Meneliti perkembangan Bitcoin dalam ekonomi dunia telah membawa masyarakat untuk lebih memahami dan mendalami kepelbagaian jenis mata wang kripto yang lain. Antara yang turut diberi perhatian adalah mata wang kripto jenis Ethereum (ETH) yang dicipta berpandukan Bitcoin namun dengan beberapa perbezaan dan penambahan manfaat terhadap DAPPS.
Ramai juga yang salah faham tentang maksud sebenar ethereum ini. Anda sendiri mungkin menyangka bahawa ethereum ada lah salah satu mata wang kripto yang serupa dengn Bitcoin yang boleh dipindahkan melalui dompet digital.
Tetapi sebenarnya, ia tidak benar sama sekali. Jadi, apa itu ethereum?
Apa Itu Ethereum?
Jika anda ingin tahu, ethereum yang sebenarnya adalah platform yang membenarkan setiap orang mencipta kod programming yang tersendiri. Ia sebagai salah satu teknologi blockchain yang menggunakan konsep decentralized application (DAPPS) untuk menyediakan platform yang dikenali sebagai smart contract.
Pernah dengar tentang DAPPS dalam topik kripto?
DAPPS ni beraksi seperti laman web lain namun bezanya ialah ia dihasilkan pada rangkaian blockchain yang mana privasi dan rekod datanya dapat dijaga dengan baik. Setiap transaksi yang ingin dilakukan perlu mendapat pengesahan dari si empunya dan kod bagi blok yang telah diubah tidak akan dapat diubah semula.
Apa Itu Ether?
Ethereum ini mempunyai mata wang kriptonya yang tersendiri dikenali sebagai ether, sama sahaja seperti Bitcoin.
Secara ringkas, ethereum diibaratkan seperti kenderaan pada teknologi blockchain yang membantu membina kontrak pintar yang mempercepatkan urusan dalam pelbagai bidang termasuklah perubatan, insurans, perbankan dan perniagaan. Manakala, ether pula seperti petrol yang memacu menggerakkan platform Ethereum dan didagangkan pada kebanyakan platform lain.
Siapakah pengasas Ethereum?
Vitalik Buterin selaku pengasas Ethereum mula mencipta Ethereum pada tahun 2013 dengan harapan mampu mencipta penggabungan yang melibatkan dunia kripto. Penggabungan ini pada awalnya ingin dimulakan dengan penggabungan non-fungible token (NFT) dan organisasi autonomi desentralisasi (DAO) dalam membentuk suatu bandar baharu.
Namun kini, penggabungan yang nyata di antara koin kripto, NFT, DAO dan juga penyimpanan rekod turut ingin dilaksanakan. Buterin ingin menggunakan teknologi blockchain yang dikatakan lebih telus dan boleh dipercayai dalam beberapa bidang termasuk pentadbiran dan sistem pemilikan aset.
Harga Ether
Harga Bitcoin tidak akan ditetapkan oleh mana-mana pihak tetapi sebaliknya, ia dikira daripada setiap transaksi dalam aktiviti trading. Semakin tinggi permintaan terhadap Bitcoin, semakin tinggi harga semasa yang dikenakan.
Setakat 18 April 2022, harga semasa ether adalah sebanyak RM 12 705.76 bagi 1 ethereum. Manakala, bagi nilai USD, 1 ethereum yang dikenakan adalah sebanyak 2 997.35 US dollar.
1 Ethereum (ETH) = 12 705.76 Ringgit Malaysia (MYR)
1 Ethereum (ETH) = 2 997.35 dolar (USD)
Ethereum pernah mencapai harga tertingginya pada 10 November 2021 dengan nilai sebanyak $4 878.26 yang mana ianya lebih 40.2% dari harga terkini. Peningkatan harga ini mungkin disebabkan nilai permintaan yang tinggi dari pelbagai pihak dan kewujudan perusahaan besar sebagai pembeli.
Walau bagaimanapun, harga Ethereum yang terkini sangat jauh meningkat ke depan iaitu sebanyak 673 773.0% berbanding harganya yang terendah pada 6 tahun lepas iaitu $0.432979 pada 20 Oktober 2015.
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Jom Terjah Definisi Sebenar NFT
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai