Apa Itu Saham Sebenarnya? Kenapa Kita Perlu Memiliknya?

Bila bercerita tentang saham, ramai yang ambil langkah mudah ‘pekak kan telinga, butakan mata’ untuk cuba tak ambil tahu langsung berkenaan saham.

Sudahnya, ramai yang tak tahu cerita sebenar di sebalik saham walaupun hanya definisi ringkasnya.

Ia terjadi terutamanya dalam kalangan mereka yang berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan tidak mempunyai ilmu atau pendedahan terhadap kebaikan atau peluang pelaburan ini.

Sudah lah tiada pendedahan positif berkenaannya, mereka juga kebanyakannya ‘dimomokkan’ dengan keburukan saham yang sentiasa merugikan dan meleburkan duit begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa pulangan.

Itu tidak patut sama sekali.

Seperti perkara lain, saham juga terbuka kepada sesiapa yang ingin mencubanya, asalkan diketahui langkah terbaik perlaksanaannya.

Jadi, berhenti menganggap:-

“saya tak layak bermain saham”

“pelaburan sesuai untuk orang kaya saja”

“tak ada duit ni rugi betul kalau main saham”

Selagi anda rajin mencuba dan berusaha mendapatkan ilmu penting, pasti besar peluang anda untuk berkembang dengan pelaburan ini.

Sebenarnya pelaburan ini adalah salah satu platform yang boleh membantu anda untuk menjana keuntungan. Pendek kata, ia ibarat sebuah perniagaan.

Masih keliru?

Okay, mari kita mendalaminya dengan lebih teliti.

Definisi

Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Ia boleh dimiliki secara ‘private’ mahupun ‘public.

Ia boleh dimiliki oleh ‘public’ atau orang ramai pada syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu dari jenis Berhad.

Saham boleh menjadi tambahan yang baik kepada mana-mana portfolio kewangan. Pelaburan ini boleh membantu mengembangkan simpanan, melindungi wang daripada inflasi dan cukai, serta dapat memanfaatkan wang dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita sentiasa menyedari dan bersedia terhadap bahaya atau risiko yang mungkin dihadapi apabila melabur dalam pasaran saham.

Hal ini kerana, perlu diingat bahawa pasarannya tidak selalu meningkat. Kejatuhan saham mungkin boleh menjadi sangat menyakitkan, namun ia berpotensi menghasilkan pulangan jangka panjang yang jauh lebih tinggi daripada pilihan pelaburan lain jika ketakutan dan perancangan yang baik dapat diuruskan.

Oleh kerana sebahagian besar keuntungan datang dari nilai yang kecil mengikut hari, jadi menunggu masa yang betul untuk membeli saham boleh menjadi sangat mahal dan istimewa. Semakin lama pelabur berada dalam pasaran, semakin kecil kemungkinan dia akan kehilangan wang.

Kelebihan Saham

1. Berpotensi memberikan pulangan yang lumayan

Ia merupakan antara sebab utama mengapa kebanyakan individu memilih pelaburan ini. Pulangan pelaburan dalam pasaran saham boleh melebihi 10% setahun yang melebihi sistem perbankan.

2. Berupaya melindungi aset daripada inflasi

Keuntungan pasaran pelaburan ini membantu mengatasi kadar inflasi.

3. Berupaya mendapat pendapatan pasif

Hal ini kerana syarikat-syarikat akan membayar dividen kepada para pelabur sama ada secara tahunan atau sebagainya. Jadi, ia dapat membantu meningkatkan pendapatan pelabur atau menjadi pendapatan sesudah bersara kelak.

Jadi, jika anda mempunyai wang berlebihan yang mungkin belum diperlukan untuk sesuatu masa, anda boleh cuba mempertimbangkan untuk melabur dalam pelaburan ini kerana ia merupakan peluang terbaik untuk membuat keuntungan.

 

Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!

Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.

Jangan lupa ikuti kami!

Anda juga mungkin meminati: Cara Beli & Jual Di Huobi Global

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top