Search
Close this search box.

Perlu melabur selepas atau sebelum kaya?

Ramai yang beranggapan kita perlu menjadi kaya sebelum terlibat dengan apa-apa jenis pelaburan tetapi ramai juga yang berpendapat sebaliknya. Jadi persolannya, mana yang betul mengenai melabur dan ini adalah lontaran pendapat kami

Sejujurnya, tiada yang salah dan tiada juga yang sebulatnya betul dengan kedua-dua pendapat ini.  Ianya bergantung kepada situasi setiap individu itu sendiri. Jadi, mari kita lihat isu ini dengan lebih teliti. 

  1. Melabur Selepas Menjadi Kaya

Bayangkan saja kita bertindak melabur selepas mempunyai wang simpanan yang kukuh dengan jumlah yang berpuluh kali ganda, ini semestinya tidak menjadi masalah kepada individu yang berdisiplin dengan perbelanjaan dan mempunyai pendapatan tinggi serta perancangan kewangan yang jelas. 

Namun bagaimana pula dengan individu yang mempunyai masalah pengurusan kewangan serta memperoleh pendapatan yang hanya sekadar cukup makan? Mungkin niat untuk melabur hanya menjadi angan angan belaka. Mana tidaknya, dengan pendapatan yang sedikit, agaknya tahun ke berapa baru boleh terlibat dengan pelaburan jika ingin menunggu kaya? 

Atau mungkin bagi yang gagal menguruskan perbelanjaan dengan baik, pendapatan yang diperoleh pasti akan dibelanjakan semua tanpa diperuntukkan beberapa peratus untuk simpanan. 

Mitos Pelaburan Yang Perlu diperbetulkan

Sedar tak sedar, kita hanya berbelanja untuk kehendak yang melampau. Jangankan tunggu kaya, nak sampai ke tahap selesa dalam kewangan sahaja belum tentu dapat dicapai dalam masa terdekat. Selain itu, situasi ini juga akan meletakkan diri dalam keadaan kritikal sekiranya terjadi sesuatu kemalangan atau bencana. 

Sebenarnya, mempunyai pendapatan yang besar dan simpanan yang banyak dan kukuh bukanlah syarat utama bagi memulakan sesuatu pelaburan. Mari kita lihat situasi di sebaliknya. 

  1. Melabur Sebelum Kaya 

Katakan anda merancang untuk melabur walaupun dengan duit simpanan yang sedikit, pasti anda dapat mengembangkan lagi duit simpanan dengan kadar yang lebih cepat. Tambahan pula, jika anda membuat pelaburan pada instrumen dengan kadar dividen yang lebih tinggi, sudah semestinya pulangan yang diperoleh juga akan lebih tinggi dengan masa yang singkat. 

2 Cara untuk untung dalam saham

Jadi, pelaburan ini sendiri sedikit sebanyak bakal membantu anda untuk meningkatkan pendapatan dengan perkembangan duit simpanan. Tidak mustahil anda dapat mencapai pulangan yang lumayan dengan tindakan pelaburan yang bijak. Kewangan terurus, masa depan juga terjamin. 

Namun apa-apa pun, niat untuk melabur perlu dimulakan dengan ilmu. Jangan main redah sahaja. Ilmu yang baik akan membantu kita dalam pengurusan risiko yang mendatang serta memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. 

Terus membaca di portal ini kami akan kongsikan ilmu pelaburan kepada anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top