Search
Close this search box.

Mitos Pelaburan yang perlu diperbetulkan

“Berusahalah menjadi seorang jutawan sebelum terlibat dengan apa-apa pelaburan untuk mengaut keuntungan” 

Pernah dengar kata-kata sebegini? 

Sejujurnya, ia hanyalah mitos semata.

Sebenarnya kalau diikutkan,anda boleh mengubah taraf kewangan serta gaya hidup anda ke arah yang lebih baik jika mempunyai informasi dan ilmu yang jitu dalam memanfaatkan peluang pelaburan dengan baik. 

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya persediaan utama sebelum berkecimpung dalam dunia pelaburan sekali gus ingin meminimalkan risiko terhadap pelaburan. Di sini, kami bakal merungkai beberapa langkah penting yang perlu anda tahu.

1. Faham Dengan Jelas Risiko Pelaburan

Pelaburan mempunyai pelbagai pilihan dengan risiko yang tersedia. Jumlah risiko yang diambil adalah berbeza-beza mengikut jenis pelaburan serta pulangan keuntungan yang dikehendaki. Seperti yang diketahui, pelaburan yang berisiko rendah pasti menyediakan jaminan sekuriti yang lebih tinggi namun memberikan pulangan keuntungan yang rendah dan begitu juga yang sebaliknya. 

Risiko pelaburan yang rendah termasuklah sekuriti kerajaan dan simpanan tetap yang konservatif manakala risiko tinggi termasuklah dana ekuiti dan saham syarikat. Selain itu, terdapat juga 3 jenis risiko pasaran yang tidak dapat dielak dari si pelabur iaitu risiko ekuiti, risiko kadar faedah dan risiko mata wang. 

Melabur selepas kaya atau sebelum kaya?

Risiko ekuiti adalah kerugian apabila berlakunya penurunan harga saham manakala risiko kadar faedah terjadi apabila berlakunya perubahan terhadap kadar faedah. Selain itu, risiko mata wang juga bakal dihadapi sekiranya berlaku perubahan kadar tukaran mata wang. Hal ini disebabkan lebih ramai mula beralih kepada pelaburan kripto. 

Namun begitu, risiko sebegini dapat dielakkan sekiranya si pelabur mempunyai pengetahuan asas dan bertindak memahami jenis risiko, menganalisis serta menguruskan risiko dengan baik. mitos pelaburan

2. Tentukan Matlamat Kewangan

Walaupun isu ‘wajib menjadi kaya sebelum melabur’ hanyalah mitos semata-mata namun, para pelabur perlu menentukan matlamat kewangan yang baik terlebih dahulu. Hal ini dapat membantu menentukan jenis pelaburan yang sesuai mengikut tahap kewangan yang diimpikan. Sebagai cadangan, kewujudan simpanan dengan 6 bulan gaji sebelum memulakan pelaburan adalah antara tindakan bijak untuk mengejar pelaburan berisiko tinggi dengan pulangan yang lumayan. 

Cara untuk dapatkan keuntungan melalui saham

3. Mempelbagaikan Jenis Pelaburan

Pelabur yang bijak adalah pelabur yang bertindak mempelbagaikan instrumen pelaburan. Para pelabur boleh membeli beberapa jenis saham dari beberapa industri yang berbeza bagi menampung kerugian. 

Dalam erti kata lain, jika pasaran saham sedang jatuh tetapi si pelabur mempunyai pelaburan dalam saham dan juga emas, barangkali kenaikan harga emas boleh menampung kerugian kejatuhan harga saham itu tadi. Jadi, sudah pasti wang yang telah dilaburkan tidak akan hilang sepenuhnya. Hal ini dapat merendahkan risiko kerugian bagi si pelabur.

 

Banyak lagi sebenarnya mitos pelaburan kami akan sambung di ruangan seterusnya. Jangan lupa untuk subsribe portal ini bagi mendapat ilmu berkaitan kewangan untuk anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top