Search
Close this search box.

JOM KENALI TOP KRIPTO: BITCOIN (BTC)

Pasti ramai yang masih belum mengetahui di mana titik mulanya perkembangan mata wang kripto di Malaysia ini.

Jika anda ingin tahu, mata wang kripto mula melonjak naik pada awal 2013 dan kemudiannya pada penghujung 2013. Ketika ini, ia hanya menjadi perhatian pelabur luar negara sehingga lah tibanya kejatuhan mata wang kripto pada tahun 2015 di mana China memulakan penyekatannya terhadap Bitcoin.

Setelah bitcoin mula menunjukkan peningkatan trend yang baik dengan memecahkan aras $10,000, pedagang dan pelabur sudah tidak dapat memandang sepi lagi matawang kripto ini termasuklah rakyat Malaysia.

Mata wang kripto ialah satu bentuk wang digital yang hanya wujud di alam maya atau ruangan internet sahaja. Mata wang ini merupakan salah satu inovasi kepada ekonomi dunia yang mana ia bertindak sebagai wang alternatif daripada wang fiat yang digunakan kini.

Mata wang kripto ini menggunakan teknologi kriptografi yang sangat sulit dengan kawalan keselamatan yang ketat tanpa penglibatan pihak ketiga. Jadi, setiap data yang tersenarai tidak boleh dipalsukan atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Para pelabur juga perlu mendapatkan pelbagai jenis dompet digital sebagai tempat penyimpanan mata wang kripto kerana tidak semua dompet mampu menyokong kesemua jenis mata wang kripto. Ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis teknologi yang digunakan.

Apa Itu Bitcoin?

Bila kita bercerita tentang mata wang kripto, perkara pertama yang akan terlintas dalam minda setiap orang adalah bitcoin. Kami pasti anda juga begitu.

Jadi, dari mana datangnya Bitcoin ini dan bagaimana ia boleh dikenali oleh setiap pelabur dunia?

Bitcoin adalah mata wang kripto yang pertama digunakan secara meluas pada pasaran dunia. Ia lah yang menjadi tonggak utama kejayaan dan kepercayaan terhadap mata wang kripto kepada ekonomi dunia.

Bagaimana Kripto Bitcoin Berfungsi?

Bitcoin akan disimpan di dalam dompet digital Bitcoin yang mana para pelabur bebas memindahkan bitcoin simpanan mereka kepada pelabur lain dan begitu juga yang sebaliknya. Teknologi yang digunakan adalah teknologi Blockchain yang merupakan pusat atau blok penyimpanan bagi segala maklumat yang tersedia. Setiap blok ini mempunyai nama blok yang berbeza-beza sebagai langkah keselamatan.

Mengapa Bitcoin Digunakan?

Jika diperhatikan, isu yang timbul kini dalam kalangan pengguna sistem kewangan kerajaan seperti bank adalah masa yang diperuntukkan bagi mencapai kelulusan sesuatu aktiviti atau transaksi. Jadi, perubahan kepada sistem mata wang kripto seperti Bitcoin ini dapat membantu perlaksanaan transaksi besar dalam masa yang singkat.

Siapakah Pengasas Bitcoin?

Kehebatan Bitcoin dalam membantu industri kewangan tidak dapat disangkal lagi dengan kebolehannya memendekkan masa transaksi dan tiada caj tambahan diperlukan bagi setiap transaksi pembayaran. Namun, tahukah anda siapa pengasas mata wang digital pertama ini?

Hanya ingin dikenali sebagai Satoshi Nakamoto, gerangan sebenar pengasas Bitcoin ini masih kekal misteri hingga kini.  Ia mula dilancarkan setelah terjadinya krisis kewangan pada 2007 yang memberi kesan buruk kepada ekonomi dunia termasuklah Amerika Syarikat.

Satoshi menghantar pendapatnya dengan menggunakan whitepaper yang menyatakan tentang mata wang digital yang boleh dihantar secara terus atau peer-to-peer tanpa penglibatan pihak ketiga. Sejurus itu, blok dalam teknologi Blockchain yang pertama telah dikeluarkan.

Kelebihan Bitcoin

Bitcoin sering dianggap seperti mata wang yang kalis inflasi yang tercipta melalui proses mining atau perlombongan. Proses ini dapat beroperasi dengan baik tanpa penglibatan pihak berkuasa kerana terdapat beberapa pemaju teknologi yang membantu mengesahkan transaksi Bitcoin secara sukarela. Bitcoin dikatakan mampu menghantar wang ke mana saja dengan hanya 10 minit masa transaksi.

Harga Bitcoin

Harga Bitcoin tidak akan ditetapkan oleh mana-mana pihak tetapi sebaliknya, ia dikira daripada setiap transaksi dalam aktiviti trading. Semakin tinggi permintaan terhadap Bitcoin, semakin tinggi harga semasa yang dikenakan.

Setakat 17 April 2022, harga semasa bitcoin jatuh kepada RM 168 826.36 bagi 1 bitcoin. Manakala, bagi nilai USD, 1 bitcoin yang dikenakan adalah sebanyak 39 826.93 US dollar.

1 Bitcoin (BTC) = 168 826.36 Ringgit Malaysia (MYR)

1 Bitcoin (BTC) = 39 826.93 dolar (USD)

Sebagai pengetahuan, Bitcoin pernah mencapai harga tertingginya pada 10 November 2021 dengan nilai sebanyak $69 044.77 yang mana ianya lebih 42.3% dari harga terkini. Peningkatan harga ini mungkin disebabkan nilai permintaan yang tinggi dari pelbagai pihak dan kewujudan perusahaan besar sebagai pembeli.

Harga bitcoin yang terkini sangat jauh meningkat ke depan sebanyak 58695.3% berbanding harganya yang terendah pada 9 tahun lepas iaitu $67.81 pada 6 Julai 2013.

Jadi, itulah serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu mengenai Bitcoin ini. Untuk mengenali Bitcoin ini dengan lebih mendalam, anda boleh cuba menggunakan mata wang jenis kripto ini melalui platform-platform pertukaran mata wang yang ada. Anda juga boleh meneruskan pembacaan pada laman web kami untuk mengetahui kaedah-kaedah pelaburan yang terbaik serta platform yang boleh digunakan.

 

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Kenapa Perlu Ada Saham?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top