Search
Close this search box.

Dompet Digital HSBC Memudahkan PKS

Dalam satu kenyataan, HSBD itu menerangkan bahawa Global Wallet akan disepadukan sepenuhnya dalam platform perbankan perniagaan sedia ada iaitu HSBCnet, dengan menggunakan rangkaian pembayaran global. Kewujudan dompet digital itu membolehkan PKS “membayar serta menerima wang seperti orang tempatan.”

HSBC juga berkata Dompet Global dapat mengurangkan masa di mana wang boleh dihantar kepada benefisiari luar negara serta menghapuskan keperluan untuk perniagaan menggunakan penyedia pihak ketiga sebagai transaksi antarabangsa.

PKS boleh menghantar, menerima, memegang serta mengurus dalam sepuluh jenis mata wang dengan mewujudkan hubungan perbankan tunggal dengan HSBC Malaysia. 

Penyertaan yang lebih kukuh dalam pasaran global oleh PKS Malaysia akan terjalin apabila sempadan antarabangsa dibuka dan perdagangan global semakin pulih. Pemulihan ini akan membawa kepada peluang baharu untuk pengembangan dan pertumbuhan negara kepada peringkat antarabangsa. 

Pendigitalan pantas perkhidmatan kewangan dan pertumbuhan e-dagang juga membolehkan PKS mencapai pangkalan data yang lebih luas.

Justeru, pelancaran dompet digital oleh HSBC Malaysia ini bakal membolehkan PKS untuk berurusan dengan lebih cepat dan selamat dengan pembekal mereka serta pelanggan di seluruh dunia. Pengurusan yang lancar serta kawalan yang lebih baik ke atas aliran pembayaran amat penting untuk pengurusan aliran tunai yang cekap.

Penyelesaian itu kini menyokong sepuluh mata wang termasuk Dolar AS, Yen Jepun, Renminbi, Dolar Singapura dan Euro. Aktiviti pembayaran dan penerimaan wang seperti orang tempatan membolehkan urus niaga ini dilakukan pada masa yang sama atau pada hari berikutnya.

Global Wallet disokong kerana kepercayaan dan keselamatan rangkaian global HSBC, dengan lebih 1.3 juta pelanggan perniagaan perbankan komersial di 53 negara dan wilayah telah dilancarkan di Singapura, UK dan AS, serta bank yang mempunyai saluran untuk pasaran. 

Secara ringkas, penggunaan dompet digital ini mempunyai pelbagai kelebihan termasuklah penjimatam masa dan kos, mempercepatkan tempoh urus niaga, serta dapat beroperasi dengan lebih yakin di peringkat antarabangsa. 

kepentingan pelaburan untuk masa depan

Dengan menunjukkan kepada pelanggan kadar pertukaran sebelum mereka melaksanakan pembayaran, dan dengan menetapkannya untuk memastikan jumlah yang betul diselesaikan dalam akaun benefisiari, HSBC Global Wallet membolehkan pelanggan beroperasi di peringkat antarabangsa dengan yakin.

Berdasarkan kepakaran digital HSBC yang mendalam serta rangkaian global yang luas, HSBC boleh membantu PKS dalam membina daya tahan serta kepercayaan dalam rantaian bekalan global mereka sambil menjadikan perbankan harian menjadi lebih mudah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top