Kalau anda nak tahu, urusan beli dan jual kripto menggunakan platform Huobi Global ini adalah sangat simple, sama seperti beberapa platform yang telah dibincangkan sebelum ini. .
Anda boleh memilih pelbagai jenis mata wang yang ingin dibeli.
Sebelum kami meneruskan perkongsian mengenai urusan jual beli coin melalui Huobi Global ini, kami memerlukan jawapan penting dari anda terlebih dahulu.
Adakah anda sudah ada akaun Huobi? Jika belum, boleh klik Disini untuk tutorial cara daftar akaun Huobi langkah demi langkah.
CARA MEMBELI KRIPTO MELALUI HUOBI GLOBAL
1. Pindahkan USDT dari ‘fiat’ kepada ‘spot account’
Artikel yang lepas kami sudah berkongsi mengenai cara untuk deposit wang ke akaun Huobi Global dan juga withdraw wang ke akaun bank anda.
Perkongsian dalam artikel tersebut menunjukkan cara terbaik bagaimana anda boleh mendapatkan wang atau nilai USDT untuk digunakan dalam aktiviti trading. Nilai USDT ini yang akan membolehkan anda untuk menjual dan membeli kripto. Nilai USDT akan bertindak sebagai pair dalam aktiviti trading anda. Contoh seperti USDT/Bitcoin, USDT/Ethereum dll.
Anda boleh merujuk pautan ini untuk mengetahui cara deposit dan withdraw di Huobi sebelum meneruskan dengan proses pembelian kripto ini.
Anda boleh membuat pembelian atau memulakan trading setelah mempunyai nilai mata wang fiat dalam akaun Huobi Global iaitu USDT. Namun, anda perlu memindahkan atau transfer terlebih dahulu nilai USDT yang ada dalam ‘fiat’ kepada ‘spot account’ untuk memudahkan proses trading.
Nak tahu caranya?
Tekan butang ‘Assets’ pada paparan skrin utama sebagai langkah pertama.
Kemudian di ruangan Assets, klik ‘Transfer’
2. Masukkan nilai yang ingin dipindahkan
Pastikan ketetapan anda betul pada bahagian ini. Iaitu from ‘Fiat’ kepada ‘Spot Account’ dan pilih ‘USDT’ pada bahagian Token. Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan. Anda boleh tetapkan berapa nilai USDT yang ada untuk dipindahkan. Sama ada ‘All’ atau masukkan nilai yang di ingini. Tekan butang ‘transfer’ sebagai tanda persetujuan terhadap nilai yang ingin dipindahkan.
Setelah selesai, anda akan dapat perhatikan jumlah yang dipindahkan telah berada pada ‘spot account’. Anda kini boleh memulakan aktiviti trading anda!
3. Klik Butang ‘Trade’ Untuk Memulakan aktiviti trading
Anda perlu klik pada butang ‘Trade’ seperti paparan skrin di atas terlebih dahulu.
Di sini, anda akan dapat melihat beberapa jenis cara trading yang boleh digunakan seperti spot, cross margin, fiat dan trading bot. Perbezaan di antara cara ini mungkin kerana harga yang ditawarkan serta proses transaksi yang perlu dijalankan.
Pada tutorial kali ini, kami akan berkongsi cara trading menggunakan ‘spot account‘. Anda perlu melakukan trading pada masa dan hari yang sama kerana ia akan mengikut harga pasaran pada saat itu. Beli dan jual pada harga semasa.
Cara spot trading ini kebanyakannya trader akan menggunakan konsep ‘buy low, sell high’ iaitu membeli kripto pada saat harga menurun dan menjualnya apabila harga mencecah tinggi.
Untuk memilih kripto yang anda nak beli, boleh klik pada bahagian atas kiri paparan seperti di bawah.
Pastikan anda berada di paparan “USDT”. Seterusnya, memilih kripto yang anda nak beli. Boleh type juga di ruangan search untuk memudahkan anda melakukan pencarian kripto yang di ingini.
4. Tetapkan kaedah pembelian yang digunakan
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan kaedah limit, market, stop limit dan juga stop market. Namun pada perkongsian kali ini, kita akan menggunakan kaedah ‘market’ seperti yang sering digunakan kebanyakan traders.
Hal ini kerana kami ingin melakukan trading dalam masa yang cepat dan sekarang berbanding ‘limit‘ yang digunakan hanya jika harga pasaran telah mencapai target yang telah ditetapkan bagi sesuatu waktu.
5. Masukkan nilai pembelian
Anda boleh masukkan nilai pembelian anda di antara 25%, 50%, 75% dan 100% daripada jumlah wang yang ada pada akaun untuk membeli mata wang kripto.
Tekan sahaja butang ‘Buy XRP’ sebagai tanda bersetuju untuk membuat pembelian.
7. Proses pembelian selesai
Anda kini dapat perhatikan bahawa nilai ripple (XRP) yang telah dibeli kini dimasukkan pada senarai ‘total‘ pada ‘spot account’ anda.
CARA MENJUAL KRIPTO MELALUI HUOBI GLOBAL
Jika ada pembelian, pasti juga ada sesi penjualan. Selepas traders mengenal pasti keuntungan yang bakal diperolehi, traders akan menjual nilai kripto yang dipegangnya.
Tindakan ini akan diambil oleh traders setelah mereka selesai meneliti dan menganalisis permintaan dan perkembangan harga pasaran kripto tersebut.
1. Tekan butang ‘Sell XRP’
Nilai yang ingin dijual haruslah tidak melebih jumlah kripto dalam simpanan. Jika tidak, anda perlu membeli dahulu kripto tambahan untuk dimasukkan ke dalam akaun. Masukkan jumlah kripto yang ingin dijual dan tekan butang ‘Sell XRP’ untuk meneruskan urusan penjualan. Turutan proses penjualan ini adalah sama sahaja seperti turutan proses pembelian yang kami telah terangkan di atas. Bahagian kiri (hijau) adalah Buy, manakala bahagian kanan (merah) adalah Sell
2. Tekan butang ‘Sell XRP‘
Tekan butang ‘Sell XRP‘ jika bersetuju dengan nilai yang ingin dijual.
3. Pindahkan nilai USDT yang ada kepada ‘fiat’
Jika sebelum ini, untuk membeli anda perlu memindahkan nilai USDT di ‘fiat‘ kepada ‘spot account’, namun kini, kita perlu memindahkan semula nilai USDT yang diperoleh atas hasil trading dan penjualan itu tadi kepada ‘fiat‘ supaya mudah untuk ‘withdraw’.
Klik butang ikon Assets > Klik Transfer > Pilih ketetapan ‘Spot Account’ kepada ‘Fiat’.
Dan pilih ‘USDT’ di bahagian ‘Token’.
Akan tetapi, ia tidak akan menjadi masalah jika anda ingin menyimpan sahaja nilai USDT pada ‘Spot Account‘ itu tadi. Mungkin anda nak melakukan trading kripto-kripto lain. Jadi boleh skip langkah ini.
Proses yang dikongsi pada langkah ini hanyalah kepada mereka yang nak withdraw wang sahaja.
4. Masukkan nilai pemindahan
Pastikan pemindahan nilai terjadi antara ‘spot account‘ kepada ‘fiat‘.
Masukkan nilai yang ingin dipindahkan dan tekan butang ‘All‘ jika ingin memindahkan kesemua nilai yang tersimpan.
4. Proses pemindahan selesai
Anda boleh memastikan proses penjualan selesai setelah nilai yang diperoleh berjaya dipindahkan kepada bahagian ‘fiat’.
Sebaik nilai USDT tadi telah berada di bahagian ‘Fiat’, barulah anda boleh withdraw melalui kaedah P2P.
Klik Disini untuk ketahui cara withdraw di Huobi Global.
Senang saja kan beli dan jual menggunakan Huobi Global ini dalam proses trading mata wang kripto?
Kini, dah tak ada masalah lagi untuk mencuba platform-platform pertukaran mata wang kripto dengan bantuan kami di Purnamaplus.com!
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Cara Deposit & Withdraw Melalui Huobi Global
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai