KENALI TOP KRIPTO: LITECOIN (LTC)

Apa itu Litcoin?

Litecoin merupakan salah satu mata wang kripto yang popular dan banyak digunakan di dunia. Dalam masa beberapa tahun ini, Litecoin ini telah mendapat perhatian para pengguna mata wang kripto. Ianya telah diperkenalkan pada Oktober 2011.

Walaupun nilai Litecoin adalah tidak sentiasa stabil, ianya dapat menarik minat pelabur disebabkan oleh potensi kegunaannya pada masa hadapan. Ianya banyak digunakan sebagai instrumen dalam DeFi dan transaksi pembayaran Peer to Peer.

Konsep DeFi kian popular dari hari ke hari kerana ianya adalah lebih cepat dan tidak melibatkan proses yang rumit seperti bank terutamanya jika melibatkan perpindahan wang di antara negara.

Dengan adanya teknologi blockchain, penggunaan mata wang kripto menjadi lebih dipercayai dan semakin mendapat sambutan daripada pelabur dan juga pengguna mata wang kripto.

Sebelum adanya Litecoin, transaksi mata wang banyak menggunakan Bitcoin dan beberapa lagi matawang kripto yang lain. Nilai Bitcoin adalah tinggi dan sukar untuk digunakan dalam transaksi yang bernilai kecil.

Oleh itu, pasaran mata wang kripto memerlukan alternatif kepada Bitcoin yang bernilai lebih rendah. Maka, terciptalah Litecoin. Litecoin mempunyai persamaan dengan Bitcoin dari segi asas dan juga konsep teknikalnya.

Mengapakah asas teknikal Litecoin adalah hampir sama dengan Bitcoin?

Hal ini kerana tujuan asal penghasilannya adalah untuk menyokong sistem Bitcoin dan diasaskan oleh Charlie Lee yang juga merupakan seorang pelabur dan pengguna  mata wang kripto. Charlie Lee dahulunya juga merupakan salah seorang dari pasukan Google. Walaupun asasnya adalah sama, namun perkembangan Litecoin adalah tidak berkaitan secara langsung dengan Bitcoin.

Penggunaan Litecoin lebih menjurus kepada transaksi yang bernilai kecil dan caj yang dikenakan juga adalah lebih rendah. Kalau Bitcoin diumpamakan sebagai emas, Litecoin pula diumpamakan sebagai perak kerana kedua-duanya ada kaitan secata teknikalnya.

Selain lebih murah, Litecoin juga terkenal dengan kecepatan perpindahan matawang kripto antara negara. Sebagai contoh, pada tahun 2017, perpindahan mata wang kripto Litecoin dari Zurich ke San Francisco hanya mengambil masa selama 1 saat. Sangat cepat kan.

Harga Litecoin

Pengunaan Litecoin adalah untuk pelbagai transaksi dan boleh dibeli melalui pelbagai platform jual beli matawang kripto. Harga pasaran pada 20 April 2022 adalah USD 112.60 dan ianya mempunyai jumlah market cap sebanyak USD 7,886 juta. Ini adalah satu angka yang besar untuk pasaran matawang kripto. Sejak didagangkan bermula tahun 2011, harga tertinggi yang pernah dicapai ialah pada harga USD 410.26 iaitu pada 10 Mei 2021. Manakala harga yang terendah pula adalah USD 1.15 iaitu pada 14 Januari 2015.

 

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: HSBC melancarkan penggunaan dompet digital

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top