Jika anda perhatikan, telah ramai individu mahupun syarikat besar mula melibatkan diri dalam penggunaan teknologi Blockchain. Hal ini termasuklah dari segi penggunaan mata wang kripto mahupun non-fungible token, NFT.
Blockchain dianggap sebagai sistem yang lebih teguh dan selamat berbanding sistem berpusat lain yang banyak digunakan dalam industri perdagangan khususnya. Teknologi ini menjamin penyimpanan rekod perniagaan yang lebih selamat terutama kepada pembiayaan kewangan supaya tiada unsur penipuan mahupun penindasan.
Selain itu, ianya memudahkan proses transaksi aset perdagangan yang mana ia menjamin keselamat data sulit dengan identiti yang tidak boleh dipalsukan dan rekod pemilikan yang dikawal ketat.
Walaupun telah banyak penglibatan blockchain dalam kelompok individu ini namun, teknologi baru yang diperkatakan ini masih lagi tidak diterima baik oleh sesetengah pihak.
Mari kita lihat antara faktor yang mempengaruhi pendapat terperinci ini.
Kecelaruan Konsep Blockchain & Bitcoin Yang Dianggap Sama
Memandangkan terlalu banyak isu yang membabitkan nilai kepercayaan bitcoin, yang merupakan salah satu mata wang kripto, ia turut memberi tanggapan buruk kepada blockchain yang juga diperkenalkan pada masa yang sama.
Ramai yang mungkin menyangka blockchain dan bitcoin merupakan perkara yang sama tetapi tidak pada hakikatnya. Bitcoin adalah satu contoh aplikasi pertama yang menggunakan teknologi ini manakala, teknologi ini pula membolehkan pengedaran transaksi yang selamat.
Salah Faham
Keterbukaan kepada konsep teknologi blockchain ini bergantung kepada kes penggunaannya yang tersendiri. Orang sering menganggap maklumat perniagaan yang disiarkan pada blockchain adalah awam sedangkan ternyata ianya bukanlah begitu.
Segala maklumat urus niaga yang dikongsi masih kekal sulit dan peribadi kerana data hanya dibenarkan dilihat oleh individu yang mendapat pengesahan sahaja. Individu ini juga hanya dapat melihat sebilangan daripada data yang tersedia.
tips memulakan pelaburan saham
Smart Contract Adalah Dokumen Yang Sah
Bayangkan jika bayaran dilepaskan kepada pelanggan secara automatik saat barang diterima di gudang pelanggan, pastinya ia dapat mengurangkan kos pengurusan? Mana tidaknya, kos pengurusan secara manual yang memakan masa serta kos yang tinggi dapat dipotong sepenuhnya.
Hal ini diaplikasikan melalui penggunaan Smart Contract yang mana ia merupakan sebuah kod perisian yang digunakan pada rantaian blok. Smart Contract ini memainkan peranan penting dalam mengendalikan model Blockchain.
Secara ringkas, blockchain mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan dunia seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pelbagai media dan saluran akhbar setiap hari. Walaupun kini banyak isu negatif yang dikaitkan dengan blockchain namun, kami pasti kelak impaknya terhadap ekonomi dan pasaran dunia akan jauh lebih besar dari isu yang dibahaskan kini.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai