Search
Close this search box.

Perancangan Konsortium Terhadap Pelaburan 5G

Siapa sangka pelaburan dalam industri telekomunikasi yang dulunya dianggap bakal merugikan, namun kini dianggap yang sebaliknya. Pelaburan seiring era digital itu kini diyakini sebagai satu pelaburan strategik yang bakal memberikan pulangan yang menguntungkan. 

Baru-baru ini, konsortium bagi pelaburan 5G telah dibentuk oleh enam firma yang diketuai oleh SMTrack Bhd. Ianya bakal diusahakan dengan bantuan 5G Infra Tech Solution Sdn Bhd. 

Rakan kongsi lain termasuklah Country Heights Holdings Bhd, Jiakun International Bhd, Sersol Bhd, Techna-X Bhd dan MQ Technology Bhd. 

Perbincangan antara kesemua syarikat berkenaan membawa kepada sebuah perancangan siri latihan korporat dalam usaha mengumpul dana dan perbelanjaan 5G serta projek yang berkaitan dengan gentian optik.

Namun begitu, setakat ini jumlah dana yang lebih terperinci masih belum dapat diputuskan dan akan dibawa kepada perbincangan kelak. 

Pelbagai jenis usaha sama dijangkakan bakal timbul oleh konsortium tersebut berhubung proses pemasangan menara telekomunikasi 5G di serata dunia menurut Azmi Osman, yang merupakan timbalan pengerusi eksekutif SMTrack. 

Menurutnya lagi, Ennova Sdn Bhd yang turut bekerjasama bagi melaksanakan projek 5G sulung 5GInfraTech ini bakal meningkatkan aliran hasil dan keuntungan kepada konsortium. 

Hal ini kerana Ennova Sdn Bhd yang merupakan salah satu kontraktor bagi projek 5G nasional yang diselia oleh Digital Nasional Sdn Bhd sering menyertai pembinaan kejuruteraan infrastruktur.

Tambahan pula, syarikat ini merupakan antara yang pertama menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama 5G InfraTech dan telah menyerahkan kertas kerja yang lebih terperinci kepada konsortium melalui 5G InfraTech. 

Syarikat itu juga dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaannya yang mana ia ingin mula memasang dan menyelenggara 350 menara telekomunikasi di seluruh Kuala Lumpur. Jadi, pembiayaan besar daripada 5G InfraTech ini bakal membantu Ennova untuk melancarkan 10 000 menara telekomunikasi ini dengan mudah dan menyokong rancangan infrastruktur di Malaysia. 

smart contract mampu menarik pelabur asing untuk Malaysia

Masalah kekurangan pembiayaan yang sebelum ini menghalang usaha perkembangan ini kini tidak lagi menjadi isu.

Aktiviti ekonomi berkaitan 5G dianggarkan menyumbang sebanyak RM12.7 billion kepada KDNK Malaysia antara tahun 2021 dan 2025 dan diunjurkan akan terus meningkat kelak menurut pengarah eksekutif Jiankun, Datuk SEri Tan Choon Hwa. 

Secara ringkas, penubuhan konsortium yang terdiri daripada syarikat IT, syarikat pemaju hartanah dan syarikat pelaburan ini bakal mencatat sejarah dengan kerjasama usaha niaga yang menguntungkan kelak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top