Kali ini kami mahu bercerita mengenai NFT lagi yang melibatkan pros dan cons nya. Topik ini sebenarnya cukup panjang dan lama untuk dibahaskan atau untuk diceritakan. Biasalah perkara baru sudah pasti banyak yang kena kita belajar supaya ilmunya kita dapat.
Posting kali ini kami akan kongsikan kelebihan dan kebaikan dalam melabur dalam NFT. Kami juga pernah menulis mengenai apakah anda perlu lakukan sebelum melabur dalam NFT yang anda boleh baca di pautan ini – Apa yang anda perlu tahu sebelum melabur dalam NFT
Jom kita baca apakah kebaikan dan keburukan dalam NFT
Pros NFT
Memberi pelabur lebih kecairan
Salah satu kenapa orang ramai sukakan digital adalah kecairan atau liqiudity. Salah satu indikator pelaburan yang dicari ramai adalah kebolehan untuk kita tukar pelaburan kita itu kepada benda yang kita mahukan. Sebagai contoh jika anda memiliki tanah di dunia nyata, untuk menjualnya anda perlukan masa dan kos yang tinggi. Walaupun anda miliki tanah ratusan ribu tapi untuk menukar kepada wang kemungkinan besar mengambil masa 1-2 tahun dan nilainya juga berubah tak seperti yang anda mahukan
Tapi sebaliknya jika anda mempunyai tanah dalam NFT sebagi contoh, anda boleh jadikan tanah itu sebagai tapak sewa pengiklanan sebagai contoh atau terus menjual jika anda dapat good bargain. Procesnya juga cukup mudah, hanya beberapa klik anda sudah mendapat nilai yang anda mahukan. Jimat masa dan tenaga anda
Potensi besar untuk pembangunan lebih kehadapan
Pelaburan NFT yang melibatkan teknologi blockchain ini juga mempunyai potensi besar untuk dimajukan di masa hadapan. Jika anda memiliki NFT karya seni seseorang artis yang belum terkenal dan selepas 5 tahun artis itu menjadi terkenal jadi anda dapat pulangan yang berpuluh malah beratus kali ganda apabila ada orang mahu membida dengan tinggi.
Cons NFT
Hype semata mata?
Nilai dalam NFT ini sebenarnya sama dengan barangan fizikal. Value atau nilainya hanya akan meningkat jika ada permintaan atau bargain yang ramai dalam usaha mahu memilikinya. Kini ramai yang rasa ia bernilai, jadi ramai yang mahu memilikinya. Tapi jika selepas ini ada benda baru tercipta dan anda sebenarnya tidak boleh menafikan tekologi baru selepas ini, maka ia adalah pelaburan yang sia sia sahaja
Eloklah jangan kita terikut ikut dengan hype atau trend ini supaya duit kita kelak selamat
Instrumen belum matang
Pelaburan dalam NFT ini boleh dikatakan belum matang. Walaupun NFT di dunia nyata sudah melahirkan seorang Billionaire iaitu pengasas OpenSea tetapi dia peroleh kekayaan dengan membina syarikat, bukannya dalam item di dunia digital
Jadi boleh dikatakan instrumen ini belum matang dan ia dikategorikan dalam kategori high risk. Adakah high risk boleh mendatangkan high return? Ya sudah pasti Cuma janganlah terburu buru supaya anda tidak menjad mangsa ‘blue chip’
Rumusan
Itu antara pros and cons dalam melabur dalam NFT. Anda boleh nilai sendiri dan tepuk dada tanya selera pelaburan anda. Jika anda seorang risk taker, go ahead tapi make sure its a calculated risk. Semoga berjaya!
Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!
Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!
Jangan lupa ikuti kami!
Anda juga mungkin meminati: Kenapa anda perlu memiliki saham?
Related Articles
Proof of Work (POW) vs Proof of Stake (POS)
Kaedah PoW dan PoS tidak asing lagi diperkatakan seiring perkembangan mata wang kripto dan teknologi
Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur NFT
Melabur dalam NFT masih lagi mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan di
5 Platform Popular Beli NFT
NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarat. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai
Apa itu Metamask? – Digital Crypto Wallet
Jika anda sudah lama dalam dunia blockchain sudah pasti term Metamask tidak asing lagi bagi