Penyesuaian pantas setiap organisasi di Asia Pasifik terhadap pandemik dengan cara mempercepatkan transformasi digital boleh meningkatkan ancaman keselamatan. Hal ini disebabkan oleh ketidakselarasan keputusan yang baik di antara keutamaan perniagaan dan juga strategi pembangunan teknologi.
Trend yang unik mengenai risiko dan cabaran bagi ekonomi di seluruh rantau ini menunjukkan corak yang membimbangkan dengan strategi perniagaan dan teknologi yang tidak sepadan.
Namun begitu, kedua-dua pelaburan keselamatan IT dan peralihan kepada model cloud hibrid telah terbukti dapat menangani isu risiko kesinambungan dan keselamatan siber ini.
Dalam paradoks keutamaan yang tidak sejajar, strategi keselamatan siber haruslah berkembang untuk melengkapkan perniagaan dalam mencapai daya tahan ancaman yang sebenar.
Ancaman keganasan, ekstremisme dan jenayah siber yang semakin meningkat perlu diberi perhatian setara dengan sektor ekonomi Hal ini kerana, terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan ideologi serta melakukan jenayah siber daripada peningkatan penggunaan perkhidmatan dalam talian semasa pandemik.
Justeru, Cybersecurity Malaysia kini dalam perancangan untuk menganjurkan inisiatif Pembangunan Profesional Keselamatan Digital dan Pembelajaran Sepanjang Hayat ASEAN. Soal keselamatan siber negara, harus menjadi keutamaan dalam agenda pertahanan dan keselamatan negara.
Blockchain mula diterapkan dalam industri Malaysia?
Tambahan pula, jenayah siber kini semakin meningkat terutamanya pada musim penularan pandemik Covid-19 yang mana hampir keseluruhan urus kerja dan urus niaga perlu dijalankan secara dalam talian.
Hal ini dibuktikan dengan pengesanan serangan siber terhadap agensi tertentu yang berjaya dikesan dan dihalang oleh Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Nasional (NC4).
Serangan siber ini dilaporkan merangkumi Ransomware, Zero-Day serta pencerobohan laman sesawang terhadap agensi tertentu. Justeru, kerjasama dari pelbagai pihak dalam dan luar negara amat penting untuk mengatasi masalah ini kerana ianya tidak dapat ditangani secara bersendirian.
Konklusinya, kerajaan amatlah digesa untuk meneroka pelbagai hubungan antarabangsa dalam usaha meningkatkan strategi keselamatan agar lebih terjamin dan lebih tersedia.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai