Seperti platform pertukaran mata wang kripto yang lain, soalan yang sering kami terima adalah “senang ke deposit dan withdraw wang dalam platform Huobi Global ni?”
Seperti yang kita semua tahu, penggunaan Huobi Global di Malaysia sudah semakin berkembang dan telah sering diguna pakai.
Adakah ini bermaksud platform Huobi Global boleh dipercayai?
Ataupun mata wang kripto ini benar-benar akan menguasai ekonomi kelak?
Hal itu tidak boleh dibuktikan secara jelas namun anda tiada masalah untuk anda menggunakannya untuk mencuba dan meneroka dunia mata wang terbaru ini.
Jadi dalam artikel ini, kami di Purnamaplus akan berkongsi beberapa cara penting untuk menggunakan platform Huobi Global ini seperti deposit dan juga withdraw.
CARA DEPOSIT
Selepas mendaftar, akan dibawa kepada ruangan seperti di bawah yang mana anda boleh memilih untuk meneruskan aktiviti seperti deposit atau withdraw.
Dalam konsep platform ini, deposit ialah aktiviti memasukkan sejumlah wang ke dalam mana-mana tempat penyimpanan seperti bank atau platform untuk sesuatu jangka masa.
Duit yang dimasukkan ini akan digunakan dalam urusan jual beli kripto kelak.
1. Klik pada butang ‘Deposit/Buy’ di tengah paparan skrin.
2. Setup Payment Method
Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah anda berada di bahagian ‘Buy’ dan ‘P2P’ untuk mendepositkan wang dalam akaun Huobi Global. Jadi, anda perlu menukarkan mata wang fiat seperti Ringgit Malaysia kepada USDT terlebih dahulu. Hal ini disebabkan oleh, USDT akan bertindak sebagai pair dalam aktiviti trading. Contoh kita akan beli Bitcoin nanti menggunakan USDT. Jadi Bitcoin/USDT.
Bagi anda yang pertama kali melakukan deposit, anda perlulah terlebih dahulu setup payment method yang ingin digunakan bagi tujuan deposit. Kaedah yang biasa digunakan oleh para trader adalah cara Bank Transfer.
Klik ikon tambah dihujung atas kanan seperti paparan di bawah
Kemudian klik payment method
Klik Add. Ada boleh juga untuk tambah lebih dari satu payment method.
Pilih Bank Transfer dan masukkan perincian bank akaun anda seperti nama pemilik akaun, nombor akaun dan nama bank. Kemudian save.
3. Pilih Trader @ Seller Yang Nak Menjual
Sekarang anda dapat melihat beberapa senarai trader yang ingin menjual USDT mereka. Nilai yang ditawarkan serta jumlah kripto yang ingin dijual akan ditunjukkan pada ruangan ini.
Untuk menukar fiat kepada USDT, anda perlu beli daripada trader lain yang ingin menjual USDT mereka. Anda perlu berurusan dengan trader lain dalam proses deposit dan juga withdraw duit melalui akaun Huobi Global.
Anda perlu memilih trader yang mempunyai jumlah limit dalam Ringgit Malaysia yang memenuhi bajet pelaburan anda. Sebagai contoh, kami memilih trader dengan nama pengguna @ApiezLanang769 dengan limit yang ditawarkan di antara RM 60 sehingga RM1,457, sesuai dengan bajet kami sebanyak RM 60
Selain itu, jumlah trading yang banyak iaitu sebanyak 531 berbanding traders @finZy yang hanya melakukan 163 kali trading merupakan antara faktor mengapa kami memilih @ApiezLanang769 tersebut.
Selain melihat kepada jumlah trade yang telah dilakukan oleh trader @ seller, untuk meningkatkan keyakinan, anda juga boleh memilih trader yang mempunyai % transaction yang melebihi 95% kerana lebih menyakinkan.
4. Tekan butang ‘Buy’
Setelah memilih trader dan menekan butang ‘Buy’, anda akan dibawa kepada halaman yang memaparkan segala maklumat yang diperlukan bagi tujuan deposit wang. Semak jumlah USDT, harga dan kaedah pembayaran yang diperlukan.
Pastikan payment method seller adalah sama dengan kaedah pembayaran yang anda nak. Sebagai contoh jika anda nak deposit dengan cara Bank Tranfer, pilih seller yang menerima Bank Transfer. Di Huobi Global, terdapat macam-macam cara untuk mendeposit wang namun, yang biasa digunakan adalah bank transfer.
5. Masukkan nilai ringgit
Anda boleh meneruskan proses seterusnya dengan memasukkan nilai Ringgit Malaysia mengikut bajet yang anda nak.
Jumlah USDT yang akan diperolehi juga akan ditunjukkan pada paparan mengikut nilai yang ingin dibeli.
Anda boleh menekan butang ‘cancelled‘ jika ingin membatalkan proses deposit ini.
Cara membuat pembayaran adalah dengan:-
- Kaedah ‘Bank Transfer’
- ‘Screenshot’ resit pembayaran.
- Hantar resit pembayaran pada ruangan ‘chat’ di sebelah kanan atas skrin dan maklumkan kepada si trader.
Anda juga boleh memilih sama ada ingin melalui ‘by cash‘ atau ‘by quantity‘ seperti yang telah dipaparkan.
Tekan butang ‘Order’ untuk membuat pembayaran.
6. Membuat pembayaran
Selepas anda klik ‘Order’, paparan detail bank seller akan ditunjukkan seperti nama pemilik akaun, nombor akaun dan nama bank.
Dalam masa 5 minit, apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke aplikasi @ website banking anda dan lakukan transfer ke akaun seller berserta amaun yang perlu di transfer. Kemudian pergi ke bahagian chat dan hantar resit pembayaran.
Anda juga boleh klik ikon Record History seperti di bawah ini untuk chat semula dengan seller nanti
Selepas selesai kesemua step di atas, anda hanya perlu menunggu sehingga USDT yang dibeli selesai di lepaskan kepada anda. Biasanya dalam 5 minit, seller akan release USDT anda.
7. Proses deposit selesai
Anda kini telah mempunyai mata wang kripto dengan nilai USDT jika paparan menunjukkan nilai di bawah.
CARA WITHDRAW KE AKAUN BANK
Setiap apa yang sudah dimasukkan, pasti ada pengeluarannya kan?
Anda juga pasti ingin tahu bagaimana proses untuk mengeluarkan segala wang dan keuntungan yang telah diperoleh keluar daripada platform Huobi Global kepada akaun bank.
Mari sini, kami kongsikan serba sedikit mengenai proses ‘withdraw’ di platform Huobi Global ini.
1. Pilih traders yang ingin membeli
Anda boleh mengikuti cara yang sama seperti proses deposit namun kali ini, anda perlu memilih traders yang ingin membeli berbanding yang ingin menjual pada kategori P2P. Jadi pastikan anda berada di bahagian ‘Sell’
Perkara yang sama perlu diperhatikan seperti tawaran jumlah limit, jumlah trading serta peratusan yang dipaparkan pada setiap maklumat si trader.
Anda juga boleh memilih pembeli yang mempunyai limit pembelian yang bersesuaian dengan harga yang anda tawarkan dan meneliti pembeli-pembeli yang boleh dipercayai serta menekan butang ‘Sell’ jika bersetuju.
Pada tutorial kali ini, kami memilih trader @schin01 yang menawarkan jumlah limit di antara RM 60 sehingga RM 5,186 sebagai pembeli kripto USDT kami.
2. Masukkan nilai yang ingin dijual
Sebelum memasukkan nilai yang ingin dijual, anda perlu menyemak terlebih dahulu maklumat si pembeli.
Masukkan pula nilai yang ingin dijual pada ruangan yang telah disediakan. Jika ingin menjual kesemua nilai kripto dalam simpanan, tekan sahaja butang ‘All‘ yang telah tersedia.
Sebagai contoh, kami ingin menjual nilai kripto yang berharga RM 118.84 dalam simpanan.
Tekan butang ‘order‘ setelah selesai untuk meneruskan proses ‘withdraw‘.
3. Tunggu buyer membuat pembayaran
Segala maklumat anda akan ditunjukkan supaya si pembeli dapat membuat pembayaran kepada bank akaun anda.
Pastikan anda memberi pesanan kepada pembeli untuk menghantar salinan resit melalui ruangan ‘chat‘. Periksa salinan resit dan akaun bank anda terlebih dahulu sebelum mengesahkan pembayaran sebagai tanda wang telah dimasukkan.
6. Sahkan proses pembayaran
Anda perlu mengesahkan pembayaran yang telah dilakukan oleh pembeli sebelum melepaskan kripto USDT anda. Pastikan jumlah wang dan nama bank yang tertera adalah sama seperti yang dipersetujui. Klik confirm
Urusan anda kini telah selesai jika platform menunjukkan paparan seperti di bawah.
7. Proses ‘withdraw’ selesai
Anda perlu menekan butang ‘I have received the payment‘ untuk melepaskan USDT kepada si pembeli.
Dengan berakhirnya langkah ini maka selesai lah sudah proses ‘withdraw’ daripada akaun Huobi Global kepada akaun bank anda.
Berminat untuk mengetahui lebih banyak langkah dan cara untuk berdagang?
Teruskan melayari laman web purnamaplus.com untuk lebih ilmu mengenai pelaburan.
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Cara Daftar Dengan Huobi Global
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai