Berapa ramai yang menolak kepentingan pelaburan dan menganggap serta bersetuju simpanan KWSP boleh menampung kehidupan disaat tua kelak?
Mungkin ramai yang bersetuju dan lebih ramai juga yang sebaliknya.
Tahukah anda, 71% dari jumlah pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM50 000, menurut sumber dari Astro Awani.
Statistik ini amat merisaukan yang mana bila kita perhatikan kehidupan untuk 25 tahun selepas persaraan, jumlah yang diperoleh si pencarum dalam sebulan amat sedikit.
Jadi, sudah bersediakah anda untuk menampung kehidupan seterusnya? Apakah langkah terbaik anda untuk menjamin kestabilan kewangan kelak? Kami percaya ramai yang bakal melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan, penternakan dan sebagainya.
Tapi tahukah anda, aktiviti pelaburan juga merupakan antara langkah penting bagi menjana kehidupan sebelum mahupun selepas persaraan. Jom kita lihat serba sedikit kepentingan pelaburan masa depan.
Pendapatan Setelah Bersara
Selain simpanan KWSP, pelaburan juga dapat membantu menjana pendapatan setelah bersara. Mana tidaknya, sebelum ini kita bekerja untuk mendapatkan gaji yang mana ia dinamakan pendapatan aktif. Kita laburkan tenaga dan masa untuk mendapatkan pendapatan seperti yang telah dijanjikan. Namun dengan pelaburan, anda lebih mudah boleh peroleh wang sampingan tanpa perlu bekerja.
Tangani Kenaikan Inflasi
Pernah anda semua dengar keluhan rakan sekerja atau ibu bapa berkenaan peningkatan harga barang di pasaran? Ianya bukan lah keluhan kosong semata kerana kesusahan yang dihadapi ini bukan di bawah bidang kuasa kita sebagai pengguna.
Sejak tahun 2015 hingga kini, harga makanan seperti ikan dan daging telah mencatatkan kenaikan yang agak tinggi. Selain harga barangan, sistem perkhidmatan seperti yuran dan pengangkutan awam juga telah menunjukkan kenaikan yang ketara.
Jadi, kepentingan pelaburan yang bijak dapat membantu melindungi nilai wang daripada mengecil mengikut inflasi. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyimpan sebilangan peratus daripada jumlah pendapatan untuk disalurkan ke pelaburan yang sesuai seperti ASB mahupun emas. Pelaburan secara aktif dan konsisten setiap bulan amat penting kerana pendapatan yang sedikit, jika diurus dengan baik, bakal memberikan pulangan lumayan dengan simpanan yang kukuh.
mitos pelaburan yang perlu diperbetulkan
Kadar Pulangan Yang Baik
Bayangkan saja jika anda mempunyai simpanan RM20 000 namun hanya disimpan menggunakan tabung sendiri di rumah, berapa simpanan anda untuk 10 tahun akan datang jika tidak ditambahkan lagi jumlah simpanan? Pastinya jumlah yang terkumpul masih lagi RM20 000 untuk 10 tahun seterusnya. Namun bagaimana pula jika anda salurkan jumlah tersebut untuk pelaburan? Sudah semestinya anda mendapat jumlah pulangan yang lebih disebabkan kadar peratusan faedah yang diperoleh.
Namun begitu, bagi mereka yang beragama Islam perlu mengutamakan syarikat pelaburan yang patuh syariah seperti yang telah disenaraikan di bursa Malaysia.
Mengawal Perbelanjaan Harian
Pelaburan juga sedikit sebanyak dapat mendidik kita agar lebih berdisiplin dengan tabiat pengurusan kewangan. Wang yang telah diuruskan dengan baik dari usia muda bakal menjanjikan kestabilan kewangan yang pada masa hadapan. Hal ini disebabkan oleh kita lebih berdisiplin untuk menumpukan perbelanjaan keperluan berbanding kemahuan.
Mewariskan Ilmu Pelaburan
Jika diperhatikan, dari umur setahun jagung lagi, kita tidak begitu didedahkan dengan pengurusan kewangan mahupun perancangan masa depan. Walaupun ia sangat berguna namun, segala ilmu tersebut merupakan antara inisiatif yang perlu dicari sendiri. Jadi, ilmu pelaburan yang kita miliki ini dapat membantu mendidik anak-anak agar lebih bersedia dengan strategi kewangan yang lebih mencabar di masa hadapan.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai