Search
Close this search box.

Mastercard Telah Mula Menyokong Mata Wang Kripto

Mata wang kripto kini tidak hanya menjadi teori semata yang disampaikan dari mulut ke mulut. Ianya telah dipercayai menjadi batu lonjatan kepada individu yang ingin mengembangkan pengurusan kewangan mereka sekaligus kepada individu yang mempercayai sebulatnya inflasi yang bakal berlaku. 

Kini, semakin banyak syarikat-syarikat terkemuka yang mula berkecimpung dalam dunia mata wang kripto yang mana langkah ini telah meyakinkan orang awam untuk turut melibatkan diri. Antaranya termasuklah pengasas Tesla Inc., BlackRock Inc., Square dan PayPal. 

Hal ini, tidak menjadi pengecualian kepada syarikat yang benar-benar menjadi buah mulut masyarakat, iaitu Mastercard Inc. yang juga telah menawarkan sokongan sepenuhnya terhadap beberapa jenis mata wang kripto.

Keputusan ini tidak hanya dijalankan kerana pengaruh syarikat terkemuka yang lain, namun ianya telah dikaji sepenuhnya. Sebagai contoh, pada awal perkhidmatannya, Mastercard melaporkan sebanyak hampir 40% pangkalan penggunanya telah menggunakan mata wang kripto manakala beberapa bulan selepas itu, mereka juga berjaya membantu pengguna menyelesaikan pembayaran USDC melalui perkongsian Mastercard bersama Circle. 

Jadi disebabkan ini juga, Ketua Pegawai Eksekutif Mastercard berpendapat bahawa mereka perlu berada dalam kelompok mata wang kripto yang dulu tidak diterima dunia. 

Selain itu, usaha Mastercard Inc. juga telah memudahkan orang ramai untuk membuat transaksi menggunakan mata wang kripto dengan berbelanja secara dalam dan luar talian di seluruh negara, walaupun tanpa melalui rangkaiannya. 

perlu melabur sebelum atau selepas kaya?

Selain itu, Mastercard juga membantu mencipta ruang bagi pelanggan untuk menjimatkan kos dengan menyekat yuran tambahan, penangguhan dan prosedur pengesahan yang dikenakan apabila perlu mendepositkan mata wang kripto sebagai pertukaran. 

Perubahan sistem yang dijalankan ini juga bakal membuka ruang sama ada kepada pelanggan, usahawan serta pelbagai perniagaan untuk mula menggunakan nilai digital. 

Namun begitu, tidak semua jenis mata wang kripto akan disokong dalam rangkaian Mastercard bagi menjaga hak privasi dan kawalan ketat terhadap data konsumer. Usaha yang dijalankan ini dianggap sebagai langkah terbaik dunia kepada pasaran baru selain bertindak sebagai aset digital. 

Usaha ini sedikit sebanyak bakal memperluaskan penggunaan mata wang kripto kepada persada dunia. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top