Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)

Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi Blockchain. Ia adalah suatu kaedah konsensus, atau algoritma, yang membenarkan rantaian blok berfungsi dengan selamat. Ringkasnya, hanya pengguna sebenar sahaja boleh menghantar sistem urus niaga baharu kepada jenis blockchain yang sudah dibina.

Proof of Work (PoW) dan Proof of Stake (PoS) ini adalah teknik yang membantu blockchain mengubah data sekaligus menjaga keselamatannya. Ia akan memilih nod rangkaian (komputer) yang boleh menambah blok transaksi yang seterusnya pada rantai sedia ada. Kedua-dua sistem ini dikatakan berkesan dalam usaha mengekalkan keselamatan blockchain, walaupun mempunyai kelemahannya tersendiri.

Ia telah mula digunakan bermula pada era mata wang kripto Bitcoin sehingga lah ke hari ini.

Jika anda mahu tahu, kedua-dua teknik ini berfungsi dalam membantu mengenal pasti pengguna sebenar atau tidak dalam sistem rangkaian. Perbezaan utama yang dimiliki kedua-dua teknik ini ialah cara mereka memutuskan individu yang boleh menyertai sistem rangkaiannya.

Sebelum bercerita dengan lebih mendalam, mari kita kenali apa itu PoW dan PoS ini.

Proof of Work (POW)

Proof of Work atau PoW adalah sistem yang dapat membantu mencegah serangan siber. Beberapa permintaan palsu yang diperoleh melalui sistem komputer seperti spam, emel berbahaya atau Distribute Denial of Service (DDoS) boleh menamatkan kelancaran sistem komputer.

Untuk faham bagaimana Proof of Work (PoW) ini berkerja, boleh rujuk nota kami di SINI

Proof of Stake (POS)

Proof of Stake (POS) adalah suatu kaedah yang digunakan dalam mata wang kripto untuk memproses setiap urus niaga serta mencipta blok baharu pada blockchain. Kaedah ini ialah salah satu cara bagi mengesahkan setiap entri dalam pangkalan data yang diedarkan adalah selamat. POS akan membantu menangani isu pekerja yang diperlukan untuk mengesahkan setiap transaksi dalam memastikan rantaian blok dan mata wang kripto yang lebih selamat.

Sistem Proof of Stake (PoS) adalah lebih mudah untuk melibatkan pelabur berbanding mekanisme Proof of Work (PoW) kerana ia tidak memerlukan kefahaman teknikal dan sistem komputer yang canggih. Namun begitu, pada hakikatnya, tiada kaedah spesifik yang dinyatakan dapat menjadi yang paling bagus kerana kedua-dua sistem ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Proof of Stake mungkin dapat mengatasi Proof of Work jika dilihat pada sudut kecekapan tenaga namun, perhatikan pula pada sudut penyelesaian kompleks yang memerlukan beberapa kaedah matematikal. Sebagai contoh, sistem atau institusi kewangan yang memerlukan langkah keselamatan yang tertinggi dengan pelbagai kod sekuriti yang perlu digunakan, pasti sahaja teknik PoW akan menjadi pilihan utama.

Justeru, ia terbukti bahawa tiada spesifik kaedah yang mampu untuk menewaskan kelebihan mana-mana sistem lain tetapi ia sebaliknya memberikan nilai tambah terbaru dari satu teknik ke suatu teknik yang lain.

Boleh rujuk grafik di bawah sebagai ringkasan perbezaan antara Proof of Work dan Proof of Stake

Sumber: Blockgeeks

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top