Search
Close this search box.

4 Petua Aplikasikan Blockchain Dalam Perniagaan

Tahukah anda? Mempelajari cara terbaik melaksanakan blockchain dalam perniagaan memerlukan pemahaman yang jelas tentang ekosistem terdesentralisasi teknologi. Artikel kami akan membantu anda untuk lebih memahami teknik dan petua dalam memberikan ROI yang berkualiti dan hasil terbaik daripada pelaksanaan blockchain.

1. Utamakan Public Blockchain

Blockchain ialah sebuah ekosistem terpencar, yang mana ia tidak dikawal oleh satu pihak secara keseluruhan tetapi sebaliknya, semua orang mengambil bahagian dengan set peraturan yang sama. 

Antara jenis blockchain yang banyak digunakan termasuklah blockchain persendirian yang merupakan rangkaian terkawal. Jadi, kejayaan yang diperoleh oleh pihak yang menggunakannya kurang jika dibandingkan dengan yang lain kerana pengguna amat berhati-hati dengan sistem ini. Hal ini kerana entiti pengawal boleh mengubah peraturan bila-bila masa ia mahu. 

Justeru, untuk penciptaan nilai dalam ekosistem yang ramai penduduk di mana tiada sesiapa mengawal rangkaian, penggunaan public blockchain, perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya.  

2. Cari Yang Paling Banyak Digunakan

Terdapat pelbagai jenis public blockchain yang berbeza untuk dipilih yang mempunyai lebih banyak pembangun daripada yang lain.

Selain sistem pengendalian mudah alih yang lebih baik, teknologi rangkaian yang baik juga akan sentiasa wujud dengan teknologi blockchain yang lebih baik, bergantung kepada kriterianya yang tersendiri. 

Namun begitu, semua itu tidak penting, kerana dalam senario ini, yang terbaik adalah relatif. Sistem dengan paling ramai pembangun dan pengguna akan sentiasa menang. Jika anda ingin membina aplikasi praktikal yang mencipta nilai, lakukan pada rangkaian yang mempunyai pembeli, penjual dan pelabur paling ramai.

3. Kenal pasti kelebihan teknologi blockchain yang sepenuhnya

Sama seperti cara syarikat mempunyai proses perniagaan, blockchain juga mempunyai token dan kontrak pintar. Pelaksanaan blockchain yang paling berjaya adalah di mana syarikat dapat  menterjemah visi mereka ke dalam konsep blockchain. 

Untuk menggambarkan konsep ini, anda boleh memikirkan sesuatu seperti pesanan pembelian untuk widget. Anda boleh menganggapnya sebagai dokumen atau perjanjian untuk membeli sejumlah widget pada harga tertentu. Syarikat boleh menghantar maklumat secara  berulang-alik antara pembeli dan penjual sebagai peserta pada blockchain, atau jugaa boleh menyediakan kontrak pintar yang melibatkan pertukaran token widget dengan token wang. 

Walaupun ianya mempunyai kesan yang sama dan boleh terdengar serupa, tetapi ia adalah dua dunia yang berbeza. Dokumen tidak bernilai pada blockchain manakala Token boleh dibeli, dijual, dibiayai dan dipinjam.

2 cara mendapat untung dari saham syarikat

4. Berhubung Dengan Pelbagai Pihak Luar

Blockchain sangat bagus untuk menyepadukan proses perniagaan antara syarikat kerana ianya menawarkan set peraturan yang sama, mengikut sifat terpencar mereka. Tidak seperti sistem pertukaran data elektronik dan yang lain, blockchain membenarkan maklumat untuk dikongsi merentas berbilang pihak serta memasukkan logik perniagaan dalam proses tersebut.

Seperti contoh, peraturan yang dikongsi seperti diskaun volum dan rebat bagi pembelian barang menjadikan ia calon yang ideal. Sistem ini menjadi lebih berharga jika anda memasukkan konsep membenarkan anak syarikat atau rakan kongsi perniagaan membeli kontrak yang sama. 

Walaupun penggunaan blockchain dalam perusahaan adalah lebih kompleks dan mahal daripada sistem terpusat, namun kebanyakan syarikat biasanya boleh bersetuju dengan peraturan yang dikongsi menjadikan ianya sebagai sistem terpusat pilihan yang lebih pantas dan lebih murah.

Secara ringkas, penggunaan peraturan sama yang ditawarkan oleh blokchain, digabungkan dengan keupayaan untuk berkongsi logik dan maklumat merentasi pelbagai pihak, dapat menyelesaikan banyak masalah. 

Blockchain akan mencipta nilai yang banyak untuk ekosistem berbilang syarikat pada tahun-tahun akan datang seperti yang dilakukan oleh sistem ERP di dalam perusahaan pada masa lalu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top