Nak mula melabur dengan kripto ni, anda perlu mencari dahulu seberapa banyak ilmu yang boleh digunakan supaya dapat mengurangkan risiko pelaburan.
Bandingkan setiap platform yang ada untuk mendapatkan cara terbaik bagi meneruskan aktiviti pelaburan mata wang kripto.
Antara platform yang boleh kami cadangkan adalah seperti platform Luno, Kucoin, Huobi Global dan tidak terkecuali juga Mexc Global, platform yang sering digunakan kerana sifatnya yang mesra pengguna dan mudah untuk digunakan.
Walaupun Mexc Global mengenakan beberapa yuran tambahan namun, ianya masih kurang sedikit jika dibandingkan dengan purata industri global yang lain. Sebagai contoh, ia hanya mengenakan yuran sebanyak 0.2 % bagi setiap transaksi dan mempunyai nilai yuran yang berbeza bagi aktiviti pengeluaran sesuai dengan jenis mata wang kripto yang terlibat.
Selain itu, platform ini menyediakan peluang perdagangan mata wang kripto yang berprestasi tinggi dengan tahap keselamatan yang boleh dipercayai oleh bekas perbankan yang berpengalaman.
Berminat untuk mendalami Mexc Global dengan lebih lanjut?
Ayuh, kita mulakan!
CARA DEPOSIT KE AKAUN MEXC
1. Pilih butang ‘P2P Trading’
Sebelum memulakan apa-apa aktiviti trading, anda akan dapat melihat pelbagai features pada halaman home seperti paparan di bawah.
Features-features ini akan membantu anda sepanjang aktiviti trading agar dapat memberi lebih keuntungan. Anda boleh mempelajarinya daripada laman-laman sesawang yang menyediakan pengetahuan terperinci mengenai pelaburan mata wang kripto.
Anda juga boleh merujuk pautan ini untuk mengetahui cara mudah mendaftar dengan akaun Mexc Global supaya dapat meneruskan langkah pertama dalam dunia pelaburan. Butang ‘P2P Trading’ tu anda boleh jumpa di bahagian tengah paparan home aplikasi.
2. Periksa jumlah simpanan
Periksa nilai atau jumlah kripto simpanan anda pada ruangan overview. Jika ini merupakan pelaburan kripto anda yang pertama menggunakan Mexc Global, anda akan mendapati nilai atau jumlah yang tersimpan adalah sifar dari setiap jenis portfolio.
3. Buat pembelian kripto USDT
Seperti platform lain, anda juga perlu menukar nilai fiat (Ringgit Malaysia) kepada USDT sebagai contoh, untuk digunakan ketika aktiviti trading.
Jadi, perkara pertama yang boleh dilakukan adalah memilih beberapa traders yang menjual nilai USDT mereka.
Pastikan nilai kripto yang ingin dibeli bersesuaian dengan bajet kewangan yang sudah anda tentukan.
Haa, pasti anda tertanya-tanya kan, bagaimana nak kenal pasti lingkungan harga yang ditawarkan?
Sangat mudah!
Perhatikan saja pada perkataan limit di setiap ruangan milik traders.
Sebagai contoh, kami ingin melabur dengan bajet yang kurang daripada RM 50. Jadi, traders yang bernama Kripto Kopitiam adalah pilihan yang tepat kerana harga yang tertera pada limit adalah di antara RM 50 sehingga RM 2920.
4. Kemas kini dan tetapkan butiran pembayaran
Sebelum membuat sebarang transaksi, anda perlu mengemas kini terlebih dahulu beberapa maklumat seperti kaedah pembayaran. Ada pelbagai jenis payment setting yang boleh anda gunakan. Bahagian ini penting kerana dengan payment setting ini lah yang anda akan gunakan untuk deposit/withdraw wang anda nanti. Jenis payment setting yang popular adalah Bank Transfer atau di dalam MEXC ditunjukkan sebagai Bank Account.
Tekan butang yang mempunyai tiga titik dan pilih ‘payment settings’ > Add Payment Methods > Bank Account > Save
5. Semak nama dan nombor akaun
Pastikan nama yang tertera pada akaun pembayaran adalah nama anda dan segala maklumat yang diberikan adalah benar.
Sekiranya nama pada akaun bank yang digunakan ketika transaksi adalah berbeza daripada profil akaun, traders lain berhak untuk menolak permintaan pembelian atau penjualan dari anda dan melaporkannya kepada pihak customer service.
Jika anda yakin dengan maklumat yang diberikan, tekan butang ‘add payment methods’ untuk meneruskan pembelian.
6. Buat pembayaran pembelian
Anda kini boleh teruskan pembelian dengan menekan butang ‘buy’ dari penjual pilihan anda dan masukkan nilai pembelian.
Semak maklumat-maklumat penting seperti harga pembelian, jumlah kripto yang diperoleh, nama penjual dan nombor akaun bank penjual.
Kemudian, anda perlu membuat pembayaran menggunakan bank transfer jika yakin dengan segala maklumat yang diberi.
Ingat ye!
Pemindahan perlu dilakukan mengikut tempoh masa yang telah diberikan. Jika proses pembayaran melebihi tempoh masa tersebut, transaksi pembelian mungkin akan dibatalkan serta merta dan anda perlu membuat pembelian baru.
Maklumkan pada penjual dengan menggunakan rungan chat dan tekan butang ‘I have finished the payment’ jika pembayaran sudah selesai.
Tunggu sehingga kripto anda sudah dilepaskan oleh penjual.
Jika anda sudah menerima nilai kripto, ini bermakan ia telah berada pada ruangan fiat akaun anda.
CARA WITHDRAW KEPADA AKAUN BANK
1. Semak baki akaun anda
Pastikan anda mengetahui nilai yang tersedia dalam profil akaun anda sebelum memulakan sesi pengeluaran. Pada saat ini, nilai yang akan dikeluarkan adalah bergantung kepada nilai fiat (Ringgit Malaysia).
Tekan butang ‘withdraw’ pada paparan dan mulakan sesi pengeluaran.
2. Pilih pembeli dari senarai traders
Perkara penting di sini adalah anda perlu memastikan paparan menunjukkan ruangan ‘sell‘ yang mana anda perlu memilih pembeli yang sesuai.
Untuk meneruskan penjualan, anda perlu menekan butang ‘sell’ kepada pembeli yang sudah dipilih.
Sebagai contoh di sini, nilai Ringgit Malaysia yang kami perolehi hanyalah kurang daripada RM 50. Jadi, kami memilih trader dengan akaun NiceMalayGuy sebagai pembeli yang ingin membeli kripto dengan harga bermula RM 10 sehingga RM 10 000.
3. Tetapkan nilai jualan USDT
Seterusnya, tetapkan nilai jualan anda mengikut simpanan yang tersedia. Tekan butang ‘all’ jika ingin menjual kesemua simpanan kripto dari akaun anda.
Nilai Ringgit Malaysia akan terpapar pada ruang skrin dan jika anda bersetuju untuk menjual, tekan butang ‘SellUSDT’.
4. Tunggu pembeli membuat pembayaran
Seperti aktiviti pembelian sebelum ini, sesi penjualan juga mempunyai masa yang sudah ditetapkan. Jadi anda perlu menunggu sehingga pembeli berjaya membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Jangan lupa untuk memaklumkan segala maklumat tambahan yang anda inginkan pada ruangan chat. Jika tiada maklumat atau respon yang diperoleh daripada pembeli, anda boleh menghubungi mereka melalui nombor telefon yang telah mereka sertakan pada ruangan maklumat.
5. Proses withdraw selesai
Anda akan mendapat satu pernyataan yang menyatakan proses pengeluaran atau ‘withdraw’ anda telah selesai. Pastikan nilai wang yang dihantar oleh pembeli adalah sama dengan jumlah yang telah anda tetapkan.
Berakhirlah sudah proses ‘withdraw’ anda dengan tamatnya step ke -5 ini.
Sudah jelas dengan cara deposit dan withdraw wang melalui akaun Mexc Global tapi berminat untuk mengetahui lebih banyak langkah dan cara untuk berdagang?
Teruskan melayari laman web purnamaplus.com untuk lebih ilmu mengenai pelaburan.
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin akan meminati: Cara Mudah Daftar dengan Mexc Global
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai