Percaya atau tidak, kini, data negara telah menunjukkan peningkatan terhadap pelaburan mata wang kripto di Malaysia. Walaupun pada mulanya ia menjadi sesuatu perkara yang dianggap mustahil, tetapi kini jumlah pelabur mata wang kripto di sini diibaratkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.
Baru-baru ini, Luno, bursa aset digital yang terkawal di Malaysia, telah membuat tinjauan di seluruh negara dalam talian bertujuan untuk memahami tabiat pengurusan kewangan individu secara harian.
Data itu dikumpul daripada lebih seribu orang dewasa Malaysia di seluruh negara untuk memastikan gambaran statistik yang tepat mengenai strategi penyimpanan dan pelaburan yang biasa digunakan oleh orang awam. Usaha ini bagaimanapun telah dikendalikan oleh pihak YouGov.
Melalui tinjauan itu, mereka dapat mengenal pasti bahawa kebanyakan rakyat Malaysia melihat kekayaan sebagai pengukur dalam mencapai kebebasan kewangan yang lebih besar untuk diri mereka dan keluarga mereka.
Hal ini dikuatkan dengan keputusan majoriti responden sebanyak 60 peratus yang bersetuju bahawa mempunyai wang adalah sangat penting kepada mereka untuk menjaga kesejahteraan kewangan keluarga. Selain itu, 58 peratus responden pula menyatakan kepentingan untuk mencapai gaya hidup fleksibel dari segi kewangan pada masa hadapan.
Data yang menunjukkan bahawa responden yang berumur antara 18-34 tahun berada dalam kelompok 66 peratus manakala hanya 55 peratus daripada mereka yang berumur 55+ tahun adalah penabung biasa ini menggambarkan bahawa generasi muda lebih proaktif dalam simpanan mereka berbanding generasi yang lebih tua.
Menurut tinjauan juga, didapati majoriti daripada mereka memilih untuk meletakkan simpanan ke dalam tabung unit amanah (ASNB) yang disokong kerajaan dan dana pencen (KWSP/PRS). Selain itu, nilai minoriti penyimpan ini menyatakan bahawa mereka akan melaburkan simpanan mereka ke dalam emas sebagai simpanan. Menarik apabila dikenal pasti para penyimpan ini mempunyai kesedaran dan persiapan terhadap inflasi yang mungkin akan berlaku kelak.
perlu melabur sebelum atau selepas kaya?
Rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mengamalkan amalan terbaik pengurusan kewangan peribadi yang telah diuji oleh keluarga mereka pada masa lalu. Kebanyakan daripada responden cenderung untuk mendapatkan nasihat kewangan tentang simpanan jangka panjang dan strategi pelaburan, berbanding nasihat kewangan tentang belanjawan, perancangan kewangan dan pengurusan hutang.
Justeru, kebanyakan pelabur menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk melabur dalam aset alternatif seperti mata wang kripto sebagai cara untuk mempelbagaikan portfolio mereka.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia amat bertimbang rasa dan sedar tentang pengurusan risiko apabila melabur dalam mata wang kripto.
Mereka hanya membeli mata wang kripto daripada bursa yang bereputasi dan dipercayai. Sebaliknya, mereka juga akan menjalankan penyelidikan yang betul dan teliti sebelum melakukan transaksi. Kebanyakannya juga menyatakan bahawa mereka hanya akan melabur apa yang mereka mampu kerugian.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai