Cara deposit dan withdraw wang melalui Kucoin lebih mudah?
KUCOIN adalah platform pertukaran matawang yang TERMURAH?
Betul ke?
Okay baik, sebelum kita meneliti cerita sebenar di sebaliknya, molek rasanya jika kita kenali dahulu apa itu KUCOIN ini kan?
KUCOIN ini adalah salah satu platform pertukaran kripto yang dikenali dan sudah banyak digunakan di Malaysia. Platform yang beribu pejabat di Hong Kong ini telah dikenali sebagai salah satu Bursa yang terbaik di dunia yang menyediakan peluang untuk membuat transaksi digital dengan mudah, mesra pengguna dan selamat untuk digunakan.
Platform KUCOIN ini dikatakan dapat mengawal dan melancarkan proses perdagangan yang boleh mencecah penggunaannya sebanyak 2 juta dalam masa sesaat.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah platform yang mengenakan caj tambahan yang banyak kepada pengguna. Ini termasuklah setiap proses yang ada seperti deposit, pembelian dan juga pengeluaran.
Tetapi apa yang menariknya berkaitan platform KUCOIN ini, kos yang dikenakan kepada pengguna amatlah rendah berbanding platform-platform pertukaran mata wang yang lain.
- tiada caj tambahan bagi sistem ‘deposit’
- 0.1% caj tambahan akan dikenakan bagi setiap transaksi
- caj tambahan bagi ‘withdraw’ bergantung kepada mata wang
Jom kenali cara mudah untuk deposit dan withdraw wang melalui Kucoin.
CARA DEPOSIT WANG KE AKAUN KUCOIN
Seperti yang telah dinyatakan, tiada caj tambahan akan dikenakan untuk mendepositkan wang ke dalam akaun KUCOIN. Namun begitu, ianya terkecuali bagi sesetengah rangkaian dengan jenis mata wang yang berbayar.
Cara deposit dan withdraw wang melalui KUCOIN agak berbeza daripada platform Luno yang telah dikongsikan sebelum ini.
Mari kita lihat dengan lebih lanjut cara dan proses ini dijalankan.
1. Tekan butang ‘Buy crypto’
Sebagai langkah utama, anda boleh memilih butang ‘Buy Crypto’ pada ruangan tengah skrin.
2. Pilih Trader Yang Nak Menjual USDT
Pastikan anda berada di bahagian Buy. Bukannya di bahagian Sell. Pertama, anda perlu tukarkan fiat wang (Ringgit Malaysia) kepada USDT terlebih dahulu. Ini kerana, USDT akan bertindak sebagai pair dalam trading kripto anda nanti. Di sini, anda dapat melihat beberapa senarai trader yang ingin menjual USDT mereka. Nilai yang ditawarkan serta jumlah kripto yang ingin dijual akan ditunjukkan pada ruangan ini.
Untuk menukar fiat kepada USDT, anda perlu beli daripada trader lain yang ingin menjual USDT mereka. Begitu juga nanti jika anda nak withdraw. Beli (deposit) dan jual (withdraw) itu berlaku di antara anda dengan trader yang lain.
Nak tahu tips penting?
- Pastikan jumlah limit Ringgit Malaysia trader yang menjual itu ada dalam jumlah yang anda nak beli. Contoh, anda nak deposit RM1,000. Jadi anda perlu pilih trader yang mempunyai limit di antara RM1,000 hingga RM5,000 atau RM400 hingga RM1,500 atau mana-mana limit yang ada jumlah deposit anda.
- Kami cadangkan untuk anda Buy dari trader yang mempunyai % transaction yang melebihi 95%. Kerana lebih menyakinkan
- Pastikan payment method seller adalah sama dengan kaedah pembayaran yang anda nak. Sebagai contoh jika anda nak deposit dengan cara bank tranfer, pilih seller yang menerima bank transfer. Di KuCoin ada macam-macam cara boleh deposit. Yang biasa digunakan adalah bank transfer.
Jika anda merupakan pengguna baru, anda perlu setup payment method dahulu untuk meneruskan langkah deposit. Untuk setup payment method boleh klik 3 dot di bahagian kanan atas.
Selepas itu, klik Payment Method (ikon tengah) dan klik Add. Dari situ anda boleh pilih pelbagai jenis payment method. Ada lebih 20+ payment method. Yang banyak digunakan adalah Bank Transfer. Pilih Bank Transfer, masukkan nama penuh dan detail akaun bank anda. Klik Confirm.
Siap setup payment method, mari kita sambung dengan langkah seterusnya.
Sebagai contoh dalam artikel ini, kami memilih untuk mendapatkan kripto USDT melalui penjual yang bernama @mj71 dengan mengetik butang ‘buy’ seperti yang tertera di bawah.
3. Masukkan nilai ringgit
Anda boleh meneruskan proses seterusnya dengan memasukkan nilai Ringgit Malaysia mengikut bajet yang anda nak.
Jumlah USDT yang akan diperolehi juga akan ditunjukkan pada paparan mengikut nilai yang ingin dibeli.
Jangan lupa untuk membaca kesemua ‘remarks‘ yang tersedia untuk mengelakkan salah faham atau kesalahan semasa transaksi.
Jika anda yakin bahawa segala maklumat yang diperlukan adalah tepat dan bersetuju untuk setiap syarat yang diberikan, anda boleh terus menekan butang ‘Pay Now’ untuk membuat pembayaran.
4. Membuat pembayaran
Segala maklumat yang diperlukan untuk membuat pembayaran akan disertakan pada ruangan ini seperti jumlah yang perlu dibayar dan juga maklumat bank untuk membuat transaksi.
Pembayaran ini juga ada caranya ye.
- Pastikan maklumat yang diberi adalah betul
- Membuat pembayaran menggunakan kaedah ‘bank transfer’
- ‘Screenshot’ resit pembayaran.
- Hantar resit pembayaran pada ruangan ‘chat’ di sebelah kanan atas skrin dan maklumkan kepada si pedagang.
- Tekan butang ‘mark as paid’ sebagai tanda pembayaran selesai.
Selesai kesemua step di atas, anda hanya perlu menunggu sehingga USDT yang dibeli selesai di release kepada anda.
5. Proses deposit selesai
Anda kini boleh memeriksa jumlah kripto yang telah diperoleh pada ruangan atas skrin yang juga dinamakan sebagai ‘total assets‘.
CARA WITHDRAW KE AKAUN BANK
Setiap apa yang sudah dimasukkan, pasti ada pengeluarannya kan?
Anda juga pasti ingin tahu bagaimana proses untuk mengeluarkan segala wang dan keuntungan yang telah diperoleh keluar daripada platform KuCoin kepada akaun bank.
Mari sini, kami kongsikan serba sedikit mengenai proses ‘withdraw’ di platform Kucoin ini.
1. Tekan butang ‘Buy crypto’
Cara utama untuk mengeluarkan wang atau ‘withdraw’ pasti sahaja bermula pada halaman home yang menunjukkan keseluruhan platform.
Kemudian anda boleh mengikuti cara yang sama ketika proses deposit dengan menekan butang ‘buy crypto’ di ruangan skrin.
2. Memilih butang ‘sell’ berbanding ‘buy’
Walaupun proses deposit sebentar tadi meminta anda untuk memilih butang ‘buy’ seperti yang disertakan pada paparan di bawah, namun ianya masih terdapat beberapa perbezaan.
Anda perlu memilih butang ‘sell‘ bagi meneruskan proses ‘withdraw‘ dan meneliti setiap pembeli yang ingin membeli kripto yang ingin diserahkan.
Anda juga boleh memilih pembeli yang mempunyai limit pembelian yang bersesuaian dengan harga yang anda tawarkan dan meneliti pembeli-pembeli yang boleh dipercayai dan tekan butang ‘Sell’ jika bersetuju.
3. Masukkan jumlah kripto yang ingin dijual
Anda perlu memasukkan jumlah kripto yang ingin dijual pada ruangan yang disediakan. Jika ingin menjual kesemua kripto, tekan sahaja butang ‘All’ pada skrin dan kesemua jumlah kripto yang tersedia akan ditunjukkan.
Jika sudah berpuas hati dengan keputusan anda, tekan pula butang ‘sell now’ untuk meneruskan proses.
4. Masukkan kata kekunci
Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan sebagai langkah keselamatan bagi setiap transaksi urusan jual beli kripto pada platform ini.
Fungsi kata laluan ini sama sahaja seperti apabila anda menggunakan applikasi bank untuk membuat apa-apa jenis transaksi. Anda hanya boleh meneruskan proses transaksi sekiranya anda memasukkan kod ini sebagai tanda perlindungan terhadap akaun anda daripada digunakan individu luar .
5. Tunggu buyer membuat pembayaran
Segala maklumat anda akan ditunjukkan supaya si pembeli dapat membuat pembayaran kepada bank akaun anda.
Untuk memastikan anda tidak ditipu, anda perlu mengikut beberapa cara ini:-
- beri pesanan pada pembeli untuk menghantar salinan resit melalui ruangan ‘chat‘
- periksa akaun bank anda dan pastikan wang sudah dimasukkan
- tekan butang ‘Release Crypto‘ sebagai tanda selesai
6. Sahkan proses pembayaran
Anda perlu mengesahkan pembayaran yang telah dilakukan oleh pembeli sebelum melepaskan kripto. Pastikan jumlah wang dan nama bank yang tertera adalah sama seperti yang dipersetujui.
Masukkan pula kata laluan yang diperlukan pada setiap kali transaksi.
7. Proses ‘withdraw’ selesai
Anda akan mendapat paparan yang menyatakan ‘cryptocurrency released, the transaction is completed’ sebagai tanda kripto anda sudah di release kepada pembeli.
Dengan berakhirnya langkah ini maka selesai lah sudah proses ‘withdraw’ daripada akaun KUCOIN kepada akaun bank anda.
Berminat untuk mengetahui lebih banyak langkah dan cara untuk berdagang?
Teruskan melayari laman web purnamaplus.com untuk lebih ilmu mengenai pelaburan.
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Cara Beli & Jual Pada Platform Luno
1 thought on “Cara Deposit Dan Withdraw Melalui KuCoin”
Apa beza antara bank dan bank transfer dalam kaedah bayaran?
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai