Search
Close this search box.

Cara Senang Deposit Dan Withdraw Di Luno

Senang ke deposit dan withdraw wang dalam platform Luno?

Seperti yang kita semua tahu, penggunaan Luno di Malaysia sudah semakin berkembang dan telah sering diguna pakai.

Adakah ini bermaksud platform Luno boleh dipercayai?

Ataupun mata wang kripto ini benar-benar akan menguasai ekonomi kelak?

Hal itu tidak boleh dibuktikan secara jelas namun anda tiada masalah untuk anda menggunakannya untuk mencuba dan meneroka dunia mata wang terbaru ini.

Jadi dalam artikel ini, kami di Purnamaplus akan berkongsi beberapa cara penting untuk menggunakan platform Luno ini seperti deposit dan juga withdraw.

CARA DEPOSIT

Selepas mendaftar, akan dibawa kepada ruangan seperti di bawah yang mana anda boleh memilih untuk meneruskan aktiviti seperti deposit atau withdraw.

Dalam konsep platform ini, deposit ialah aktiviti memasukkan sejumlah wang ke dalam mana-mana tempat penyimpanan seperti bank atau platform untuk sesuatu jangka masa.

Duit yang dimasukkan ini akan digunakan dalam urusan jual beli kripto kelak.

1. Klik pada butang ‘deposit’ di tengah paparan skrin.

2. Pilih kaedah pemindahan wang

Anda boleh memilih untuk memasukkan wang ke dalam platform Luno sama ada melalui ‘FPX instant transfer’ atau ‘bank transfer’.

3. Masukkan jumlah wang

Perlu dinyatakan di sini yang minimum nilai deposit yang diperlukan ialah RM 10 dan maximum deposit adalah RM 100 000.

Untuk pengetahuan anda, yuran sebanyak RM 0.70 akan dikenakan kepada mereka yang memasukkan nilai deposit yang kurang daripada RM 100. Jadi, jika anda inginkan yuran percuma, anda boleh memasukkan nilai deposit yang melebihi RM 100.

Yuran ini tidak akan ditolak daripada jumlah wang pada akaun Luno anda ye.

Tapi ianya akan ditolak terus melalui akaun bank yang anda gunakan seperti CIMB, Maybank atau Bank Islam.

Untuk membuat deposit, anda hanya boleh menggunakan AKAUN BANK SENDIRI ye. Nama akaun bank yang digunakan adalah nama yang seperti didaftarkan oleh si pendaftar. Elakkan menggunakan akaun bank dengan

Jika anda menggunakan akaun individu lain, refund atau bayaran balik akan dilakukan yang mengambil masa 14 hari untuk diproses dengan bayaran sebanyak RM 5.

Selepas anda pasti yang akaun tersebut adalah milik anda, jangan lupa untuk klik pada kotak yang tersedia dan klik ‘continue’ untuk meneruskan aktiviti.

4. Selesai

CARA WITHDRAW

Withdraw ialah aktiviti pengeluaran wang daripada mana-mana platform seperti bank atau aplikasi kewangan.

Duit yang dikeluarkan ini berkemungkinan hasil daripada wang yang didepositkan dan juga hasil jual beli mata wang kripto.

1. Pastikan nilai yang tersedia

Anda boleh mengeluarkan wang yang ada pada wallet local currency.

2. Tekan butang ‘withdraw’ pada paparan skrin

Jika tadi kita sudah selesai dengan aktiviti mendepositkan wang jadi kini, kita beralih pula kepada aktiviti withdraw.

3. Masukkan maklumat diri

Masukkan maklumat diri seperti nama pada akaun bank, nama bank dan juga nombor akaun pada halaman seterusnya. Tekan butang ‘submit’ jika sudah selesai.

4. Masukkan nilai

Masukkan pula jumlah wang yang ingin dikeluarkan daripada platform Luno tersebut. Jumlah maximum yang boleh dikeluarkan akan ditunjukkan pada halaman ini jika anda menekan butang ‘max’ pada paparan skrin.

5. Tekan butang ‘confirm’

Anda perlu memeriksa segala maklumat pengeluaran yang ditunjukkan pada skrin. Suatu bentuk yuran akan dikenakan untuk proses ini yang mana ianya dikenali sebagai ‘withdrawal fee’ sebanyak RM 0.10 setiap transaksi.

Jika segala maklumat adalah benar, tekan butang ‘confirm’ sebagai tanda persetujuan pengeluaran.

6. Selesai

Urusan anda kini telah selesai jika platform menunjukkan paparan seperti di bawah.

Duit yang dipindahkan dari platform ini ke dalam akaun bank mungkin akan mengambil masa selama beberapa hari. Anda perlu sentiasa memerhati dari semasa ke semasa jika duit yang dikeluarkan sudah berada dalam akaun bank atau tidak.

Nak tahu lebih banyak tentang platform pelaburan mata wang digital dan juga pelaburan umum?

Teruskan mengikuti dan membaca setiap artikel kami di Luno. kuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Cara daftar akaun Luno

1 thought on “Cara Senang Deposit Dan Withdraw Di Luno”

  1. Assalamualaikum,
    Saya ada masalah untuk withdraw iaitu saya nak sell xrp tapi dia tidak keluar di tempat sell. Tolong bantu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top