Peningkatan penggunaan mata wang kripto boleh disaksikan sekiranya kerajaan atau industri meningkatkan usaha dalam mempromosi inisiatif pendidikan kewangan dalam usaha mendidik orang awam dengan lebih baik tentang aset alternatif.
Hal ini kerana, kebanyakan mereka yang tidak melabur pada masa ini berkata bahawa mereka mungkin akan mula melabur dengan mata wang kripto jika terdapat pendidikan kewangan yang lebih baik tentang cara memperdagangkan aset digital dengan betul. Kumpulan yang berharap pertukaran mata wang kripto terkawal tempatan juga akan menampilkan sumber pendidikan kewangan yang lebih mudah difahami.
Hal ini dikuatkan lagi dengan pernyataan Aaron Tang, selaku Pengurus Luno Malaysia, yang menyatakan penyelidikan mereka telah menunjukkan dengan jelas bahawa lebih banyak kerja perlu dilakukan, oleh kedua-dua pengawal selia dan industri, untuk menyediakan pelabur runcit yang lebih baik untuk pasaran mata wang kripto.
cara mudah melabur di Malaysia
Dengan peningkatan bilangan pelabur runcit yang mula mencetus minat dalam aset digital, mereka kini lebih percaya tentang kepentingan untuk meningkatkan usaha dalam mempromosikan inisiatif celik kewangan. Hal ini sekaligus dapat mendidik orang awam dengan lebih baik tentang potensi penggunaan mata wang kripto, serta strategi yang boleh digunakan untuk meminimumkan pendedahan risiko.
Namun walau bagaimanapun, bilangan pelabur yang benar-benar menjalani langkah berhemat dengan memahami risiko berkaitan perdagangan mata wang kripto ini amat rendah.
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai