Search
Close this search box.

Apa itu Metamask? – Digital Crypto Wallet

Jika anda sudah lama dalam dunia blockchain sudah pasti term Metamask tidak asing lagi bagi anda. Metamask sebenarnya satu plug in wajib yang anda perlukan jika mahu meneruskan dalam transaksi blockchain terutamanya coin Ethereum.

Metamask merupakan wallet Ethereum yang bercirikan open sourced dan ia menyokong semua jenis NFT. Ia dalam bentuk plug in yang boleh digunakan untuk transaksi melibatkan Ethereum.

MetaMask adalah tambahan pelayar (plug in) laman sesawang yang membolehkan anda mengakses coin Ethereum.

MetaMask juga membolehkan anda untuk mengakses aplikasi tanpa pusat (DApp) yang dibina menggunakan coin Ethereum. Ia membolehkan anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti DApp kewangan, permainan, simpanan koleksi, dan pelbagai lagi.

Ya, transaksi nak membeli coin game pun boleh dibuat.

Bagi kami, sebenarnya MetaMask agak sukar untuk pengguna baharu yang tiada asas teknikal dalam teknologi mata wang kripto dan blokchain, cuma ia sesuatu yang mudah dipelajari.

Pengetahuan asas ini akan menjadi sesuatu yang am untuk pengguna yang sering terlibat dengan mata wang kripto. Ibaratnya, anda ingin mengakses internet, anda memerlukan peralatan dan perkhidmatan yang sesuai. Contohnya, telefon pintar, pelayar, sambungan internet, dan pelbagai lagi.

Begitu juga apabila anda menggunakan MetaMask. Anda perlu menyimpan frasa peribadi dengan selamat, memeriksa alamat dompet dan memeriksa dana anda.

Bagaimana mahu mendapatkan Metamask?

  1. Layari laman sesawang rasmi MetaMask dan klik download
  2. Tambahan pelayar ini tersedia untuk Chrome
  3. Jika anda menggunakan smartphone boleh download di google play atau apple store
  4. Setelah muat turun dan pemasangan selesai, ikuti langkah yang di minta dan anda sudah siap
  5. Anda akan terima frasa peribadi dan anda bertanggungjawab untuk memastikan ia disimpan dengan selamat. Frasa peribadi ini ibarat nombor PIN, kata laluan, dan kunci ke rumah anda.
  6. Langkah seterusnya anda hanya perlu mengesahkan frasa peribadi anda. Tahniah! Sila menggunakan MetaMask dengan cermat.

Metamask ini bertindak sebagai wallet anda dalam dunia blockchain atau lebih tepat untuk coin Etherium, Cuma anda tidak perlu menyimpan semuanya di satu tempat, ada banyak tempat lagi untuk anda simpan jika mahu menggunakannya.

Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Jangan lupa ikuti kami!

Anda juga mungkin meminati: Perkara perlu tahu sebelum melabur dalam NFT

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top