KENALI TOP KRIPTO: CHAINLINK (LINK)

Apa itu Chainlink

Salah satu matawang kripto yang selalu digunakan dalam pengesahan smart contracts ialah Chainlink. Ianya ialah token matawang yang digunakan dalam urusan pengesahan data dan juga informasi agar maklumat yang disertakan adalah benar dan tiada unsur-unsur penipuan.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kontrak yang merentasi negara, satu kaedah yang cepat dan dipercayai perlu digunakan. Dan teknologi blockchain dan matawang kripto Chainlink adalah salah satu daripada caranya.

Chainlink adalah matawang kripto yang terlibat dalam DeFi dan digunakan dalam urusan pengesahan data dan informasi . Secara amnya, chainlink digunakan dalam urusniaga perkhidmatan oracle.

Oracle adalah merujuk kepada syarikat dan juga sistem pengendalian maklumat yang efisien serta menjimatkan kos dan tenaga. Oleh sebab permintaan kepada pengesahan data secara atas talian semakin menaik, permintaan terhadap sistem Oracle dan Chainlink juga meningkat.

Pengasas Chainlink

Ianya diasaskan oleh seorang ahli perniagaan dan usahawan terkenal iaitu Sergey Zazarov pada tahun 2017. Walaupun diasaskan pada tahun 2017 tetapi, pelancarannya secara rasmi adalah pada Mei 2019. Sejak diperkenalkan, ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna dan pelabur matawang kripto selain penggunaan yang semakin meluas.

Oracle juga banyak membangunkan ekosistem sokongan bagi menyokong penggunaan kripto jenis ini dan juga sistem Oracle. Oleh sebab itulah, Chainlink agak stabil dan dipercayai untuk penggunaan pada masa yang akan datang.

Harga Chainlink

Harga semasa pada 20 April 2022 adalah USD 14.15 dengan nilai pasaran adalah USD 6,612 juta . Ini adalah satu niai yang agak besar secara relatif untuk pasaran mata wang kripto.  Sepanjang keberadaannya di dalam pasaran, harga tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada tarikh 10 Mei 2021 iaitu pada harga USD 52.70. Manakala untuk harga terendah ialah pada tarikh 29 November 2017 iaitu pada harga USD 0.148.

Bagaimanakah pasaran pada masa hadapan bagi Chainlink ini?

Sebagai salah satu pelopor dalam penggunaan matawang kripto dalam pengesahan data dan maklumat, Chainlink dilihat mempunyai masa depan yang optimis.

Di samping itu, Syarikat Oracle sendiri telah membangunkan ekosistem yang mampan dalam mengekalkan penggunaan Chainlink dalam transaksi perniagaan. Oleh sebab usaha yang berterusan dalam memperbanyakkan penggunaannya dalam industri pengesahan data dan DeFi, pelabur matawang melihat Chainlink juga adalah salah satu matawang kripto yang berpotensi besar dan akan kekal relevan untuk satu jangka masa yang panjang.

Sudah jelas tentang sedikit latar belakang mengenai Chainlink?

 

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: 8 Cara Mudah Melabur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top