Search
Close this search box.

Protokol DeFi Dengan Hasil Faedah Yang Tetap

protokol DeFi

Tahukah anda? Apabila kripto semakin matang, potensi penggunaannya dalam DeFi juga adalah sangat besar. Jadi, bilakah waktu sebenar DeFi ini muncul dan menguasai sistem kewangan? 

DeFi ini dikatakan muncul dengan 3 era blockchain yang tidak diterima pada awalnya namun kini semakin diterima baik oleh transformasi digital. 

Ia bermula dengan era di mana Bitcoin membawa konsep blockchain dan seterusnya disambungkan pula dengan era kedua dengan kemunculan ethereum. Selepas itu, ianya kembali rancak apabila projek pelaburan sudah mula meningkat pada awal kemunculan koin di mana ia menggambarkan permulaan era ketiga bagi platform kewangan terdesentralisasi ini. 

DeFi adalah suatu pembaharuan inovasi yang membenarkan aktiviti seperti perdagangan dan peminjaman untuk beroperasi tanpa perlu berhubung dengan bank malah hanya menggunakan dompet digital. 

Selain lega dengan perkhidmatan baru yang melenyapkan penggunaan entiti berpusat, ianya sekaligus dapat menawarkan sistem yang lebih jelas dan telus. Namun bagaimanapun, ianya turut menimbulkan keraguan dan kebingungan oleh ramai pihak.  

Walaupun dengan keraguan ini, DeFi ternyata telah menarik perhatian pelbagai bidang perniagaan termasuklah perniagaan besar dan kecil. Kewangan terdesentralisasi (DeFi) ini dianggap sebagai penyelesaian bagi menghapuskan orang tengah yang mengenakan kos bayaran yang tinggi. Hal ini selalunya disebabkan oleh tujuan mereka yang ingin mengambil alih kawalan yang besar ke atas pasaran. 

Untuk menangani isu ini, program protokol DeFi serba lengkap telah direka. Protokol dianggap sebagai peraturan atau piawaian bertulis yang mengawal selia tugas atau aktiviti tertentu. Protokol ini perlu dianggap sebagai prasyarat penting dalam ekosistem DeFi.

ketahui cara terbaik melabur untuk startups

Dua tahun kebelakangan ini, protokol DeFi telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara di mana nilai aset DeFi telah melepasi ambang $12 bilion pada 2020 secara keseluruhannya. 

Terdapat pelbagai kaedah untuk menjana wang dalam DeFi antaranya termasuklah apabila pelabur membuka deposit  wang kripto tanpa penggunaan pihak ketiga, yang mana keuntungan pelabur juga akan turut meningkat.

Peningkatan ini menggambarkan bahawa lebih ramai individu bakal peroleh pendapatan dengan kenaikan harga mata wang kripto berbanding dolar.  Dengan mengambil kira angka dan trend semasa, sektor ini berpeluang untuk berkembang dengan lebih pesat dan maju pada masa akan datang. 

1 thought on “Protokol DeFi Dengan Hasil Faedah Yang Tetap”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top