Search
Close this search box.

KENALI TOP KRIPTO: BINANCE (BNB)

Terdahulu, media massa dunia telah memaparkan beberapa isu berkaitan pengharaman penggunaan Binance di Malaysia.

Sejak daripada pengumuman berkaitan isu pengharaman ini, semakin ramai yang mula mengenali dunia kripto dan tak kurang juga masih ramai yang baru bermula untuk mendekati platform ini juga.

Ini bermakna mereka melakukannya atas risiko anda sendiri melalui VPN. Jika di Amerika Syarikat mungkin dapat melaporkan masalah akaun mereka kepada Biro Perlindungan Kewangan Pengguna dan membantu mereka menyelesaikan masalah namun bagi rakyat Malaysia, anda tidak akan dapat menggunakan pilihan ini kerana pertukaran itu tidak dikawal di negara ini.

Namun begitu, tahukah anda apa itu Binance?

Definisi

Ia merupakan platform pertukaran mata wang kripto yang terbesar di dunia dari segi volum dagangan mata wang kripto harian.

Ia adalah sebuah rangkaian rantaian blok yang menggunakan kontrak pintar yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kewangan terdesentralisasi (DeFi).

Binance Exchange adalah salah satu platform yang membenarkan atau menyediakan sistem pertukaran mata wang kripto. Ia juga merupakan tempat pembelian dan penjualan mata wang kripto yang terbesar suatu ketika dahulu.

Platform ini turut mempunyai koinnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Binance Coin. Penggunaan coin ini memberikan banyak manfaat kepada penggunanya seperti potongan harga pada platform Binance.

Siapakah Pengasasnya?

Binance diasaskan oleh Changpeng Zhiao, seorang developer yang sebelum ini telah mereka bentuk perisian dagangan frekuensi tinggi pada 2015, yang seterusnya melancarkan Binance.

Ibu pejabat yang pada awalnya bertapak di China terpaksa dipindahkan ke Jepun disebabkan oleh isu pengharaman aktiviti trading oleh kerajaan China pada September 2017. Namun begitu, ia perlu dipindahkan lagi ke suatu tempat baru yang menerima penggunaan aset digital secara terbuka yang berpusat di Kepulauan Cayman.

Matlamat penciptaannya adalah untuk menyediakan sebuah alternatif yang berdaya maju kepada Ethereum serta platform pengkomputeran terdesentralisasi popular seperti yang lain.

Hal ini kerana, permintaan yang tinggi terhadap infrastruktur Ethereum menjadikannya terlalu terbeban yang mengakibatkan kesesakan, urus niaga yang lembap serta bayaran yang sangat tinggi sehingga mengganggu transaksinya mengikut masa yang tepat.

Jadi, disebabkan oleh Ethereum tidak dapat menyediakan platform yang berdaya maju untuk individu yang tidak mampu membayar yuran, platform kontrak pintar lain timbul, seperti BSC, yang berkembang pesat.

Harga Binance (BNB)

Berbanding 4 tahun lepas, harga token BNB kini telah meningkat mengikut urutan magnitud dengan 1059859.2% peningkatan berbanding harganya pada 19 Oktober 2017 yang hanya menunjukkan harga sebanyak $0.03981770.

Token BNB yang terkini setakat 20 April 2022 mencatatkan harga sebanyak $ 422.88 USD bagi 1 BNB iaitu bersamaan RM 1 799.14.

1 Binance (BNB) = 1 799.14 Ringgit Malaysia (MYR)

1 Binance (BNB) = 422.88 dolar (USD)

Berikutan itu, pada 10 Mei 2021, iaitu 12 bulan yang lalu, harga BNB berjaya mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $ 686.31, 38.5% berbanding harga hari ini.

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Kitaran Hayat Smart Contract

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top