tren tersebut kuat atau tidak. Semakin kuat tren, semakin besar peluang anda akan mendapat keuntungan dari pullback.
Strategi Dagangan Pullback mempunyai pelbagai kelebihan. Berikut adalah beberapa daripadanya:
- Trading pullback membolehkan anda mempunyai stop loss yang lebih kuat dan memberikan anda risiko kepada nisbah pulangan yang lebih tinggi disebabkan oleh lokasi dagangannya yang kukuh.
- Lebih mudah untuk menarik pencetus dalam pasaran ini apabila anda membeli tinggi namun menjualnya pada harga yang lebih murah.
Kelemahan Pullback
Kelemahan pullback yang paling ketara adalah ianya mungkin boleh menmenunjukkan setiap permulaan kepada suatu situasi pembalikan yang sebenar.
Jika anda mahu tahu, kebanyakan traders menyatakan bahawa pullback bagi seorang trader adalah suatu reversal untuk trader lain yang melihat carta yang sama.
2. Correction
Correction dalam pasaran saham biasanya didefinisikan sebagai penurunan sebanyak 10% atau lebih dalam harga aset berbanding paras tertinggi terkini.
Setiap aset individu, termasuklah saham atau bon tunggal, atau indeks yang mengukur sekumpulan aset, boleh mengalami situasi correction ini dalam masa yang singkat atau lama yang mungkin mengambil masa untuk beberapa hari, minggu, bulan atau bahkan tahun.
Pembetulan mungkin boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor yang melibatkan peralihan makroekonomi yang berskala besar kepada kesukaran dalam strategi pengurusan sesebuah syarikat.
Setakat ini, tiada siapa yang boleh meramalkan bila waktu sebenar correction akan bermula, berhenti, atau betapa teruknya penurunan harga sehingga selepas ia berlaku. Namun begitu, anda sebagai traders boleh menggunakan data daripada data correction yang sebelum ini bagi membantu membuat perancangan dalam trading.
3. Bearish
Mengenali aliran Bearish adalah sangat penting kerana ia menentukan cara pasaran kewangan bergerak. Bearish berlaku apabila kejatuhan berlaku melebih 20%.
Jika ada suatu kenaikan, pasti saja ada penurunannya. Hal ini amat mempengaruhi aset atau instrumen kewangan yang pasti sahaja akan mengalami arah aliran negatif.
Jika tekanan negatif dalam pasaran melebihi tekanan kenaikan harga, nilai pasaran selalunya akan jatuh dan mengakibatnya, pasaran yang telah lama merosot. Namun begitu, anda juga boleh mengambil langkah inisiatif dalam mengaut keuntungan dan mengehadkan kerugian.
Kebanyakan traders akan melakukan short-sell ketika aliran menurun sebanyak 20% ini terjadi kerana mereka akan mendapat manfaat jika harga aset jatuh.
Nak tahu bagaimana?
Jika anda sebagai traders melakukan penjualan seperti ini, berkemungkinan besar anda akan meminjam sebahagian saham daripada broker dan menjualnya pada harga pasaran semasa. Namun apabila harga saham telah jatuh, anda akan membeli semula saham tersebut dan mengembalikan kepada broker anda mengikut jumlah peminjaman tadi. Jadi, perbezaan harga ini yang menguntungkan trader.
Bijak bukan?
4. Crash
Crash ini dianggap sebagai mimpi ngeri bagi setiap traders yang giat berdagang. Ia melibatkan suatu kejatuhan pasaran saham yang berlaku sebanyak lebih 10% apabila harga ekuiti dalam pasaran saham turun secara mendadak tanpa diduga dalam masa yang singkat.
Keadaan ekonomi, peristiwa malapetaka atau aspek spekulatif yang tersebar di pasaran semuanya boleh menjejaskan kejatuhan mendadak dalam nilai saham.
Kejatuhan pasaran saham berlaku apabila keyakinan pelabur dan/atau nilai dalam aset dagangan awam merosot, memaksa mereka untuk menjual kedudukan mereka dan beralih daripada pelaburan aktif.
Kejatuhan pasaran saham ini akan memberi kesan buruk yang serius terhadap ekonomi dan tingkah laku pelabur kerana ia menentukan pasaran ekonominya.
Pelabur yang kehilangan wang dalam kes kejatuhan pasaran saham kebanyakannya adalah apabila mereka menjual saham selepas membeli sejumlah besar saham sebelum krisis.
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: Kenali 4 jenis trader
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai