Search
Close this search box.

Jenis Pelaburan Saham Yang Perlu Anda Tahu!

Seperti yang kebanyakan kita tahu, terdapat lebih seribu kaunter tersenarai di bursa Malaysia dengan pelbagai jenis saham yang tersedia. Namun begitu, pelaburan saham ini tak selalunya memerlukan modal yang besar dan tak salah untuk kita cuba ‘ukur baju di badan sendiri’ sebelum membeli mahupun melabur.

Kepelbagaian jenis saham sedikit sebanyak mengakibatkan masyarakat ataupun si pemula, bingung untuk memilih yang terbaik. Jadi, kami di sini ingin berkongsi kepada anda jenis-jenis saham yang perlu anda tahu. 

Saham Biasa (Common Stock)

Jenis ini adalah sebuah sekuriti yang menandakan hak pemilikan anda atas sesebuah syarikat. Para pemegang saham biasa akan melantik serta memilih dasar perniagaan syarikat tersebut. 

Walaupun jenis ini menjanjikan pulangan lumayan namun, pemegang saham biasa hanya mempunyai hak terhadap aset syarikat setelah urusan hutang lain telah dibayar sepenuhnya jika terdapat pembubaran syarikat. Oleh itu, ianya ternyata lebih berisiko tinggi berbanding yang lain. 

Saham Pilihan (Preferred Stock)

Pemegang saham pilihan mempunyai tuntutan yang lebih tinggi daripada pemegang saham biasa. Jika terdapat pembubaran dalam syarikat, tuntutan si pemegang saham pilihan lebih besar berbanding pemegang saham biasa namun tidak melebihi pemegang saham bon. 

Selain itu, dividen sesebuah syarikat akan dibayar dahulu kepada pemegang saham pilihan berbanding saham biasa. Namun disebalik itu, syarikat masih boleh menyekat pembayaran kepada pemegang saham pilihan apabila berlakunya isu kewangan kerana pembayaran dividen ini tidak termaktub dalam kewajiban undang-undang. 

Jika anda salah seorang pemegang saham pilihan, anda juga tidak akan memperoleh hak keistimewaan mengundi selain tidak dapat menerima dividen tambahan sekiranya saham syarikat meningkat. Ini disebabkan oleh nilai tetap yang telah dipersetujui sebagai pemegang saham pilihan. 

tips memulakan pelaburan

Saham Pembawa (Bearer Stocks)

Saham pembawa adalah sekuriti yang dimiliki oleh entiti yang memegang saham fizikal kerana ianya tidak direkodkan di dalam daftar pemegang saham.

Namun, pemilik saham pembawa kini semakin berkurang disebabkan ianya merupakan instrumen yang sering digunakan bagi kegiatan jenayah. 

Saham Berdaftar  (Registered Stocks)

Jenis ini merupakan saham yang sah dan berdaftar kepada sesebuah syarikat. Nama dan maklumat penuh si pemegang saham juga didaftarkan dan diuruskan oleh institusi yang telah dilantik syarikat.

Ringkasnya, inilah beberapa jenis saham yang perlu anda tahu sebelum terlibat dalam dunia pelaburan. Ilmu-ilmu asas pelaburan seperti ini perlu diambil perhatian kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko. 

1 thought on “Jenis Pelaburan Saham Yang Perlu Anda Tahu!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top