Search
Close this search box.

Perlombongan Haram Bitcoin Mula Diserbu Di Malaysia

Pihak berkuasa di Malaysia bertindak memusnahkan lebih $1.2 juta rig perlombongan Bitcoin selepas ia dirampas kerana beroperasi secara haram.

Isu di Sarawak itu bermula apabila polis di bandar Miri pulau Borneo dan syarikat Sarawak Energy mengaturkan sebuah penggelek wap untuk mengendalikan 1,069 pelombong Bitcoin (BTC). Pelupusan mesin perlombongan itu yang bernilai kira-kira $1.26 juta telah berlaku di ibu pejabat polis daerah Miri hari ini. 

Pelantar itu dilaporkan dirampas daripada penduduk Malaysia yang cuba melombong mata wang kripto secara haram dengan menggunakan tenaga elektrik yang telah dicuri antara Februari dan April yang lalu.

Sebanyak tiga rumah di kawasan itu telah musnah tahun ini akibat perlombongan Bitcoin secara haram, manakala syarikat Sarawak Energy kerugian dianggarkan $2 juta daripada operasi itu.

Namun, umum masih tidak jelas mengapa pihak berkuasa di Malaysia memusnahkan pelombong secara terang-terangan daripada cuba meraih nilai daripada bahagian tersebut. 

Hal ini kerana, isu yang berkaitan dengan operasi perlombongan kripto haram di negara lain termasuk di Iran dan Turki selalunya akan melakukan serbuan untuk beberapa waktu, yang mengakibatkan penangkapan, denda dan rampasan pelantar.

Hanya terdapat sedikit laporan tentang mesin yang dihancurkan oleh penggelek stim atau dimusnahkan dengan cara yang begitu teliti. Sebagai contoh, pihak berkuasa China dilaporkan melelong lebih 2,000 pelantar pada Februari yang telah disita atas sebab yang sama.

Selain itu, Pusat Kewangan Alternatif Cambridge menganggarkan bahawa Malaysia telah menyumbang 3.44% kepada jumlah hashrate bulanan Bitcoin setakat April. 

Isu perlombongan haram ini bukan sahaja berlaku di negeri Sarawak tetapi banyak lagi di negeri-negeri lain di Malaysia. Antaranya termasuklah di Pusat Perniagaan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan yang mana terdapat 613 mesin perlombongan Bitcoin telah dirampas.

Hampir RM 1.8 juta jumlah kerugian yang telah ditanggung pihak TNB selama 6 bulan kegiatan haram itu berlangsung.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga berjaya membongkar aktiviti yang sama di Langkawi yang membawa kepada rampasan hampir 180 unit mesin mining Bitcoin, satu unit router Wifi, 8 buah newtork adapter, serta 3 unit modem unit Wifi.

Isu seperti ini amat membimbangkan pihak berkuasa tempatan. Justeru, dasar pematuhan yang sepatutnya disediakan amatlah digesa umum kerana ia boleh membantu mengawal perkembangan teknologi dengan cara yang baik di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top