Kembali lagi bersama kami di Purnama Plus untuk membincangkan ilmu-ilmu menarik mengenai pelaburan seperti cara beli dan jual kripto. Sudah mencuba apa-apa jenis pelaburan? Sudah mula mencipta cinta dengan dunia pelaburan?
Mari tambah ilmu dengan pembacaan kali ini!
Pada artikel lepas, kita sudah mengetahui dan membincangkan cara yang mudah untuk deposit dan juga withdraw kripto melalui akaun Mexc Global, boleh baca Disini. Langkah yang paling mudah untuk anda dan kami percaya pasti anda sudah mula cuba melabur kan?
Melabur sudah, kripto pun sudah ada, dah boleh mulakan aktiviti trading ke?
Eh, belum lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu anda lakukan
CARA MEMBELI KRIPTO MELALUI MEXC GLOBAL
1. Semak akaun fiat dan nilai USDT di akaun spot
Nilai yang telah anda deposit, akan berada di bahagian akaun fiat. Anda perlu semak semula ruangan akaun fiat anda. Untuk semak klik butang ‘home’ > klik ‘fiat’.
Untuk membuat aktiviti pembelian dan penjualan, perlulah menggunakan simpanan USDT yang tersedia pada ruangan Spot.
Semak juga nilai yang tersedia di akaun spot sebelum melakukan pemindahan jumlah fiat kepada akaun spot.
Akaun spot akan menunjukkan nilai sifar jika nilai USDT anda masih tersimpan pada akaun fiat.
2. Pindahkan jumlah fiat kepada akaun spot
Pastikan tetapan akaun yang ingin dibuat adalah betul iaitu akaun ‘fiat’ kepada akaun ‘spot‘.
Klik wallet > fiat > transfer.
3. Masukkan nilai untuk dipindahkan
Nilai yang tersedia dalam akaun anda akan dipaparkan di bawah skrin sebagai rujukan. Masukkan nilai yang ingin anda gunakan dalam aktiviti trading.
Namun jika ingin menggunakan kesemua jumlah yang berada dalam simpanan, anda boleh terus tekan butang ‘all‘ dan nilainya akan muncul pada ruangan ‘amount‘ di bawah.
Tekan butang ‘transfer’ jika anda bersetuju dengan kesemua maklumat yang telah dimasukkan. Selesainya proses ini bermaksud akaun spot anda sudah mempunyai nilai USDT yang boleh digunakan dalam aktiviti trading.
4. Klik Butang ‘Trade’ untuk Buy
Butang ‘Trade’ ini boleh ditemui di bahagian bawah tengah seperti gambar di bawah. Memandangkan anda berjaya memindahkan jumlah fiat kepada akaun spot jadi, kita perlu memulakan trading menggunakan akaun spot tersebut.
Cara yang sama akan digunakan jika anda ingin trade menggunakan akaun margin ataupun P2P.
5. Pilih nilai kripto yang ingin dibeli
Tekan butang dengan garis tiga pada skrin yang memaparkan perkataan BTC/USDT dan tukarkannya kepada mata wang kripto yang anda perlukan seperti XRP bagi ripple atau Eth untuk Ethereum.
6. Tentukan kaedah yang ingin digunakan
Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan kaedah market ataupun limit ketika membeli mata wang kripto.
Anda perlu tahu bahawa ‘limit’ pada platform pertukaran kripto ini membawa maksud kepada traders menetapkan target mereka sendiri untuk membeli atau menjual kripto pada sesuatu waktu atau harga pasaran. Jika nilai kripto telah mencapai harga pasaran yang telah ditetapkan, kripto tersebut akan dapat dijual dan dibeli secara automatik.
Berbeza pula dengan kaedah ‘market’, ianya sering digunakan jika traders ingin membuat transaksi segera tanpa menunggu masa dan harga yang sesuai. Anda akan dapat membuat pembelian atau penjualan kripto sebaik sahaja berjaya masukkan semua maklumat dan menekan butang ‘buy‘.
7. Masukkan nilai pembelian
Anda perlu memasukkan nilai kripto yang ingin dibeli pada ruangan yang telah disediakan. Sebagai rujukan, nilai simpanan anda akan dipaparkan pada ruangan bawah skrin anda.
Sebagai contoh, ruangan avbl di bawah menunjukkan nilai 11.76USDT yang juga bermaksud kami memperoleh simpanan dalam akaun platform ini sebanyak 11.76USDT. Jadi, kami boleh memasukkan nilai pembelian mengikut nilai yang sama atau kurang.
Kemudian, anda boleh menekan butang ‘buy’ jika sudah berpuas hati dengan maklumat yang dimasukkan.
8. Proses pembelian selesai
Perhatikan sama ada nilai kripto yang dibeli sudah dimasukkan kedala simpanan.
Setelah semuanya selesai, anda kini sudah boleh mula memerhati dan memahami trend-trend terkini pelaburan melalui graf yang tersedia pada platform ini.
CARA MENJUAL KRIPTO MELALUI MEXC GLOBAL
Jika ada keuntungan, pasti ada kerugian dan jika ada pembelian, pasti sahaja ada aktiviti penjualan. Jadi, mari kita teruskan pembelajaran kita kini dengan cara penjualan kripto melalui Mexc Global ini.
1. Tekan butang ‘sell’
Jika kita memilih ruangan ‘buy’ sewaktu proses pembelian namun kini, anda perlu memastikan bahawa anda berada pada ruangan ‘sell‘ pula bagi sesi penjualan.
2. Tetapkan kaedah yang ingin digunakan
Sama seperti sesi pembelian sebentar tadi yang mana anda perlu menetapkan kaedah yang ingin digunakan untuk menjual kripto tersebut. Jika anda berniat untuk menjual dengan segera, anda perlu menggunakan kaedah ‘market’ namun jika anda mempunyai target untuk menjualnya pada sesuatu nilai spesifik harga pasaran, kami sarankan untuk anda gunakan kaedah ‘limit’.
3.Masukkan nilai penjualan
Masukkan nilai kripto yang ingin anda jual dan pastikan nilai tersebut tidak melebihi jumlah simpanan yang tersedia dalam akaun.
4. Buat penjualan
Tekan butang ‘sell’ pada skrin jika semua maklumat adalah benar ingin meneruskan pembelian. Lakukan pengesahan sekali lagi dengan menekan butang ‘confirm’ pada platform.
5. Pindahkan nilai dari spot kepada akaun fiat
Setelah selesai aktiviti penjualan, pasti anda inginkan nilai mata wang yang telah diperoleh kan?
Jadi, tekan butang ‘wallet’ pada ruangan ‘home’ dan pilih pemindahan daripada akaun ‘spot’ yang kita gunakan untuk trading kepada ‘fiat’.
Anda boleh memindahkan kesemua nilai yang tersimpan atau mengikut nilai permindahan yang tertentu.
Atau sekiranya anda nak meneruskan pembelian kripto yang lain, anda boleh biarkan saja nilai USDT anda di akaun spot. Ini akan memudahkan anda untuk membeli kripto lain terus menggunakan USDT yang ada tanpa perlu pindahkan fiat kepada akaun spot.
6. Proses penjualan selesai
Anda perlu memeriksa dan memastikan akaun fiat anda sudah mempunyai nilai yang dipindahkan dan jumlah tersebut telah dipotong daripada akaun ‘spot’ sebentar tadi.
Setelah semuanya selesai, ia bermakna bahawa proses penjualan dan pemindahan anda telah pun selesai.
Semoga perkongsian kemi di Purnama Plus sentiasa memanfaatkan pembaca kami. Jika ada ingin berkongsi sebarang maklum balas, boleh kongsikan dengan kami pada ruangan komen di bawah.
Jangan lupa untuk sentiasa mengikuti perbincangan pelaburan ini dari semasa ke semasa di purnamaplus.com.
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Cara Senang Deposit/Withdraw di Mexc Global
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai