Jika kita ikuti kembali perkembangan dunia mengikut peredaran zaman, segalanya pasti berubah dan berkembang dari masa ke masa tidak kiralah dari segi ciri kehidupan mahupun teknologi.
Hal ini tidak terkecuali kepada sistem mata wang yang mula berevolusi bermula dari barangan, besi, emas, perak dan sebagainya.
Kini, muncul pula mata wang kripto yang semakin berkembang mekar namanya di setiap pelusuk dunia kerana sifatnya yang dianggap mudah untuk diterima pakai dalam transaksi digital. Ianya selari dengan sistem terkini yang kebanyakannya dikuasai oleh teknologi digital.
Namun begitu, pada saat masyarakat cuba memahami konsepnya yang dianggap baru, terdapat beberapa pendapat yang menyangkal penggunaannya dalam ekonomi. Hal ini kerana sistemnya yang tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak yang dikatakan bakal memberikan keburukan kepada dunia dan ekonomi.
Terdapat beberapa negara yang menerima baik mwata wang kripto ini namun tidak terkecuali juga ada yang menentang mata wang ini sekeras-kerasnya. Negara-negara itu termasuklah Indonesia, China, Malaysia dan banyak lagi.
1. Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengingatkan orang ramai bahawa mata wang digital belum diperlakukan secara sah di Malaysia. Ianya mula dikeluarkan setelah ramai individu mula menyertai penggunaan mata wang digital dan digambarkan penggunannya yang telah meluas.
Penggunaan mata wang digital ini tidak dilindungi oleh mana-mana piawaian atau peraturan yang dikawal selia oleh mana-mana bank tempatan. Ia menjadikannya terdedah kepada beberapa risiko seperti kerugian serta serangan siber yang ketara.
2. Indonesia
Majlis Ulama Nasional Indonesia (MUI) mula mengharamkan mata wang kripto kerana melihat mata wang kripto sebagai suatu jenis pertaruhan.
Ia dikatakan tidak mengikut piawaian perundangan Islam dan bakal menjejaskan dasar ekonomi kerajaan pada masa akan datang. Namun begitu, tindakan ini tidak akan sepenuhnya menghentikan ke semua sistem dan perdagangan berkaitan mata wang kripto.
3. China
Sejak 2019, China telah mula mengharamkan urus niaga yang berkaitan mata wang kripto. Risiko berkaitan pelaburan kripto dan larangan transaksi kripto ini juga mula diwar-warkan kepada masyarakat supaya pencegahan awal dapat dilaksanakan.
4 petua aplikasi blockchain dalam perniagaan
4. Turki
Negara ini menganggap bahawa kerugian disebabkan oleh mata wang kripto ini akan menyebabkan ianya tidak dapat dipulihkan oleh mana-mana pihak serta terdapat keraguan terhadap kaedah yang digunakannya.
Secara ringkas, mereka menganggap ia akan memberi kesulitan kepada rakyat yang sekaligus akan membawa kepada kejatuhan ekonomi yang lebih serius. Oleh itu, mata wang kripto tidak dapat digunakan secara sah dalam membeli barangan mahupun membayar apa-apa jenis perkhidmatan di negara itu.
Negara-negara merupakan antara negara yang memegang erat keselamatan masyarakat dan ekonomi. Ianya disebabkan oleh kawalan ketat penggunaan mata wang fiat yang menguasai sistem mata wang negara itu.
Ringkasnya, setiap negara perlu memulakan penggunaan mata wang kripto kerana ia merupakan masa hadapan namun begitu, perancangan yang teliti perlu dipersiapkan. Kerajaan boleh mula mencipta rangka kerja terhadap peraturan dan penguatkuasaan bagi sistem mata wang kripto supaya ianya lebih selamat untuk digunakan atau diamalkan.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai