Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di luar negara juga. Hype ini seolah tidak mahu reda, pelbagai cerita dan berita kita disajikan hari hari dalam jual beli NFT. Wujud persoalan, adakah NFT merupakan instrumen yang baik dalam pelaburan.
Pada posting kali ini, kami akan kongsikan beberapa info berkaitan pelaburan dalam NFT supaya sedikit sebanyak anda tahu akan risiko dan peluang dalam NFT ini. Semoga anda boleh buat penilaian sendiri dan apa apa pun wang anda yang anda taruhkan sebelum melabur.
Anda perlu faham akan teknologi di sebalik NFT itu sendiri. NFT ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi blockchain yang mana binaannya adalah unik dalam dunia digital. Sebagai contoh jika saya memiliki sebuah tanah dalam dunia digital dan jika anda pemilik NFT untuk tanah ini, maka anda lah orang yang selayaknya memegang ‘title’ pemilik tanah di dalam dunia digital.
Persoalannya, tanah anda dalam dunia digital ini apa keperluannya atau soalan yang lagi tepat, adakah ia mempunyai nilai? Nilai ini dibentuk apabila ada permintaan atau ‘demand’ daripada orang luas. Terbaru ciapan twitter pertama dijual dalam NFT nilainya merosot beratus kali ganda.
Berhati hati dengan setiap hype yang ada.
Kisah ciapan pertama twitter ini membuka ramai pihak akan ‘over value’ sesetengah benda. Kita sebenarnya di dunia yang kita tidak tahu menahu akan nilai sesuatu benda dan hanya terpengaruh dengan hype semata mata. Perkara tak elok boleh berlaku dalam NFT adalah benda inilah yang mana bukannya nilai dikejar tapi hype semata mata, kononnya mahu kejar trend semasa.
Kami bukanlah anti kepada NFT malahan di blog kami ini banyak mempromosikan NFT cuma, biarlah ia berpada-pada supaya ia bergerak dengan nilai yang boleh memberi manfaat kepada kita. Barulah ia sebuah pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi kepada kita.
Platform apa sesuai?
Sebelum membuat pelaburan dalam NFT, anda juga memerlukan platform untuk berjual beli dan mengetahui platform mana yang sesuati dengan kehendak anda adalah perkara yang anda perlu tentukan terlebih dahulu. Kami sudah membuat posting 5 platform popular dan anda boleh membacanya di pautan ini – 5 Platform Popular untuk Membeli NFT
Apa platform yang sesuai?
- Pentas.io
- OpenSea.io
- Uniqly.io
- Axie Infinity
- CryptoPunks
Nasihat kami, sebelum anda melabur ke dalam instrumen NFT ini, buatlah kajian dan biasakan diri anda dengan platform mana yang anda rasa boleh membuat duit dengan pantas. Sememangnya setiap platform baru ada ruang untuk membuat duit dengan pantas cuma perlulah beringat sebelum duit anda lebur dalam pelaburan yang anda pun belum tahu hasilnya
Rumusannya, kami berpesan sekali lagi supaya anda membuat penilaian yang mendalam dalam pelaburan NFT ni dan jadikan platform yang kami adakan secara percuma ini lubuk ilmu yang boleh anda dapat di waktu sesuai untuk anda membacanya.
Good luck!
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Anda juga mungkin meminati: Kenali Top Kripto: Terra (Luna)
1 thought on “Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT”
Pingback: Pros dan Cons Melabur Dalam NFT - Purnamaplus
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Pros dan Cons Melabur Dalam NFT
Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai
Apa itu Metamask? – Digital Crypto Wallet
Jika anda sudah lama dalam dunia blockchain sudah pasti term Metamask tidak asing lagi bagi