Search
Close this search box.

Cara Mudah Daftar & Login Bersama Huobi Global

Apa itu Huobi Global?

Kenapa tak banyak kesedaran tentang penggunaan Huobi Global ni di Malaysia?

Kalau anda perhatikan, pelaburan kripto yang diwar-warkan kebanyakannya menggunakan platform Luno tetapi sebenarnya, banyak lagi platform yang boleh anda cuba.

Ini termasuklah platform Huobi Global.

Kalau anda nak tahu, Huobi Global adalah salah satu platform pembelian dan pertukaran mata wang kripto yang terbesar di dunia. 

Mulanya, platform ini berpusat di Beijing namun, selepas kerajaan China mengharamkan pertukaran mata wang fiat kepada mata wang kripto, mereka telah membuat penempatan semula iaitu di Singapura. Namun begitu, pengharaman ini tidak menghentikan terus operasi perdagangan kripto di negara itu.

Sebaliknya, Huobi Global mula membuka beberapa cawangan di beberapa buah negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan sebagainya.

Kelebihan Huobi Global

Kalau anda perhatikan langkah-langkah yang dikongsi seperti dalam artikel ini menunjukkan yang proses verifikasi Huobi Global ini sedikit berbeza dengan mana-mana platform lain. Ini disebabkan oleh security yang digunakan adalah lebih ketat dan terkawal. Anda perlu lengkap proses pengesahan akaun yang disebut sebagai Know Your Customer (KYC). Proses KYC ni adalah proses biasa bagi mana-mana exchange Kripto.  

Selain sistem keselamatan yang bagus dan SOP yang ketat, identiti anda juga akan dilindungi. Jika berlaku apa-apa masalah, staff mereka akan menyelesaikannya berpandukan SOP yang tersedia. Sistem keselamatan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini seperti money laundering serta aktiviti haram yang lain.

Cara-cara mendaftar

Terdapat 3 cara yang boleh anda gunakan untuk mendaftar di platform Huobi Global iaitu 2 cara dengan menggunakan website dan 1 cara melalui aplikasinya.

Kami akan kongsikan lebih terperinci beberapa langkah untuk mendaftar di Huobi Global melalui website yang sudah tersedia.

Jom mulakan pendaftaran anda dengan 4 langkah mudah!

1. Daftar Melalui website Huobi Global dengan 2 cara berbeza:-

a. Gunakan referral link yang anda dapat.

Referral link: >> KLIK DI SINI

Referral code: 84za3223 

Yang bestnya bila anda gunakan ‘referral link’ dan juga ‘referral code’ ini, anda berpeluang untuk mendapatkan cashback rebate sebanyak 10% untuk setiap kali anda trade!

Best kan?

b. Gunakan carian pada halaman Google dan taip ‘Huobi Global’

2. Mulakan pendaftaran

a. Sekiranya anda mendaftar melalui Referral Link kami, paparan nya adalah seperti di bawah. 

Anda boleh mendaftar melalui no telefon atau email. Tetapkan password dan boleh teruskan pendaftaran.   

b. Bagi yang mendaftar melalui website Huobi Global di Google, Anda akan dibawa pada halaman utama seperti di bawah pada awalnya.

Jadi, tekan butang ‘log in’ pada bahagian kanan atas walaupun anda belum pernah mendaftar.

Pilih butang ‘sign up’ untuk membuat pendaftaran kali pertama.

Anda boleh memilih untuk membuat pendaftaran melalui nombor telefon ataupun alamat emel.

Setelah selesai tetapkan password, masukkan pula verification code yang anda dapat melalui sms. Jangan lupa untuk masukkan referral code 84za3223 di bahagian kotak invitation code untuk mendapatkan cashback rebate sebanyak 10% untuk setiap kali anda trade!

Selesai sudah membuat pendaftaran, anda akan diminta untuk log in semula ke akaun anda sebelum meneruskan apa-apa aktiviti. Cara yang disama digunakan jika anda menggunakan alamat emel untuk mendaftar. Namun begitu, kod verifikasi akan dihantar pada alamat emel anda.

3. Sahkan akaun anda @ KYC

Klik butang yang menunjukkan ikon manusia dan pilih bahagian ‘account & security’.

Perhatikan ‘id verfication’ di personal verification anda dan pilih butang ‘basic verification’.

Tekan butang ‘enable email verification’ pada ruangan seperti yang terpapar.

Semak dan pastikan latest registered nationality anda adalah Malaysia. Jika terdapat kesalahan dan hanya sedar selepas tekan ‘verify’, proses untuk membetulkannya semula akan jadi sangat sukar. Jadi teruskan memilih verify jika maklumat anda betul.

Untuk Id verification ini, anda diberi peluang untuk memilih sama ada menggunakan Id kad ataupun passport. Kami nasihatkan kepada anda untuk memilih passport atas beberapa faktor.

Kalau anda nak tahu, Huobi dikenali dengan pelbagai features dan untuk menggunakan features ini, anda perlu membuat verifikasi lain dengan hanya menggunakan passport. Jadi penggunaan passport sejak mula mendaftar akan memudahkan anda untuk menggunakan features yang tersedia dalam platform ini.

Muat naik gambar muka depan passport dengan jelas dan ambil gambar selfie.

Muat naik gambar selfie dan tekan butang ‘complete’ jika semua proses telah selesai.

4. Semak alamat emel

Semak alamat emel anda untuk mendapatkan emel pengesahan.

a. Pilih mesej dengan tajuk ‘KYC verification complete’ dan pastikan akaun anda telah disahkan oleh Huobi Global.

b. Kembali semula kepada akaun Huobi Global anda dan periksa jika kesemua id verification telah menunjukkan tanda ‘approved’ yang berwarna hijau.

Proses anda kini sudah selesai untuk meneruskan urusan jual beli mata wang kripto.

Daftar Melalui Applikasi Huobi Global

Anda perlu muat turun aplikasi Huobi Global di Google Play Store atau Apple App Store. Anda juga boleh melakukan pendaftaran melalui aplikasi Huobi Global dan ulangi proses pendaftaran dan pengesahan akaun @ KYC seperti di atas. Jangn lupa masukkan referral code 84za3223 di bahagian kotak invitation code untuk mendapatkan cashback rebate sebanyak 10% untuk setiap kali anda trade!

Okay so, selesai 3 cara pendaftaran Huobi Global melalui website Huobi Global (ada 2 cara) dan 1 cara melalui aplikasi Huobi Global. Semoga perkongsian ini membantu anda dan selamat berinvestasi!

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Cara daftar dengan Kucoin

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top