Search
Close this search box.

Membeli Dan Menjual Kripto Dengan Kucoin

Kalau anda nak tahu, urusan membeli dan menjual kripto menggunakan platform KUCOIN ini adalah sangat simple dan hampir mirip dengan platform Binance.

Anda boleh memilih kesemua jenis mata wang yang ingin dibeli.

Sebelum kami meneruskan perkongsian mengenai urusan jual beli coin melalui KUCOIN ini, kami memerlukan jawapan penting dari anda terlebih dahulu.

Sudah mendaftar dengan aplikasi KUCOIN?

Jika masih belum mendaftar, anda perlu menyelesaikan pendaftaran ini terlebih dahulu. Rujuk artikel ini sebagai panduan.

Jika sudah selesai dengan urusan pendaftaran, anda boleh meneliti pula cara membeli dan menjual kripto melalui Kucoin ini.

 

CARA MEMBELI KRIPTO MELALUI KUCOIN

1. Pindahkan USDT dari ‘main account’ kepada ‘trading account’

Artikel yang lepas merujuk kepada perkongsian mengenai cara untuk deposit wang ke akaun KUCOIN dan juga withdraw wang ke akaun bank.

Perkongsian dalam artikel tersebut menunjukkan cara terbaik bagaimana anda boleh mendapatkan wang atau nilai USDT untuk digunakan dalam aktiviti trading. Nilai USDT ini yang akan membolehkan anda untuk menjual dan membeli kripto.

Anda boleh merujuk pautan ini untuk mendapatkan cara tersebut sebelum meneruskan dengan proses pembelian kripto ini.

Setelah mempunyai nilai USDT dalam akaun KUCOIN, baru lah kita boleh membeli coin apa yang kita mahukan. Tapi sebelum itu, anda perlu pindahkan @ transfer nilai USDT yang ada dalam ‘main account’ kepada ‘trading account’ untuk memudahkan proses trading anda.

Jika tidak, jumlah ‘available UST’ yang terdapat pada ruangan trade akan menunjukkan nilai kosong seperti gambar di bawah dan anda tidak boleh memulakan aktiviti trading.

Caranya mudah sahaja!

Tekan butang ‘transfer’ pada ruangan atas skrin sebagai langkah pertama sebelum membeli kripto.

2. Pilih nilai yang ingin digunakan

Jadi dekat ruangan ini, anda boleh memilih jenis USDT seperti nilai yang telah kita beli sebentar tadi.

Pastikan tetapan akaun adalah daripada ‘main account’ kepada ‘trading account’ kerana anda memerlukannya bagi melakukan proses trading.

3. Masukkan nilai yang ingin dipindahkan

Anda boleh menetapkan jumlah yang ingin dipindahkan daripada ‘main account’ kepada ‘trading account’. Jika ingin memindahkan kesemua jumlah, anda boleh menekan butang ‘all’ dan ‘confirm’ sebagai tanda persetujuan terhadap nilai tersebut.

Setelah selesai, anda akan dapat perhatikan 100% jumlah yang dipindahkan telah berada pada ‘trading account’ dan nilai USDT tersebut akan dilihat pada ruangan di bawah. Anda kini boleh memulakan aktiviti trading anda!

4. Mulakan aktiviti trading

Di sini, anda akan dapat melihat beberapa jenis cara trading yang boleh digunakan seperti spot, margin, fiat dan trading bot. Perbezaan di antara cara ini mungkin kerana harga yang ditawarkan serta proses transaksi yang perlu dijalankan. Mari kita kenali satu demi satu cara yang tersedia pada platform KUCOIN ini.

a. Spot:

Mengikuti cara ini, anda perlu melakukan trading pada masa dan hari yang sama kerana ia akan mengikut harga pasaran pada saat itu. Cara spot trading ini kebanyakannya trader akan menggunakan konsep ‘buy low, sell high’ iaitu membeli kripto pada saat harga menurun dan menjualnya apabila harga mencecah tinggi.

b. Margin

Margin membawa konsep yang sama seperti spot iaitu ‘buy low, sell high’ namun yang membezakannya adalah sistem peminjaman modal. Walaupun potensi untuk mendapat keuntungan menggunakan cara ini adalah tinggi namun, risiko yang diperoleh juga adalah sangat besar mengikut kepada jenis modal yang diambil.

Selain itu, anda juga boleh memilih jenis kripto yang ingin dibeli dengan menekan butang dengan 3 garis pada halaman di bawah.

Kesemua jenis mata wang kripto akan tersenarai dan anda hanya perlu memilih mata wang yang ingin dibeli sahaja. Contohnya dalam artikel ini, kami memilih untuk membeli mata wang ripple sebagai pilihan.

Setelah selesai, anda akan dapat perhatikan jenis mata wang tersebut telah berubah daripada BTC/USDT kepada mata wang XRP/USDT. Ini kerana by default, paparan akan menunjukkan BTC/USDT. Jadi pilih kripto yang anda nak beli

5. Tetapkan kaedah yang digunakan

Anda boleh memilih untuk menggunakan kaedah limit, market, stop limit dan juga stop market. Kebiasaanya, traders akan menggunakan di antara kaedah ‘limit’ ataupun ‘market’.

Limit digunakan jika harga pasaran telah mencapai target yang telah anda tetapkan bagi sesuatu waktu. Ianya sering digunakan jika ‘traders’ ingin melakukan pembelian pada masa yang tidak tersedia. Beli pada harga nanti @ target.

Market pula digunakan jika traders ingin melakukan trading dalam masa yang cepat dan sekarang. Nak beli pada harga sekarang. Jadi, kami di sini memberi contoh dengan kaedah ‘market’.

6. Masukkan nilai pembelian

Anda boleh memilih di antara 100%, 75%, 50% dan 25% daripada jumlah wang yang ada pada akaun untuk membeli mata wang kripto.

Sebagai rujukan, gambar di bawah menunjukkan traders membeli mata wang kripto dengan menggunakan 100% nilai yang ada pada akaun iaitu $ 9.

Caj tambahan yang dikenakan di sini adalah sebanyak 0.009 USDT seperti yang telah ditunjukkan pada paparan skrin.

Jika sudah selesai, tekan sahaja butang ‘Buy XRP’ sebagai tanda bersetuju untuk membuat pembelian.

Teruskan proses dengan menekan butang ‘continue’ setelah membaca segala peringatan yang diberikan.

7. Proses pembelian selesai

Anda kini dapat perhatikan bahawa nilai ripple yang telah dibeli kini dimasukkan pada senarai aset pada ‘trading account’ pada halaman assets.

 

CARA MENJUAL KRIPTO MELALUI KUCOIN

Penjualan mata wang kripto selalunya akan dilakukan selepas traders mengenal pasti keuntungan yang bakal diperolehi. Keuntungan dan kerugian ini boleh didapati dan dianalisis daripada jenis-jenis graf yang ditunjukkan pada setiap platform pertukaran mata wang kripto yang digunakan.

Meneliti kaedah pembelian kripto seperti yang telah ditunjukkan, cara yang sama akan digunakan ketika menjual kripto tersebut.

1. Tekan butang ‘sell XRP’

Masukkan jumlah kripto yang ingin dijual dan tekan butang ‘sell XRP’ untuk meneruskan urusan penjualan. Perlu diingat di sini bahawa nilai yang ingin dijual sepatutnya tidak melebihi nilai yang ada bagi setiap mata wang kripto tersebut di dalam akaun KUCOIN anda.

2. Periksa nilai pada akaun hasil penjualan

Anda akan dapat perhatikan nilai yang telah dijual sudah berkurang dan keuntungannya ditunjukkan pada nilai USDT. Sebagai contoh, nilai XRP pada gambar di bawah telah berkurangan kepada perpuluhan kosong manakala nilai USDT telah kembali meningkat disebabkan hasil jualan sebentar tadi.

Namun begitu, nilai yang diperoleh mungkin akan berkurangan disebabkan oleh caj tambahan yang dikenakan dan juga kerugian daripada proses trading.

3. Pindahkan nilai USDT yang ada kepada ‘main account’

Jika sebelum ini, untuk membeli anda perlu memindahkan nilai USDT di main account kepada ‘trading account’, namun untuk withdraw anda perlu memindahkan USDT yang ada kepada ‘main account‘ supaya mudah untuk membuat pengeluaran ataupun ‘withdraw’. Jika anda nak beli kripto lain atau nak simpan sahaja di trading account pun tak ada masalah. Proses di langkah ini hanya untuk mereka yang nak withdraw sahaja.

4. Proses penjualan selesai

Anda boleh memastikan proses penjualan selesai setelah nilai yang diperoleh berjaya dipindahkan kepada bahagian ‘main account’. 

Mudah bukan cara membeli dan menjual kripto menggunakan KUCOIN ini?

Kini, dah tak ada masalah lagi untuk mencuba platform-platform pertukaran mata wang kripto dengan bantuan kami di Purnamaplus.com!

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Cara Deposit dan Withdraw Melalui Kucoin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top