Tahukah anda, sejak tahun 2003 lagi dunia telah mula berinteraksi secara sosial menggunakan Metaverse dalam talian. Keuntungannya semakin meningkat naik dan menjadi perhatian umum apabila dunia kini bergerak ke era seterusnya yang mana platform seperti Axie Infinity, Decentraland dan Sandbox mula diberi perhatian.
Kebangkitan Metaverse dikatakan makin mendapat sinar selepas syarikat terkenal dunia Facebook mula bertukar kepada Metaverse. Selain Facebook yang diberikan kredit ke atas kebangkitan Metaverse ini, firma utama Microsoft juga turut sama memberi perhatian dalam mendalami dunia Metaverse.
Jadi, apakah sebab utama yang meyakinkan jenama-jenama besar ini dalam memperbaharui jenama mereka dan mula beralih kepada Metaverse? Jika diperhatikan, dunia kini telah beralih kepada teknologi lebih cepat daripada yang disangka atas faktor-faktor yang tertentu.
Oleh sebab pelbagai aktiviti sosial kini semakin terhad apatah lagi setelah dunia terpaksa berhadapan dengan pandemik Covid-19, alam digital telah mula mengambil alih hampir kesemua senario kehidupan. Hal ini telah membuka mata usahawan dunia untuk bergerak mencari langkah terbaru supaya perusahaan masih tetap relevan mengikut peredaran zaman.
Selain itu, penggunaan meluas individu berpengaruh terhadap koleksi NFT juga mendorong kepada pengiktirafan ekosistem metaverse ini yang dianggap sebagai peluang yang bagus untuk dimanfaatkan. Antara yang boleh kita senarai kan di sini termasuklah Ariana Grande, Nike, Adidas, Warner Bros dan Disney telah menyertai metaverse ini.
nft, kripto masih lagi tiada kawalan ketat?
Penglibatan ini memberi kesan yang besar kepada metaverse yang mana ia membantu meyakinkan pengguna bahawa dunia terbaru ini selamat digunakan. Ia juga terbukti menjadi teknologi yang berpotensi menjadi trend terhebat.
Hal ini dikuatkan lagi dengan kemunculan beberapa aplikasi teknologi metaverse yang terkini yang telah menggabungkan pelbagai konsep teknologi. Sebagai contoh, aplikasi Fuiyoh yang memberi pengalaman baru kepada pengguna seperti augmented reality (AR), virtual reality (VR) dan video.
Aplikasi yang membantu pengguna berinteraksi dalam alam maya ini mempunyai tiga jenis platform iaitu business, tourism dan metaverse. Platform business yang mempunyai dua perkhidmatan seperti delivery dan marketplace akan berkhidmat kepada sektor makanan dan keperluan.
Selain itu, perkhidmatan tourism pula akan menawarkan penyelesaian yang berkaitan kepada tempahan secara digital, e-dompet, tiket penginapan, perkhidmatan kenderaan serta beberapa keperluan pelancongan yang lain. Para pengguna juga diberikan ruang bagi memberi pendapat serta maklum balas mengenai segala perkhidmatan.
Aplikasi Fuiyoh turut memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengguna seperti ekosistem Metaverse. Ia menawarkan pengalaman baru kepada pengguna yang mana mereka dapat menggabungkan dunia reality bersama dunia maya.
Sebagai contoh, pelancong yang ingin bercuti boleh melawat dahulu ke destinasi penginapan atau tempat percutian secara maya sebelum membuat apa-apa penempahan. Ia adalah inovatif terkini yang membawa banyak manfaat bukan sahaja kepada sektor pelancongan, tetapi juga pendidikan, perbuatan dan banyak lagi.
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai