KENALI TOP KRIPTO: SHIBA INU (SHIB)

Mata wang kripto telah mengalami peningkatan pada tahun 2020 dan 2021, ini telah menawarkan peluang yang hebat untuk Shiba Inu.

Token Shiba Inu telah menerima banyak perhatian atas pelbagai sebab, walaupun nilai semasanya rendah. Walau bagaimanapun, Shiba Inu semakin mendapat tarikan dalam pasaran kripto dan terbukti sebagai pilihan pelaburan yang hebat. Malah, market cap bagi SHIBA INU juga telah mencecah lebih $12Billion! Tetapi apakah sebenarnya Shiba Inu, dan bagaimana ia menjadi kripto yang popular?

Dilancarkan oleh Ryoshi, orang yang tidak dinamakan @ anonymous. Mereka melancarkan token Shiba Inu pada Ogos 2020. Kami tidak tahu siapa yang menciptanya, sama seperti kami tidak tahu siapa yang mencipta Bitcoin dan Satoshi Nakamoto. Ryoshi boleh menjadi sebuah komuniti atau hanya individu.

Ia dipanggil sempena baka seekor anjing Shiba Inu dari Jepun.

Orang ramai yang mengikuti meme, konten santai dan anak anjing yang cantik telah menjadikannya sangat terkenal di kalangan komuniti kripto. Sebab itu SHIBA INU dikenali sebagai Meme Coin sama seperti DOGE coin. Ini kerana, asal tujuanya adalah untuk meme dan konten-konten santai sahaja. Cuma di dikebelakangkan ini, telah ada penambahbaikan projek dan diversiti yang dilakukan oleh SHIBA INU dan DOGE untuk memastikan mereka kekal relevan dalam pasaran kripto.

Seperti kebanyakan kripto lain, Shiba Inu juga dibina di atas Rangkaian Blockchain Ethereum.

Ia adalah kripto meme yang dicipta sebagai pesaing kepada Dogecoin, digelar “Doge-Killer.”

Shiba Inu telah mengambil alih pelbagai pasaran Dogecoin dan dengan cepat menjadi pilihan pelabur pasaran Kripto dan menjadi sangat popular.

Tiada penyelesaian satu pelaburan kripto yang sesuai untuk semua; semuanya bergantung pada keadaan unik setiap pelabur. Mata wang kripto ialah pelaburan berisiko di mana anda mungkin menjana pendapatan atau kehilangan banyak wang. Sebelum anda melabur, luangkan sedikit masa untuk mempertimbangkan toleransi risiko anda. Lakukan kajian dan latihan secara atas kertas anda sebelum melabur, dan jangan sekali-kali mengambil risiko dengan melabur pada nilai yang anda tidak sanggup untuk menanggung kerugian.

Harga Shiba Inu

Harga Shiba Inu tidak ditetapkan oleh mana-mana pihak tetapi sebaliknya, ia dikira daripada setiap transaksi dalam aktiviti trading. Semakin tinggi permintaan terhadap mata wang ini, semakin tinggi harga semasa yang dikenakan.

Harga semasa Shiba Inu jatuh kepada RM 0.000105 bagi 1 SHIB. Manakala, bagi nilai USD, 1 SHIB yang dikenakan adalah sebanyak 2.42 x 10-5 US dollar.

1 SHIBA INU (SHIB) sama 0.000105 Ringgit Malaysia (MYR)

1 SHIBA INU (SHIB) sama 2.42 * 10-5 dolar (USD)

Sebagai pengetahuan, Shiba Inu pernah mencapai harga tertingginya pada 28 Oktober 2021 dengan nilai sebanyak $0.00008616 yang mana ianya lebih 72.9% dari harga terkini. Peningkatan harga ini mungkin disebabkan nilai permintaan yang tinggi dari pelbagai pihak dan kewujudan perusahaan besar sebagai pembeli.

Namun begitu, harga Shiba Inu yang terkini sangat jauh meningkat ke depan sebanyak 41425494.4%% berbanding harganya yang terendah pada 2 tahun lepas lepas iaitu $0.000000000056 pada 28 November 2020.

Jadi, itulah serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu mengenai Shiba Inu ini. Untuk mengenali Shiba Inu ini dengan lebih mendalam, anda boleh cuba menggunakan jenis kripto ini melalui platform-platform pertukaran mata wang yang ada. Anda juga boleh meneruskan pembacaan pada laman web kami untuk mengetahui kaedah-kaedah pelaburan yang terbaik serta platform yang boleh digunakan.

Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

 

Anda juga mungkin meminati: Kenali Top Kripto Avalanche

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top