Kenali 7 Broker Popular Melabur Di Bursa Saham

Jika diperhatikan, mereka yang mempunyai pendapatan lebih adalah mereka yang menyimpan sedikit jumlah kewangan bagi tujuan pelaburan.

Golongan ini berjaya menguasai kemahiran menggunakan wang yang ada untuk memanfaatkan kedudukan mereka dalam komuniti. Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan taraf hidup keluarga, malah turut membantu perkembangan ekonomi individu lain.

Jika kita ingin mencontohi langkah mereka, salah satu cara yang boleh diikuti adalah dengan membina kewangan melalui cara membeli dan berdagang saham syarikat.

Sebelum memulakannya, kita perlu mempertimbangkan terlebih dahulu jumlah wang yang diperlukan untuk memulakan dagangan saham di Malaysia dan kenal pasti jenis broker yang mampu menawarkan tawaran yang terbaik untuk melabur.

Apa Itu Broker?

Tahukah anda bahawa broker saham yang ada di Malaysia adalah dipantau dan berdaftar dengan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Walaupun ramai yang mengetahui tentang kewujudan broker ini namun, tak ramai yang mengetahui tugas sebenar broker. Mari kita kenal pasti satu persatu.

Bantuan broker saham terbaik di Malaysia yang disenaraikan di bawah, anda akan dapat mencapai matlamat ini melalui kesabaran, dedikasi dan penyelidikan yang menyeluruh.

Tugas Broker

  1. Menyediakan perkhidmatan pembelian & penjualan saham.
  2. Menguruskan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia.
  3. Mempunyai akses terus kepada Bursa Malaysia.

Sebelum kita beralih kepada senarai broker yang boleh anda gunakan di Malaysia, anda perlu tahu beberapa perkara penting.

Sebagai contoh, setiap perkhidmatan, pasti saja ada yurannya atau caj perkhidmatan yang akan dikenakan. Caj yang akan dikenakan kepada anda adalah berbeza mengikut setiap syarikat yang anda pilih. Ini bermaksud bahawa mereka secara amnya akan menentukan komisen yang berbeza.

Jom kita kenali beberapa broker di Malaysia berserta maklumat terperincinya.

Senarai Broker di Malaysia

1. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd

Melalui broker ini, anda hanya perlu buka satu akaun trading saja tetapi boleh mula berdagang bukan hanya di Bursa Malaysia saja tetapi juga bursa luar negara. Ia menyediakan akaun trading yang Islamik dan patuh syariah yang menawarkan ekosistem Islamik yang sepenuhnya.

2. Malacca Securities Sdn Bhd

Malacca Securities Sdn Bhd ialah syarikat Bursa Malaysia Securities Berhad dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang menjalankan aktiviti terkawal dalam urusan sekuriti dan nasihat pelaburan.

Traders boleh memilih untuk trading menggunakan portal dagangan saham dalam talian (www.mplusonline.com.my).

Mereka juga menawarkan pakej margin yang menarik sehingga 10 hari tanpa faedah untuk pembelian saham dalam akaun margin

Mereka juga menyediakan kemudahan pembiayaan yang kompetitif kepada pekerja kakitangan syarikat senaraian awam untuk memiliki saham di bawah Skim Opsyen Saham Pekerja mereka. (ESOS).

3. Affin Hwang Investment Bank Berhad

Affin Hwang Investment Bank Berhad ialah sebuah bank Malaysia yang pakar dalam menyediakan peluang pelaburan.

Platform ini kini menggalakkan anda memulakan pelaburan dengan menyediakan sumber pendidikan, berita terkini dan penyelidikan pasaran yang mendalam.

Pelbagai kebaikan yang mungkin boleh anda dapati melalui broker ini antaranya termasuklah mudah untuk buka akaun, perkhidmatan yang cepat, minimum deposit yang rendah dan juga yuran broker yang rendah. Namun begitu, ianya tidak sesuai bagi pelaburan untuk jangka masa yang pendek.

4. RHB Investment

RHB Investment Bank adalah salah satu broker saham yang menawarkan tawaran kewangan Islamik terbaik Asia Tenggara .

Ia menyediakan sebuah akaun patuh syariah dan merupakan broker yang kukuh di pasaran. Namun begitu, anda memerlukan deposit yang agak tinggi

5. Maybank Investment Bank Berhad

Maybank nama besar di Malaysia dengan tanda dagangan logonya ialah harimau adalah sebuah bank yag terkemuka di Malaysia.

Broker ini mempunyai permukaan laman sesawang yang mesra pengguna, sebuah syarikat yang patuh syariah dan menawarkan sistem mudharabah (perkongsian untung) kepada pelabur. 

Namun begitu, broker ini mempunyai yuran penalti, deposit yang agak tinggi dan memerlukan dokumentasi yang banyak.

6. Kenanga Investment Bank Berhad

Kenangan Investment Bank Berhad  sudah lebih 45 tahun dalam dunia pelaburan. Diasaskan oleh Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail, broker saham wanita bumiputera pertama di Malaysia, broker jenis ini kini telah disenaraikan kedalam KLSE (Kuala Lumpur Stock Exchange) .

Selain kewujudannya sebagai akaun patuh syariah, terdapat beberapa kebaikan lain yang mungkin boleh didapati melalui jenis broker ini, antaranya adalah rekod pulangan yang tinggi, deposit minimum yang rendah dan harga unit yang tidak tetap.

Namun begitu, broker yang merupakan syarikat pelaburan yang kukuh di Malaysia ini tidak sesuai kepada anda yang berhajat untuk melabur dalam masa yang singkat. 

7. UBS Securities

UBS Investment Bank menyediakan nasihat pakar, penyelesaian inovatif, pelaksanaan dan akses penuh kepada pasaran modal seluruh dunia kepada pelanggan korporat, institusi dan pengurusan kekayaan.

Jadi, kepada mereka yang terutamanya Muslim, boleh pertimbangkan untuk memulakan pelaburan saham anda bersama broker-broker patuh syariah yang ada di Malaysia.

Selamat melabur!

 

Dapatkan pelbagai lagi ilmu menarik berkaitan saham, kripto, pelaburan dan teknologi dengan kami di Purnamaplus.com!

Anda juga boleh mengikuti telegram kami untuk perkongsian yang lebih mendalam.

Jangan lupa ikuti kami!

Anda juga mungkin meminati: Pullback, Correction, Bearish & Crash

 

1 thought on “Kenali 7 Broker Popular Melabur Di Bursa Saham”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top