Siapa lagi yang belum pernah mendengar perkataan trading dan trader?
Kalau dulu, ia mungkin dianggap asing namun kini, hampir setiap hari kita mendengar perkataan ini dikeluarkan dalam hampir setiap perbualan.
Jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan trading?
MAKSUD SEBENAR TRADING?
Trading adalah suatu proses atau kaedah rundingan sesuatu harga di antara pembeli dan penjual saham sehingga mendapatkan kata sepakat.
Ia juga dikenali sebagai suatu bentuk pelaburan yang mungkin mendatangkan keuntungan yang banyak atau sebaliknya bergantung kepada tahap penguasaan dan kemahiran dalam pelaburan.
Jika perniagaan runcit mempunyai penjual atau peniaga kecil, aktiviti trading pula mempunyai individu penggerak yang dikenali sebagai traders.
Traders inilah yang akan menjual atau memperdagangkan instrumen pelaburan seperti saham agar peroleh keuntungan dengan penggunaan strategi yang tepat.
BAGAIMANA MULAKAN LANGKAH SEBAGAI TRADERS?
Mungkin agak mustahil bagi seorang pemula atau traders baru untuk terus mendapatkan keuntungan yang banyak sejurus selepas memasuki dunia pelaburan. Namun, ianya tidak mustahil jika si pemula mempunyai kemahiran dan strategik yang baik.
Kemahiran atau ‘skill’ pelaburan ini sangat penting untuk mengurangkan risiko kerugian. Ianya mungkin boleh dicapai saat kita sedar atau faham tujuan sebenar pembelian saham tersebut. Jadi, para traders berjaya sekalian, kenali dan fahami dahulu diri dan tujuan sebenar anda.
- Mempunyai strategi pelaburan yang baik
- Memiliki pengetahuan asas melabur
- Menggunakan platform pelaburan yang tepat
KENALI JENIS TRADERS
Terdapat 4 jenis traders dalam dunia pelaburan yang sering kita kenali iaitu scalper, swing, intraday dan juga investor. Jom kita kenali dengan lebih terperinci untuk setiap jenis traders ini.
1. Scalper
Scalper merupakan trader yang memegang saham dalam tempoh yang singkat. Trader jenis ini kebanyakannya berpengalaman dalam dunia pelaburan serta mempunyai modal yang besar.
Mereka bertindak mengambil keuntungan daripada setiap pergerakan saham yang mana memerlukan banyak masa dalam mengkaji harga pasaran. Jadi, scalper sangat cekap dalam menganalisa carta saham secara teknikal berbanding fundamental.
Penggunaan teknikal analisis sebagai senjata utama membantu scalper untuk mengelakkan kerugian dan dapat mencapai kadar return of investment (ROI) dengan cepat. Time frame yang sering digunakan oleh scalper adalah di antara 1 – 5 minit dengan kadar pulangan sebanyak 1% – 5%.
2. Intraday
Traders yang dikategorikan sebagai intraday akan memegang saham selama kurang daripada 24 jam. Kebanyakan daripada mereka akan membuka posisi pada sebelah pagi dan menutupnya pada sebelah petang dan pastinya pada hari yang sama.
Intraday traders rajin mengikuti perkembangan semasa untuk mengawasi pergerakan saham agar tidak terlepas waktu-waktu genting yang melibatkan turun naik pasaran harga saham. Intraday juga mempunyai modal yang besar untuk melabur.
Individu yang digelar sebagai intraday ini kebiasaannya adalah individu yang tidak terlalu sibuk dan disiplin dalam membuat cut loss ketika trading. Mereka juga cekap dalam menganalisa dan mengkaji pasaran saham dan mudah nampak hasil dan keuntungan.
Time frame yang sering digunakan oleh intraday traders adalah H1, M30 dan juga M15.
Jadi, adakah anda tergolong dalam traders jenis ini?
3. Swing
Swing traders akan menyimpan saham yang diperoleh selama beberapa hari dan minggu sebelum didagangkan. Kebanyakan dari mereka akan membeli pada harga saham mencapai waktu breakout dan menjualnya saat harga mencapai waktu klimaks.
Swing traders tidak mempunyai modal yang besar dan tidak mempunyai masa yang banyak dalam mengkaji harga pasaran secara teliti. Kebanyakan daripada hanya berdagang secara sambilan dan mempunyai kerja hakiki jadi, trade setup jarang berlaku dan mereka tidak mengharapkan pulangan yang cepat.
Mereka sering menggunakan algoritma atau trend yang mempunyai pelbagai data yang akan memberi informasi mengenai waktu terbaik untuk menjual dan membeli saham. Bagi memaksimakan keuntungan, swing traders akan sering menukar jenis saham dan menjualnya selepas mencapai harga sasaran.
Time frame yang sering digunakan oleh swing traders adalah H4.
4. Investor
Investor trader jenis ini mempunyai cara trading yang lebih santai dan juga dikenali sebagai position trader. Mereka akan memegang saham dalm suatu jangka masa yang lama antara 2 hingga 3 bulan dan lebih mengutamakan trading berdasarkan trend berbanding point entry.
Investor trader akan mengutamakan kajian terhadap analisa fundamental untuk mendapatkan keuntungan maksimum dan lebih mempercayai dengan kenaikan harga saham.
Trader jenis ini akan membeli saham pada harga mencapai waktu uptrend dan menjualnya pada harga yang tinggi selepas mencapai titik resistance berdasarkan kajian. Timeframe yang sering digunakan adalah di antara W1 sehingga MN1.
Kesimpulannya, para pelabur yang baru berjinak-jinak dengan dunia pelaburan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi menarik yang bersesuaian dengan aktiviti harian dan tahap emosi diri.
Macam mana nak berjaya jika kita sendiri tidak tahu tahap potensi diri, betul tak?
Jadi, kenal pasti potensi anda, ikuti tips yang dikongsikan oleh setiap pelabur yang berpengalaman dan pilih langkah dan platform yang betul bagi memulakan pelaburan.
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: 5 Perkara Untuk Hadapi Kerugian
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai