Search
Close this search box.

Blockchain Mula Diterapkan Oleh Industri Terbesar Malaysia?

Malaysian-Industry Government Group for High Technology atau lebih dikenali sebagai MIGHT, bertindak mengetuai penggunaan blockchain terhadap 3 industri terbesar negara. Industri ini termasuklah industri minyak sawit, kewangan Islam serta tenaga yang boleh diperbaharui.

Hal ini merupakan antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan ekonomi negara  sekaligus meningkatkan taraf penghasilan 3 industri terbesar Malaysia seperti di bawah. 

Industri Minyak Sawit

Hampir separuh daripada pendapatan pertanian negara adalah daripada industri minyak sawit. Oleh itu, pengusaha industri tersebut digesa untuk lebih berfikiran terbuka bagi penerapan teknologi blockchain yang bukan sahaja meningkatkan kepercayaan namun juga dapat melindungi sistem kerja yang lebih selamat serta menawarkan nilai tambah kepada industri tersebut.  

MIGHT kini dalam usaha mencari platform bagi meletakkan hasil maklumat serta pensijilan industri ke dalam teknologi blockchain. Langkah ini dapat menjamin sistem yang lebih mampan kerana memudahkan para penjual serta pengguna untuk mengenal pasti sumber minyak dan memantau perkembangan perniagaan. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga dapat menggunakan data yang ternyata lebih telus dan mampan apabila diperlukan kelak. 

Sistem Kewangan Islam

Seperti yang diketahui, kita sama sekali dilarang untuk mengutip faedah dan berhutang secara atas angin tanpa bersandarkan apa-apa jenis barang material di bawah undang-undang syariah. 

Beberapa pertikaian antara pihak menyifatkan tentang persoalan berkenaan proses penyaluran wang yang dikendalikan e-wallet. Namun, ianya tidaklah menjadi masalah besar kerana wang tersebut disifatkan sebagai hutang yang boleh dituntut mengikut polisi perbankan Islam. Perbezaan yang ada di sini hanyalah tuntutan dibuat bagi pembayaran sesuatu pihak yang mana hanya tertakluk kepada kelulusan si pemilik wang. 

Para pelabur kini tidak dapat mengabaikan sistem mata wang kripto kerana perkembangan teknologi blockchain yang dibawa di peringkat negara dan antarabangsa. Oleh itu, isu ini dilihat dari sudut kemudahan yang telah diberikan kepada masyarakat yang mana tiada penindasan dan penipuan yang terjadi dalam memastikan sistem yang lebih tulus dan patuh syariah. 

Penglibatan bank barat kebanyakan mendorong kepada kewujudan proses yang lebih kompleks termasuklah peningkatan kos perundangan dan pentadbiran. Namun, teknologi Blockchain sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kos ini selain turut memastikan pihak yang terlibat sentiasa mematuhi undang-undang Islam dengan pembangunan ‘smart contract’. 

mitos pelaburan

Tenaga Boleh Diperbaharui

Tenaga Nasional Berhad (TNB)kini merupakan satu-satunya sumber utiliti tunggal negara. Justeru, tindakan menempatkan tenaga ke dalam teknologi blockchain bakal meningkatkan persaingan serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui. 

Walau bagaimanapun, para perusahaan tenaga ini perlu mengisytiharkan proses penjanaan tenaga elektrik yang diperoleh bagi memudahkan pengguna membeli secara terus. Walaupun pada hakikat, urus niaga langsung ini dikategorikan sebagai suatu pembaziran jika dibandingkan dengan pengagihan kuasa elektrik dari stesen janakuasa, namun penggunaan teknologi bakal memenuhi keperluan negara bagi mewujudkan Persekitaran Pintar. 

Secara ringkas, penggunaan teknologi blockchain tidak hanya tertumpu kepada ketiga-tiga industri berkenaan malah, ia bakal menggalakkan ketulusan kepada industri lain seperti perdagangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top