Search
Close this search box.

Pendapatan Melalui Permainan Video & NFT Kini Diaplikasikan

Permainan berasaskan blockchain membolehkan pemain memperoleh mata wang kripto dengan penggunaan NFT semasa mereka bermain membuka jalan ke era baharu dalam permainan.

Industri permainan dalam talian telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan sebab yang kukuh. Bermula dengan pandemik global yang mendorong revolusi dalam talian kepada penembusan mudah alih dan internet yang semakin meningkat, kini lebih ramai orang menggunakan lebih banyak masa secara dalam talian.

Justeru, tidak hairanlah industri ini sangat besar yang mana ia meraih lebih $20 bilion hasil untuk tahun 2020 sahaja. Dengan anggaran 1 bilion pemain dalam talian yang sedang aktif di seluruh dunia pada masa ini, pakar meramalkan pertumbuhan akan meningkat sehingga mencecah 1.3 bilion pemain aktif menjelang 2025.

Permainan play-to-earn (P2E) berasaskan blockchain ditetapkan untuk mengubah peraturan permainan secara literal dengan menawarkan permainan yang sama rata untuk semua orang yang terlibat, memberikan pemilikan serta sumber pendapatan kepada pemain dan menjadikan masa yang diluangkan untuk bermain adalah berbaloi.

Kami akan berkongsi kepada anda beberapa jenis permainan play-to-earn yang terkenal dalam industri permainan.

Axie Infinity

Axie Infinity mendahului jenis permainan ini kerana popularitinya semakin meningkat dan telah menyaksikan lebih sejuta pemain hadir untuk bermain permainan itu pada setiap hari. Kejayaan Axie Infinity kebanyakannya didorong oleh fakta bahawa pemain boleh memperoleh wang sebenar semasa bermain.

Permainan ini boleh dimainkan sama ada pada desktop atau peranti mudah alih dan model play-to-earn adalah sedemikian rupa. Setiap raksasa dan setiap peralatan lain yang digunakan dalam permainan ini datang dalam bentuk non-fungible token (NFT).

Pemenang pertempuran pulang dengan harta rampasan pertempuran dalam bentuk mata wang kripto. Justeru, matlamat untuk pemain adalah untuk membina koleksi Axies yang paling berharga dan berkuasa kerana nilai ditentukan oleh harga Ether (ETH).

Sebagai contoh, terdapat sebuah Axie dijual dengan harga 300 ETH bernilai lebih $1.2 juta dalam gelombang keterujaan yang terutamanya memikat pemain di Vietnam dan Filipina yang mengambil permainan itu sebagai cara menjana pendapatan di tengah-tengah pandemik global.

mitos pelaburan

Plant vs Undead

Plant vs Undead ialah permainan pertahanan menara percuma untuk dimainkan yang berlaku dalam dunia pasca apokaliptik yang ditakluki oleh penyerang zombi. 

Sama seperti populariti Axie Infinity yang semakin meningkat di Filipina dan Vietnam, Plant vs Undead juga telah mendapat banyak daya tarikan di Brazil dan tempat lain di mana permainan P2E sebegitu mampu membuat perbezaan yang ketara dalam pendapatan umum.

Pemain boleh memperoleh benih untuk mula bermain, yang boleh dibeli di pasaran platform dengan token PVU (token asli permainan).

Satu lagi aspek yang menarik perhatian permainan ini ialah hakikat bahawa pemain boleh memperoleh dan mengumpul NFT. Sudah jelas, NFT telah memangkinkan revolusi dalam industri permainan video dengan memberikan pemain kawalan ke atas aset permainan. 

Ringkasnya, permainan berasaskan blockchain P2E adalah sebuah langkah untuk kekal relevan pada masa depan. Permainan ini menawarkan peningkatan kawalan ke atas aset dalam permainan yang diusahakan tanpa jemu, serta peluang untuk menyara hidup dengan memperoleh mata wang kripto dan NFT semasa bermain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top